04
Kakinya melangkah tenang melalui koridor itu. Pegangan buku pada tangannya dirapatkan pada dadanya. Kekok.
Sepanjang koridor itu, ramai pelajar-pelajar lain yang melihat kearahnya dan berbisik tentang sesuatu.
Dia tahu pastu mereka sedang membincangkan tentang kejadian semalam. Kejadian dimana Sicheng meluahkan perasaan palsunya pada Sooyun.
Sicheng sudah berasa tidak selesa dengan pandangan mereka itu. Dia tidak suka menjadi perhatian orang ramai.
"Sicheng oppa." Sicheng berpaling kearah sebelahnya, melihat seorang gadis sedang memegang bahunya sambil tersenyum.
"Eo Jihyun, kenapa?" Sicheng meneruskan langkahnya bersama Jihyun memandangkan tujuan mereka adalah sama. Sicheng memandang kearah belakang Jihyun, mencari kelibat seseorang.
"Renjun dia ada kelas." jawab Jihyun, seakan tahu apa yang dicari oleh Sicheng. Sicheng mengangguk faham. Patutlah, kalau tidak mereka berdua ini tidak boleh berpisah. Selalu melekat antara satu sama lain seperti belangkas.
"Oppa, nak tanya boleh?" soal Jihyun teragak-agak, meminta kebenaran lelaki yang tua tiga tahun daripadanya itu. Sicheng mengangguk, membenarkannya bertanya.
"Macam mana hubungan oppa dengan Sooyun unnie?" soalan daripada Jihyun itu membuatkan Sicheng terbatuk. Jihyun terus mengusap belakang badan Sicheng, membantu lelaki itu. Terkejut sangat nampaknya.
"Okey tak?" tanya Jihyun prihatin. Mereka berdua berhenti melangkah. Sicheng terus mengangguk laju dan menunjukkan tanda okey pada Jihyun.
"Kitorang..."
'Boleh tak kau jangan bagitahu orang lain tentang hubungan kita?'
Kata-kata Sooyun pada petang semalam bermain difikirannya. Sicheng mengigit bibirnya. Jadi dia mahu jawab apa pada Jihyun?
Fikirannya mula berserabut dengan perkara ini. Perkara ini semuanya bermula daripada Haechan!
"Jihyun- oppa pergi dulu, Mr.Lee ada panggil tadi." Sicheng menjawab gagap. Dia melambaikan tangannya pada Jihyun sebelum meninggalkan Jihyun berseorangan di belakang. Jihyun memandang Sicheng dan tersenyum kecil.
"Eleh nak lari lah tu."
--
Video yang dipaparkan pada slide itu dilihatnya dengan penuh tumpuan. Video tentang bahasa Jepun memandangkan dia mengambil bahasa itu sebagai bahasa ketiganya. Tangannya laju bergerak menulis nota diatas sekeping kertas itu.
Sicheng menghembus nafas lega sebaik sahaja video yang ditunjukkan di hadapan tadi habis dimainkan dan suis lampu dibuka semula.
Jaehyun yang berada disebelah Sicheng meregangkan tangannya ke hadapan. Sesekali dia menoleh kearah Sicheng yang masih lagi menulis, dia terlalu fokus sehinggakan langsung tidak menoleh kearah Jaehyun.
Jaehyun mengeluh perlahan dan menyandarkan tubuhnya pada kerusi. Matanya dipejam rapat, membiarkan Sicheng habis menulis notanya terlebih dahulu. Jika Sicheng sedang fokus, jangan ada sesiapa yang menganggunya.
"Jom Jaehyun." Sicheng bersuara setelah beberapa minat. Jaehyun membuka kelopak matanya perlahan-lahan dan bangun daripada tempat duduknya.
Dia menunggu Sicheng mengemaskan alat-alat tulisnya sebelum mereka berdua bersama-sama melangkah mendekati pintu keluar. Suis lampu ditutup terlebih dahulu memandangkan mereka orang yang terakhir.
Kakinya melangkah keluar terlebih dahulu daripada Jaehyun.
"Hai Sicheng!" Tersentak Sicheng dibuatnya dengan teguran gembira itu. Tubuhnya terdorong ke belakang akibat terkejut. Sicheng memandang wajah yang menegurnya. Sooyun.
"Sooyun kau buat apa dekat sini?" tanya Jaehyun, dia muncul daripada belakang Sicheng yang sedang menghalang pintu sekarang. Tubuh Sicheng ditolak keluar apabila lelaki itu langsung tidak berganjak daripada tempatnya.
"Nak jumpa Sicheng." Sooyun tersenyum lebar sambil menunjukkan kearah Sicheng. Sicheng membuntang mata, jarinya menunjuk kearahnya tidak percaya.
Jaehyun mengangguk faham dan menepuk bahu Sicheng beberapa kali.
"Aku pergi dulu, jumpa dekat kafeteria Sicheng." Belum sempat Sicheng mahu menghalangnya, Jaehyun laju melangkah meninggalkan mereka berdua di belakangnya.
Sicheng berdehem, menghilangkan suasana kekok pada dirinya. Dia memegang pergelangan tangannya dan melarikan pandangan daripada Sooyun.
"Janganlah berdiri formal samgat." Sooyun tertawa kecil apabila melihat kedudukan Sicheng yang berdiri tegak sambil kedua-dua belah tangannya dipegang erat diantara satu sama lain.
Sicheng terus melepaskan pegangan tangannya dan sebelahnya dimasukkan ke dalam poket seluarnya.
Sooyun memegang lengan Sicheng, menyuruhnya untuk berjalan bersamanya. Kalau dia tidak berbuat begitu, sampai bila-bila Sicheng tidak akan bergerak daripada tempatnya.
Wajah Sicheng membahang apabila Sooyun memegang lengannya. Sebelum gadis itu melepaskannya semula, Sicheng melepaskan nafas lega. Jantungnya sudah laju mengepam darah.
"Jadi kita nak keluar tak?" soal Sooyun. Sicheng memandang Sooyun tidak percaya. Selamba sahaja gadis ini mengajaknya keluar. Langsung tidak teragak-agak.
Masalah sekarang, Sicheng pula yang terlebih malu dengan tindakan beraninya itu. Dia nak bertentang mata dengan Sooyun pun tidak boleh!
"Nak-nak buat apa?" Soal Sicheng pula. Wlaaupun gagap, dia masih cuba memberanikan diri.
"Kita kan kawan, jadi kawan kenalah kenal antara satu sama lain." Sicheng terdiam seketika. Betul ke keputusan mereka untuk berkawan ini? Dia mula ragu-ragu dengan perjanjian yang mereka lakukan.
"Boleh tak?" Sooyun bertanya sekali lagi. Perlahan-lahan Sicheng mengangguk dan membuatkan gadis itu tersenyum lebar. Sicheng turut tersenyum apabila melihat gadis itu tersenyum lebar padanya
'Macam mana kalau aku jatuh cinta dengan kau sekali lagi?'
aku dah kena writer block jap :/ aku kena tengok drama balik nak cari motivation AHAHAHAH
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top