03
"Sicheng!"
"Dong Sicheng!" jeritan Sooyun itu membuatkan langkahnya terhenti. Badannya langsung tidak menoleh memandang Sooyun yang sudah kekurangan nafas mengejar lelaki ini.
Sooyun mendekati lelaki itu dan memegang pergelangan tangannya sebelum menariknya pergi, menjauh daripada kawasan itu. Dia perasan terdapat banyak mata yang sedang memerhati kearahnya disebabkan luahan perasaan Sicheng tadi.
Sooyun menghentikan langkahnya di hadapan fakulti musik. Badannya berpusing menghadap Sicheng yang masih menundukkan wajahnya memandang lantai.
Matanya terhenti pada pegangan tangannya pada lengan Sicheng. Laju dia melepaskan pegangan itu.
"Ma-maaf." Sooyun berkata kekok. Keadaan diantara mereka kekal senyap. Sooyun memegang tangannya kekok. Sejuk dengan angin yang menyapa kulitnya.
"Sicheng."
"Sooyun."
Mereka berdua bersuara serentak. Sicheng mengigit bibirnya resah. Dia cuba mengangkat wajahnya memandang Sooyun. Jantungnya mula berdegup dengan laju. Kenangannya semasa di sekolah kembali bermain di fikirannya.
Dia sentiasa memerhatikan gadis itu dalam diam dan daripada jauh. Tetapi itu hanyalah kenangan baginya. Sekarang dia sudah tidak menyukai gadis itu. Dia cuba untuk berhenti menyukainya.
"Sicheng tentang luahan tu-"
"Benda tu dare kan." Sicheng memotong percakapannya laju. Sooyun memandangnya lama.
"dare-"
"Maafkan aku sebab dah malukan kau depan orang ramai tadi." Sicheng mengusap belakang tengkuknya. Dia mulai berasa bersalah dengannya. Terlalu ramai orang yang mendengarnya tadi. Dia pun tidak sedar akan nada suaranya yang kuat secara tiba-tiba itu dan menyebabkan ia menarik perhatian orang lain
"Tak apa. Aku tahu itu dare." kata Sooyun tenang. Sicheng memandangnya tidak percaya. Dia mengelipkan matanya beberapa kali. Dia tidak salah dengar kan?
Atau dia hanya nak melegakan hatinya?
"Haechan yang bagi dare itu kan?" katanya terselit dengan tawa kecil di akhirnya.Dia ternganga melihat reaksi Sooyun. Sekali lagi Sicheng terkilan. Sooyun memang tahu tentangnya daripada awal ke?
"Aku tahu Haechan yang akan bagi dare macam tu dekat kau." sambung Sooyun lagi. Mereka berdua terdiam lagi sekali.
Sooyun menarik tangan Sicheng untuk duduk pada anak tangga itu. Matanya meliar memandang kearah sekeliling. Dia kekok dan gementar duduk berdekatan dengan gadis ini.
"Macam mana kau kenal aku?" Sicheng memecahkan kesunyian antara mereka. Tetapi dia masih menggelakkan pandangan matanya daripada Sooyun. Dia terlalu malu untuk bertentang mata dengannya.
"Mestilah aku kenal kau. Dong Sicheng, kelas 8A-1." Sicheng mengerutkan dahinya terkejut.
"Kau- kau kenal?" Sicheng menjawab gugup. Jadi selama ini Sooyun memang mengenalinya? Ah jadi mesti dia perasan apabila dia memerhatikannya daripada jauh!
"Kau comel." tersedak Sicheng dibuatnya apabila mendengar kata-kata berani yang keluar daripada bibir gadis itu. Dia memandang Sooyun yang sudah tersengih padanya.
"Mesti orang lain dah fikir kita dah ada hubungan kan?" kata Sooyun tiba-tiba. Sicheng mendiamkan diri. Dia cuba memproses ayat yang baru dikatakan oleh Sooyun tadi.
"Kan kau confess depan orang ramai tadi." Sooyun tergelak kecil apabila melihat reaksi blank daripada lelaki itu. Setelah menyedari hal itu Sicheng mengangguk laju. Haih ini semua salahnya. Kalau dia tidak bercakap kuat tadi, mesti tidak akan jadi begini
"Boleh tak kau jangan bagitahu orang lain tentang hubungan kita?" pada kali ini, Sicheng memandang tepat anak matanya. Dia pelik dengan kenyataan Sooyun tadi. Maksudnya Sooyun ingin menerima luahan perasaan palsunya tadi ke?
"Maksud aku, bila orang lain tanya tentang hubungan sebenar kita, kau jangan jawab. Kau diam je." kata Sooyun. Dia memusingkan badannya menghadap Sicheng.
"Aku tak naklah dianggap reject kau punya luahan tadi." Suasana hening kembali memenuhi kawasan itu. Sicheng mendiamkan diri seketika. Mungkin dia tidak mahu dianggap jahat oleh orang lain ?
Perkara itu yang bermain di fikirannya. Sicheng hanya mengangguk setuju. Walaupun pada hakikatnya dia berasa sedikit kecewa dengan kata-kata gadis itu.
"Jadi kita kawan kan?" Sooyun menghulurkan tangannya. Sicheng memandang lama huluran itu sebelum menyambutnya dan tersenyum kecil.
Langkah pertama selesai!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top