Bab 58🔐

SEMENTARA menunggu gilirannya dipanggil, Hara duduk termenung diatas kerusi menunggu.

Selepas Jimin mengucapkan kata cerai, tubuhnya terasa tak bermaya untuk beberapa hari ini. Dia rasa lemah, nak buat kerja- kerja rumah pun dia rasa berat sangat.

Selera makan dia pun menjadi kurang dan dia juga rasa loya. Hara makin banyak menangis. Emosi dia menjadi tak stabil.

Entahlah.. takkanlah sebah Jimin je, kan? Mesti ada sebab lain.

Hem.. dua hari dia berada di rumah ibu. Dua hari juga dia banyak disoal pasal benda ni. Kenapa itu, kenapa ini? Serabut tahu otak?!

Hara menggeleng sendiri. Dengan diri sendiri pun nak bergaduh. Huh.

Jujur Hara cakap, dia rindukan Jimin. Dia rindu nak dengar suara Jimin.

Kalau ikutkan hati, mahu saja dia call Jimin, tapi niatnya terpaksa dibatalkan bila lelaki itu sendiri yang membina benteng dengan dirinya.

Jimin dah block nombor dia!

“Son Hara?” panggil seorang doktor buatkan Hara cepat- cepat mengangkat punggung lalu masuk kedalam bilik rawatan.

Disitu ada seorang doktor lelaki, mempunyai bibir tebal dengan potongan rambut fashion terkini. Hara lirik nametag yang disemat pada baju doktor lelaki itu.

'Kim Seokjin' desis hati Hara.

So, Cik Hara? Apa yang boleh saya bantu?”

“Saya rasa tak sedap badan sejak dua menjak ni. Kalau makan pun sikit je lepastu muntah balik. Tak tahulah kenapa, doktor.” ucap Hara. Berkerut dahi doktor lelaki itu jadinya.

“Eh, kejap. Ini bukan isteri kedua Jimin ke?” soalnya.

Giliran Hara pula yang mengerutkan dahi. Lambat- lambat dia mengangguk tanda mengaku.

“Ya tuhan, ni saya. Kawan Jimin. Kenapa dia tak bagitau yang isteri dia nak datang? Kalau tak, tak payahlah awak tunggu lama.” ujar lelaki itu. Hara cuma tersenyum hambar.

Isteri? Gelaran itu takkan kekal lama, Encik. Bisik Hara dalam hati.

“Ha ni, tentang masalah Cik Hara ni. Awak dah kahwin dengan Jimin hampir sebulan, kan? Hem.. kalau bukan demam, tak lain tak bukan mesti-” Ucapan Seokjin tergendala bila telefon pintar Hara berdering.

Laju Hara menggesel butang hijau bila mendapati itu adalah panggilan dari Mina.

“Puan?”

Cik Hara.. tolong jaga-

“Puan? Puan?!” Hara mengangkat punggung mahu melangkah pergi dari situ.

Gelabah Seokjin mahu mengejar Hara namun gadis itu sudah jauh darinya. Seokjin menggelengkan kepalanya.

“Jimin, you gonna be a father.

...

Puan?!” suara Hara bergema didalam rumah tersebut. Pintu yang tadinya tak berkunci dia tolak besar- sebesarnya.

Hara berlari ke dapur. Kelibat Mina tak ada disitu. Ruang belakang juga tiada. Hara memilih untuk mencari wanita itu ditingkat atas.

Pintu bilik utama yang menempatkan Jimin dengan Mina dia tolak perlahan.

Disitu dia lihat tubuh Mina terbaring diatas lantai dengan beberapa pil ubat yang bertaburan diatas lantai berhampiran dengan wanita itu.

“Puan?!”

Hara duduk melutut diatas lantai, kepala Mina diletakkannya diatas lutut sementara tangannya menepuk- nepuk pipi wanita itu.

Air matanya berjuraian jatuh.

“Puan, tolong bertahan.. jangan tinggalkan saya. Ja- jangan tinggalkan Jimin. Dia perlukan awak. Tolonglah, Puan. Saya merayu.”

Hara mengeluarkan telefon pintarnya dari beg tangan. Nombor Jimin didail namun panggilannya ditolak, tak. Nombornya di- block jadi sudah tentu panggilannya tak diterima.

Hara mendail ambulans dengan tangan yang menggeletar teruk.

“Tolong datang ke Floral Avenue, banglo 314, sekarang jugak!”


Cik Hara, tolong jaga Jimin baik-baik.


.

I can't understand what people are saying! Haa sambung, sambung.

[🙌]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💓]

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top