Bab 3🔐
HARA dan Mina duduk berhadapan disebuah cafe. Habis je kelas dia pukul 12 tengah hari, terus dia pecut keluar untuk berjumpa dengan Puan Mina. Tak mahu dia buat wanita itu tertunggu- tunggu.
Lagipun tak baik buat orang tertunggu- tunggu. Ianya dapat berikan tanggapan buruk pada kita.
Jus melon disedut rakus oleh Hara, Mina cuma memerhati sambil tersenyum. Kek coklat moussenya dia cuit sedikit lalu suap masuk kedalam mulut. Hara memerhatikan kesekeliling, tempatnya ringkas namun cantik mata memandang. Kemas kerana theme nya ialah hijau muda. Cantik.
“Puan, ada apa nak jumpa saya ni?” soal Hara. Malas sebenarnya nak berlama- lamaan dengan wanita itu.
Dia bukannya free sangat, lepas ni ada benda lagi dia nak buat. Kena siapkan assignment dan juga pergi kerja part time sebagai cashier disebuah cafe. Nak tanggung kos belajar dia. Almaklumlah, dia bukannya orang senang. Sejam lagi dia nak mula.
“Cik Hara nampak kelam kabut je, lepas ni Cik Hara nak kemana?” soal Mina.
“Saya ada kerja lepas ni, Puan. Nak siapkan assignment dan saya buat kerja sambilan. Puan, nak bincang apa dengan saya?” tanya Hara. Nak cepat!
“Ahh, ye ke? Cik Hara kerja apa?” soalnya. Hara sudah ketap bibir. Ha Puan Mina, cepat- cepatlah berbincang.
“Cashier je, Puan.”
“Dekat mana?”
“Dekat Coral Cafe, Puan.”
“Dah berapa lama?”
“Puan nak bincang apa sebenarnya dengan saya?” teremosi, aku mendesak dia untuk mempercepatkan perbincangan. Mina tersenyum nipis, cawan coffee caramelnya dia sentuh dan belek perlahan.
“Saya nak tahu jawapan Cik Hara pasal lamaran kelmarin. Cik Hara tak bagi jawapan lagi.” katanya, Hara ketap bibir. Duh! Macam mana dia boleh lupa bahawa wanita dihadapan inilah yang melamar dia untuk suami dia sendiri?
“Puan, saya ni masih muda. Lagipun kalau saya kahwin diusia yang macam ini, ibu saya siapa yang nak jaga? Saya masih belajar, tahun pertama.” terang Hara. Itu taktik dia untuk menolak tawaran Puan Mina tersebut. Hei, kahwin dengan suami orang? Dia tak pernah bermimpi untuk itu!
“Cik Hara, tolonglah faham saya. Saya perlukan awak untuk jadi isteri kepada suami saya. Saya tak kesah apa awak buat dengan suami saya, awak pikatlah dia. Buat dia jatuh cinta pada awak. Pleaselah, Cik Hara. Kalau Cik Hara risau tentang kos pelajaran Cik Hara, saya boleh tanggung semuanya. Ibu Cik Hara. Saya boleh tolong carikan penjaga” bersungguh- sungguh dia memujuk Hara.
Hara mengetap bibir.
“Saya tak fahamlah kenapa Puan boleh buat idea gila macam ni. Kalau Puan sayangkan suami Puan, jagalah dia. Bukan carikan isteri baru untuk dia. Bukan sakitkan hati Puan sendiri.” kata Hara. Mina menggeleng kecil, tapak tangan Hara ditariknya lalu dia genggam erat.
“Cik Hara, disebabkan saya sayangkan suami sayalah, saya buat macam ni. Saya bukan perempuan yang sempurna Cik Hara. Dah 3 tahun kami berkahwin tapi still tak ada zuriat. Saya malu, lebih- lebih lagi bila mak mentua saya asyik desak saya. Mereka mahukan cucu..
Mereka perlukan pewaris untuk keluarga Park. Tapi saya tak mampu. Saya disahkan mandul setahun yang lalu. Saya tak nak dengar cemuhan orang, jadi ini saja cara dia. Saya carikan dia isteri baru, iaitu awak. Awak orang yang tepat. Please Cik Hara..” rayu wanita itu. Hara sudah binggung mahu memberi jawapan apa.
Luahan hati wanita itu sedikit sebanyak membuatkan hati Hara tersentuh.
“Tapi.. Puan kan boleh ambil anak angkat?” kata Hara, ragu. Puan Mina mengeluh berat.
“Memang saya nak buat macam tu tapi mak mentua saya tak nak. Mereka kata, salasilah keluarga Park akan terganggu. Lagipun suami saya, nak anak dari darah dia sendiri.” ujar Mina. Dia melepaskan satu keluhan berat. Rumit.
“Tapi Puan-”
“Tolonglah Cik Hara, saya mohon pertolongan Cik Hara dalam hal macam ni. Sebab tak ada gadis lain yang boleh saya percayakan. Tolonglah..” rayu Mina.
Hara mengetap bibir. Genggaman tangan Mina dia lepaskan secara perlahan.
“Biar saya fikirkan dulu..”
Mina tarik senyum.
“Terima kasih.” balas wanita itu disambut helaan nafas berat dari Hara.
.
Author nak buat cerita ni jahat sikit.
Em, author nak buat watak Jimin cold sepanjang masa, sebab yang hari tu macam tak jadi je..😤 tengoklah kalau yg ni menjadi😥
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top