Bab 7🔐

KRING!

Bunyi loceng kafe yang digantung pada pintu utama kafe tersebut bergema bila pintu dibuka. Hara yang mengelamun terus kembali sedar ke realiti bila Han, selaku rakan kerjanya menyiku lengannya.

“Ahh, selamat datang ke Coral Cafe, Encik nak pesan apa?” soal Hara, namun dia masih belum mendongak untuk memandang ke pelanggan lelaki tersebut.

Ice lemon tea satu dan aku nak jumpa kau. Real quick.” pesan lelaki itu dengan suara garau dan datar. Terus Hara dongakkan wajah dan mendapati bahawa itu ialah Jimin. Lelaki itu memandang Hara dengan wajah keruhnya.

“Tapi sekarangkan waktu kerja saya? Mana boleh sesuka hati keluar macam tu je. Encik pun tahu, kan?” balas Hara, Jimin cuma kekalkan wajah datarnya. Dia pandang Han selaku rakan sekerja Hara buatkan lelaki itu mengalihkan pandangannya, gerun.

“Cepatlah, aku tak ada masa ni. Aku nak bincang seperkara dengan kau.” kata Jimin sedatarnya sebelum melangkah ke meja di hujung kafe tersebut. Hara pandang Han sejenak sebelum keluar dari ruangan kaunter pembayaran.

“Cepat buatkan ice lemon tea untuk dia, Han. Mengamuk kang, susah.” kata Hara, sempat dia menjeling pada Jimin yang sedang duduk disudut kafe tersebut sambil berpeluk tubuh.

“Siapa tu? Boyfriend?” tanya Han sambil tangannya mencapi gelas kaca lalu menuang ais kedalam gelas tersebut. Hara mencebik.

Boyfriend apanya, Han? Dia tu suami orang.” jawab Hara seraya menongkatkan dagunya menggunakan tangan. Bila mendapat jawapan seperti itu, terus kening Han terjongket.

“Kenapa? Hara ada hutang apa dengan dia?” soal Han buatkan Hara ketawa kecil.

“Mana ada saya berhutang. Dia nak bincang seperkara dengan saya. Em, penting.. kot.” jawab Hara lalu dia mencapai dulang sebelum meletakkan gelas kaca tersebut.

“Jaga tempat saya jap.”

Alright.

“Ais lemon teh yang Encik pesan.” kata Hara seraya meletakkan gelas berisi lemon teh diatas meja dihadapan Jimin. Lelaki itu langsung tidak memberikan sebarang respon. Dia tetap kekalkan wajah bekunya. Kerusi dihadapan Jimin diambilnya.

“Encik nak bincang apa dengan saya?” soal Hara lembut. Jimin merenung wajah Hara sejenak sebelum mengalihkan pandangan. Dia mengeluh perlahan.

“Jom kahwin”

“...”

Terdiam Hara jadinya. Gadis itu terkebil- kebil. Wajah lelaki dipandangnya tidak percaya.

“Jangan main-mainlah Encik, kalau Encik tak sukakan saya. Encik tak payahlah kahwin dengan saya. I know its hard, lagipun isteri Encik dah cukup sempurna dan baik untuk lelaki macam Encik.” kata Hara. Jimin mengeluh berat.

“Memang aku tak sudi nak kahwin dengan kau pun. Kau kalau nak dibandingkan dengan isteri aku, tak ada yang sama. Jauh sekali. Huh..”

“Tapi kau kena faham aku, kau kena kahwin dengan aku. As soon as possible, aku tak ada pilihan. Kalau kita tak kahwin, aku terpaksa ceraikan Mina. Aku tak nak kehilangan dia..” kata Jimin buatkan Hara terkebil- kebil. Bibirnya diketap. Dia buntu.

I want kids.

Mendengarkan ayat itu saja buatkan Hara meneguk liurnya, kesat. Pandangan mata tajam Jimin terhadapnya buatkan Hara jadi gelisah.

“Mina can't give me kids, maybe you can.” kata Jimin dengan penuh berharap agar gadis dihadapannya ini terima kerana dia tak mahukan perpisahan dengan Mina. Meremang bulu roma Hara jadinya.

“Tapi.. sa- saya sukakan orang lain.” jawab Hara. Jimin ketap bibirnya.

“Aku takkan halang kau untuk bercinta dengan orang lain walau selepas kita berkahwin. I just need kids, thats all.

Sekali lagi Hara mendiamkan diri.

Please.. marry me.

“Sa-saya akan fikirkannya.”

Good, jangan fikir lama sangat. I got to go, thank you for the treat.” kata Jimin sebelum menyedut ais lemon tehnya sebelum mengangkat punggung keluar dari kafe tersebut.

“Yah! Encik tak bayar lagi!”

.

Emmuah.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top