Prologué

SON Hara tercungap- cungap pulang ke rumah sebaik mendapat panggilan daripada ibunya.

Dia tidak tahu hendak memberi jawapan apa jadi mahu tak mahu dia terpaksa pulang ke rumah tengah hari itu juga.

Kelas dengan Dr. Karl terpaksa dia langkau disebabkan emergency leave tersebut. Son Hara membuka kasut sneakers dan mendapati diluar rumah sudah ada beberapa pasang kasut berselerak disitu. Hara menelan liur, seakan tahu ada benda yang tidak baik berlaku didalam rumah.

Sebaik dia melangkah masuk kedalam rumah. Mata- mata didalam rumah terus tertumpu kearahnya. Untuk kesekian kali Hara menelan liur, dia mendapatkan ibunya yang duduk diantara orang- orang tersebut.

“Ma, kenapa ramai- ramai ni?” soal Hara dengan nada separuh berbisik. Dia tundukkan kepala tanda menyapa seorang wanita yang berparas cantik yang duduk berhadapan dengannya.

“Mereka datang ni nak lamar kamu.” kata mama perlahan buatkan Hara membulatkan matanya besar. Terkejut!

“Ha?”

“Jadi inilah Hara, anak makcik?” soal wanita tersebut. Mama mengangguk sebelum tersenyum. Namun aku lihat senyumannya kelihatan hambar dan kelat. Dapat aku rasakan yang lamaran tersebut mempunyai makna yang tersirat.

“Cantiknya, Cik Hara.” puji wanita tersebut seraya menghulurkan tapak tangan mahu bersalaman dengan Hara yang nampak teragak- agak mahu melakukannya. Namun bila mendapat sikuan dari ibunya, terus saja Hara mencapai tapak tangan wanita itu lalu bersalam dengannya.

“Kenalkan saya ni, Bae Mina. Dan tujuan saya datang kesini adalah untuk melamar Cik Hara.” katanya tanpa berbelit- belit lagi. Hara gigit bawah bibir, tidak tahu hendak berkata apa. Dipandangnya mama dari ekor mata.

“Er.. tapi kenapa tiba- tiba? Saya rasa saya tak kenal Puan dan juga lelaki yang bakal saya kahwini” itu dia. Penuh sopan aku berkata. Lebih kepada menolak sebenarnya. Yalah, aku baru 20 tahun! Belum merancang lagi nak kahwin!

Wanita tersebut tersenyum lebar. Dia capai tapak tangan aku sebelum mengusapnya perlahan. Hara masih lagi mengemam bibir, apa sebenarnya wanita cantik dihadapannya ini mahukan?

“Saya yakin Cik Hara akan sukakan bakal suami Cik Hara. Dia baik dan kacak orangnya.”

“Ya, saya tahu Puan. Tapi, baik hati dan kacak saja tak menjamin kebahagiaan, saya perlu ada rasa cinta dahulu dengan lelaki tu. Baru boleh kahwin. Lagipun saya masih muda. Em.. Puan nak kahwinkan saya dengan adik lelaki Puan ke apa?” dengan berani aku menyoal. Melihatkan senyumannya buatkan aku makin curiga.

Dia keluarkan satu keping gambar seorang lelaki yang aku akui memang sangat kacak. Tapi baik hati? Sukar untuk aku nilai sisi baiknya itu melalui gambar sahaja.

“Dia Park Jimin, suami saya.”

Buntang mata aku jadinya bila mendengar dia berkata begitu.

Ke- kenapa dia nak lamarkan aku untuk suami dia sendiri? Jadi madu dia? Dia dah gila ke apa!

Huwargh! Tolong selamatkan aku!

.

A Park Jimin's fanfiction.

Disclamer; This is a work of fanfiction.

Sebarang watak dan peristiwa yang terdapat didalam cerita ini tak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang sudah tidak ada.

Dilarang meniru atau mengambil apa-apa didalam karya ini tanpa keizinan saya dan jika ada kesamaan, ianya hanyalah suatu kebetulan.

Peace✌

His Wife | Park Jimin
Written by, Heitsmehari.

Rated 16+ (a few)

[Complete]
Wattpad story 2020.



Do follow my ig
@heitsmehari



©2020heitsmehari
All rights reserved.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top