Bab 68🔐
[Say hai to our Mochi❤]
.
.
HARA melirik pada jam digital diatas meja lampu yang sudah masuk ke angka 7 pagi. Dia masih liat nak bangun.
Hara baring mengiring menghadap Jimin, wajah kacak lelaki itu makin terserlah ketika dia tidur.
Hara mengeluh lega, lega kerana lelaki itu sudah menerimanya sepenuh hati. Jari jemari Hara menyentuh lembut pipi Jimin buatkan lelaki itu merengek kecil.
“Mina..” panggil Jimin dalam lena buatkan tindakan Hara tergendala.
Wajah Jimin ditatapnya lama, mesti susah nak lupakan cinta pertama, kan Jimin? Soal Hara dalam hati.
Keluhan dilepaskan, baru saja dia mahu jarakkan diri dari Jimin, lelaki itu sudah melingkarkan lengannya pada pinggang Hara buatkan langkah gadis itu terbantut.
“Jangan pergi, please?” pinta Jimin tapi masih dalam keadaan mata yang tertutup.
Hara jadi tak sampai hati nak berganjak dari tempatnya.
“Tak.. saya takkan pergi.”
“Tapi awak tipu.. sa- sayang tinggalkan saya seorang diri..” bisiknya lagi diselangi dengan air mata yang mengalir ditubir mata lelaki itu. Hara mengetap bibir, air mata Jimin diseka menggunakan ibu jarinya.
“Jimin.. ini saya. Hara.” bisik Hara seraya menggoncang lengan lelaki itu perlahan. Tak sampai beberapa detik kelopak mata Jimin terbuka dan lelaki itu memandang Hara dengan wajah yang bingung.
“Sayang?” panggilnya lembut dengan wajah yang mamai.
“Awak ngigau.” terang Hara. Jimin menggosok matanya, namun lengannya masih kekal memeluk pinggang Hara erat.
“Awak mimpikan dia?”
“Eum.. dia cakap dia happy tengok kita macam ni. Dia cakap congrats dekat sayang sebab beri saya peluang dan berikan saya baby.” bisik Jimin. Hara tersenyum, pipi Jimin disentuhnya.
Dia masih kasihankan Mina sebenarnya, wanita itu tak kesampaian melihat Hara mengandung.
Dia cakap dia nak pegang baby..
Tapi tak apalah Puan, saya akan wakilkan awak untuk pegang baby. Saya janji saya akan Jimin baik- baik. Saya akan jadi isteri yang terbaik untuk Jimin.
“Termenung pulak dah.” tegur Jimin buatkan Hara sedikit tersentak, dia jongketkan kening petanda 'apa?' kepada Jimin.
Lelaki itu tersenyum kecil, giliran pipi Hara pula yang disentuhnya.
“Saya cakap, saya happy dapat awak balik jadi isteri saya. Saya happy yang awak bagi saya peluang untuk experience sendiri macam mana nak jaga ibu mengandung, pembawakan bayi serta nak jaga baby nanti. Thank you, sayang” bisiknya lembut sebelum dahi Hara diciumnya.
“Eum.. small matter.” balas Hara buatkan Jimin tersengih kecil.
“Saya cakap panjang- panjang sayang balas itu je?” soal Jimin sedikit tak puas hati. Hara cuma senyum.
“Kira okaylah daripada saya tak balas langsung.” balas Hara buatkan Jimin smirk kecil.
Tangan kasar lelaki itu menyelit masuk kedalam baju Hara namun ditahan Hara.
“Apa awak nak buat? Ja-”
“Little punishment for my naughty wife.” balas Jimin sebelum pinggang Hara digeleteknya lembut namun buatkan Hara yang memang pantang benda- benda macam ni menggeliat kegelian.
“Yah! Ber- berhenti!” tercungap- cungap Hara mengambil nafas sambil menolak- nolak tangan Jimin dari bergerak di sekitar perutnya.
“ARGH!”
Jimin berhenti, wajah Hara yang berkerut sakit itu dia pandang dengan penuh risau. Salah dirinya juga sebab bergurau tak kena tempat.
“Sayang, sa- sakit kat mana?” soal Jimin, lelaki itu menjadi panik bila Hara mengesot menjauhkan diri darinya sambil menekan perutnya.
“Sayang.. i'm sorry. Sakit sangat ke? Saya tak sengaja, maafkan saya-”
“Gotcha! Hahaha!” Hara berlari menjauhkan diri dari Jimin yang masih blur diatas katil, bila dia sedar yang dia dah dikenakan oleh isterinya, terus Jimin melompat turun dari katil.
“Sayang! Awak menakutkan saya!” balasnya, Hara cuma ketawa. Tuala mandi dicapai lalu kaki dibawa melangkah masuk kedalam kamar mandi.
“Apa awak buat? Pergi keluar-”
“Tak nak. Disebabkan sayang dah kenakan saya, sebagai gantinya, kita mandi bersama.” balas Jimin tenang, baju tidur dibuka. Hara bulatkan matanya.
“Jimin jangan buang tebiat!”
“Huwargh!”
.
Dua chapter lagi lepas tu cerita ni akan tamat, baca sampai habis tau?
Tapi sha tak update hari ni, ya?
[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top