02
"Lee Donghyuck!" Sicheng berkata separa geram. Nadanya masih cuba dikawal supaya tidak menarik perhatian orang lain. Manakala yang lain juga terkejut dengan kata-katanya tadi kecuali Yangyang dan Jaehyun.
"Ala hyung~ Cepatlah buat." Donghyuck cuba memujuknya. Sicheng menggulingkan bola matanya menyampah. Haechan ini dah gila agaknya? Macam mana dia nak cakap benda memalukan itu di hadapan perempuan yang pernah disukainya ?
Dia pernah menyukai wanita itu dahulu.
"Tapi kau kena buat jugalah." Sicheng berpaling kearah Jaehyun yang baru bersuara tenang. Sicheng memandang Jaehyun terkejut. Dia menyokong Haechan ke?
"Tapi-"
"Hyung mana boleh elak." Yangyang mencelah percakapannya. Sicheng terdiam. Hatinya sudah berpecah belah. Dia meneguk air liur beberapa kali. Matanya meliar tidak tentu arah memandang kearah sekeliling.
Sekali lagi, dia menoleh kearah perempuan yang berambut coklat paras bahu sedang berbual dengan rakan-rakannya. Mereka sedang menonton persembahan daripada band universiti.
Sicheng menyerabutkan rambutnya kasar. Perlu ke dia benda itu? Ya tak perlu, dia tak perlu buat.
Sicheng bangun daripada duduknya dan ingin melangkah pergi kearah bertentangan dengan tempat gadis itu, tetapi Hendery lebih cepat menangkap pergelangan tangan Sicheng sebelum sempat dia melarikan diri.
"Tak adil kalau hyung lari macam tu je." Mereka mengangguk setuju dengan pernyataan Hendery itu.
"Tapi... tak rasa ke dare yang ni melampau-" Mereka semua memandang kearah Jaemin. Kata-kata Jaemin itu terhenti apabila Jaehyun, Yangyang dan Haechan mencerlung matanya tajam kearah lelaki muda itu. Jaemin mengemam bibirnya, tidak menyambung semula ayatnya tadi.
"Hyung cubalah dulu." Jeno memberi keyakinan kepada Sicheng. Sicheng ternganga. Tidak pernah-pernah mereka mencadangkan dare seperti ini, tetapi apabila tiba gilirannya mereka mula merepek.
"Jom hyung." Jeno bangun dari duduknya dan memegang pergelangan tangan Sicheng. Memandangkan Jeno sudah mengenali rapat perempuan itu, dia yang akan menemani Sicheng. Sicheng mendengus kasar dan bangun daripada duduknya, mengikuti langkah Jeno kearah perempuan yang ditunjukkan oleh Haechan tadi.
Wajah Sicheng sudah merah-kemerahan apabila mereka sudah berdiri disebelah gadis itu. Jantungnya mengepam darah ke seluruh tubuh badan dengan lebih laju. Bagaimana dia nak cakap benda itu, sedangkan bercakap dengan perempuan pun dia dah malu! Tahap pemalunya tidak boleh dibawa bincang.
"Noona." Jeno memanggil. Tiga orang gadis itu serentak memandang kearah Jeno dan Sicheng yang sedang berdiri. Apabila anak mata gadis itu bertembung dengan Sicheng, dengan segera lelaki itu melarikan pandangannya. Sicheng mengenggam erat kedua-dua belah tangannya.
Sebaik sahaja dia melihat Sicheng, gadis itu tersenyum lebar. Dia bangun dari duduknya dan berdiri menghadap Sicheng dan Jeno. Kedua-dua orang kawannya itu juga turut memandang kearah mereka.
"Hai Jeno... dan Sicheng!" Gadis itu tersenyum lebar melihat kehadiran Sicheng disitu.
Jeno menyiku perut Sicheng tidak terlalu kuat apabila lelaki itu hanya mendiamkan diri, langsung tidak memandang gadis itu.
"Cakaplah hyung..." Jeno berbisik perlahan pada telinga Sicheng. Sicheng mendengus perlahan dan menunduk memandang tanah. Dia memegang belakang tengkuknya dan perlahan-lahan mengangkat wajahnya. Wajah gadis yang sedang tersenyum itu dipandang.
"Aaa- macam ni..." Sicheng kembali melarikan anak matanya. Apa yang dia nak cakap! Perlu ke dia cakap? Ah dia buntu!
Sicheng menoleh ke belakang, melihat kawan-kawannya yang sedang menumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Haechan dan Yangyang menjerit tanpa suara kononnya memberi semangat kepadanya. Dia menarik nafas dalam dan kembali memandang anak matanya.
"Jung Sooyun I Love You."
selamat malam huehue
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top