05

Sicheng meneguk air liur. Telinganya tidak henti menangkap kata-kata yang dilontarkan oleh pelajar lain. Dia menjadi jemu.

Bukannya dia tidak dengar mereka membisikkan sesuatu tentangnya. Dan sudah pasti ia tentang hubungannya dengan Sooyun.

Hal ini pasti dihadapnya juga, kerana Sooyun merupakan pelajar yang dikenali ramai di universiti ini. Disebabkan sifatnya yang peramah dan baik itu membuatkan orang lain suka berkawan dengannya.

Ya dia juga cantik, tidak dinafikan lagi.

Bermacam-macam perkara yang dia dengar,

'Dia dah bercinta dengan Sooyun ke?'
'Sooyun terima dia?'
'Wah tak sangka Sooyun terima lelaki macam dia.'
'Tapi dia boleh tahan hensem.'
'Dia ke pelajar pendiam daripada course IT tu.'

Sicheng mengigit bibirnya. Sesungguhnya dia memang tidak suka dan benci dengan perhatian yang terarah padanya sekarang. Pegangan bukunya dirapatkan pada dada. Cuba mengabaikan kata-kata itu pada pendengarannya.

Sooyun yang perasan akan perubahan raut wajah Sicheng itu terus berpaling padanya.

Sooyun terus memandang kearah pelajar-pelajar yang membisik tentangnya. Dia juga pasti mendengarnya.

"Maaf, tapi rasanya boleh stop cakap pasal saya boleh? Saya tak selesa." Sooyun menayangkan senyuman paksa kepada sekumpulan pelajar itu sebelum menarik tangan Sicheng menjauhi tempat itu.

Sicheng memandang Sooyun tidak percaya. Tidak pernah dia melihat perempuan yang berani seperti Sooyun.

--

Pintu kafeteria itu dibuka. Mereka berdua melangkah masuk ke dalamnya dengan pandangan orang ramai fokus terhadap mereka.

Sepanjang perjalanan mereka berdua ke kafeteri ini, boleh dikatakan Sooyun yang asyik memulakan perbualannya dengan Sicheng dan lelaki itu hanya menjawab ringkas. Dia terlalu malu berhadapan dengan Sooyun.

Matanya menangkap kearah meja yang telah diduduki oleh kawan-kawannya. Sicheng baru sahaja mahu melangkah kearah mereka, pergelangan tangannya dipegang membuatkan langkahnya terhenti.

Sicheng berpaling kepada Sooyun semula. Sooyun mengemam bibirnya sebelum memandang kearah Sicheng semula.

"Boleh aku makan dekat meja kawan kau?" Sicheng terdiam seketika. Kepalanya yang tidak gatal digaru. Sicheng mengangguk perlahan, membenarkan gadis itu berehat bersamanya.

Dalam fikirannya mahu saja dia bertanya bermacam-macam perkara kepada gadis itu. Dia tidak keluar makan dengan kawannya?

Tetapi semua itu hanya dipendam di dalam dirinya sahaja. Dia tidak boleh melangkaui batasnya.

Jaehyun, orang pertama yang menyedari kehadiran Sooyun. Jaehyun mengangkat tangannya, menegur Sooyun. Serentak dengan itu, rakan-rakannya yang lain turut memandang kearah Sooyun yang masih berdiri disebelah Sicheng.

Lelaki itu mengusap belakang lehernya kekok sebelum melangkah kearah tempat duduk disebelah Jaehyun yang kosong. Sooyun hanya mengikuti Sicheng dan duduk disebelahnya.

"Hai." Sooyun tersenyum sebelum menegur kawan-kawan Sicheng yang lain. Mereka berpandangan antara satu sama lain. Pada awalnya mereka pelik, tetapi perasaab itu diabaikan.

"Hai Sooyun noona! Kelas macam mana tadi?" Hendery menyapa kembali Sooyun ramah. Sooyun mengangguk.

"Bolehlah, cuma ramai yang kena denda tadi." Sooyun mengangkat bahu. Sicheng hanya mendiamkan diri, mendengar segala perbualan antara Sooyun dan Hendery yang sekelip mata menjadi rapat itu.

Jaehyun yang berada disebelahnya menyiku perutnya. Sicheng berpaling dan mengangkat kening.

"Kau borak apa dengan dia tadi?" tanya Jaehyun berbisik perlahan memandangkan dia tidak mahu orang lain mendengarnya.

Sicheng mengangkat bahu, tidak mahu menjawab soalan Jaehyun itu. Jaehyun pasrah, kalau Sicheng tidak mahu membuka mulut, dia hanya perlu menunggu lelaki itu menceritakan padanya nanti.

Dengan kehadiran Haechan dan Jihyun itu membuatkan mereka berempat makin rancak berbual, seperti empat sekawan yang sudah lama berkawan.

Sicheng bangun daripada tempatnya dan menuju kearah kaunter makanan. Sooyun kelihatan langsung tidak menyedari Sicheng yang berlalu pergi itu kerana terlalu leka berbual.

Sicheng kembali dengan beberapa paket roti di dalam plastik dan dia kembali duduk di tempatnya. Dalam diam, dia menghulurkan plastik itu kepada Sooyun. Dia cuba mengelakkan daripada bertentang mata dengan gadis itu.

Perbualan Sooyun tadi terhenti apabila dia dapat merasakan Sicheng sedang menolak sesuatu padanya. Sooyun tersengih gembira apabila melihat plastik yang dipenuhi roti itu.

"Makanlah dulu sebelum berborak." kata Sicheng perlahan. Sooyun mengangguk laju dan mengambil roti berperisa coklat itu. Bibirnya tidak henti mengukirkan senyuman dengan tindakan Sicheng itu.

Mungkin Sicheng risau tentangnya?

'Langkah kedua selesai!'


double update sebab taeyong buat ig harini HAHAAHAHAH

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top