Bab 11🔐
DUA hari selepas itu, kehidupan Hara menjadi murung. Murung bukan sebab apa, hish, murung sebab dia buntu!
Nak kahwin ke tak?
Nak kahwin ke tak?
Yalah, kelmarin, Mina sendiri yang hantar cincin tunang. Masalahnya dia tak berani nak jawab, ya. Bila Hara cakap pasal benda ni dekat mama, terus mama balik dengan Kak Naeun dari Jepun. Terkejut dia!
“Sekarang Hara nak buat apa? Tenung cincin tu sampai tembus?” Soal Naeun unnie seraya bercekak pinggang memandang aku yang sedang memeluk lutut. Hara mencebik, dia kembali sembamkan wajahnya pada lutut.
“Hara tak nak kahwin dengan dia unnie. Hara sukakan orang lain, lagipun Hara dah jumpa bakal mak mentua Hara dua hari lalu. They're rude. Hara tak suka mereka mengata Hara..” kata Hara. Naeun mengeluh perlahan.
“Percayalah Hara, mereka tu orang yang baik. Tapi judgemental sikit.”
“Macam mana unnie tahu? Unnie belum jumpa mereka lagi,kan!” celah Hara. Naeun mengeluh perlahan sebelum melabuhkan punggung disamping adiknya itu.
“Mina tu kawan unnie, unnie yang kenalkan Hara pada dia sebulan yang lalu. Unnie kesiankan dia, Hara tak kesiankan dia ke?” tanya Naeun buatkan Hara mengetap bibir geram.
“Habis tu, unnie tak kesiankan Hara ke? Apa yang unnie buat ni melibatkan hidup Hara tau tak!” kata Hara buatkan Naeun melepaskan keluhan berat. Kedua belah bahu Hara disentuhnya.
“Unnie tahu apa unnie buat.”
“Tapi kenapa Hara tak tahu? Kenapa unnie tak bincang dengan Hara dulu? Wae, unnie?” soal Hara lemah. Tak sangka yang jalan hidupnya akan jadi begini.
“Benda ni baik untuk Hara-”
“Baik apanya? Lepas Hara mengandungkan anak lelaki tu dan lahirkan anak dia, unnie fikir mereka akan simpan Hara lagi ke? No, unnie, no! Mereka cuma nakkan anak, bukan Hara!” tengking Hara sebelum berlari naik ke tingkat atas.
Son Naeun mengeluh berat. Kotak baldu merah daripada Tiffany&Co itu dia pandang sayu. Maafkan unnie, Hara.. desisnya dalam hati.
...
“Jimin?”
“Hem?” Jimin cuma berdehem, dia yang sedang duduk di meja kerjanya itu mendongak bila terpandangkan Mina dihadapan pintu.
Bila Mina tersenyum, dia membalasnya dengan senyuman juga. Huh, sejuk mata pandang isteri cantik macam ni.
“Banyak lagi ke kerja awak?”
“Bolehlah, kenapa sayang?” soal Jimin, cermin mata bulatnya yang melorot ke hidung dia naikkan agar serata dengan pandangan.
Mina tersenyum kecil, terus dia melangkah menghampiri Jimin lalu melabuhkan punggung diatas meja kerja Jimin.
Lelaki itu cuma tersenyum kecil, tapak tangannya diletakkan diatas paha putih Mina. Disebabkan gadis itu mengenakan nightgown pendek paras lutut, jadi refleks bahagian paha gadis itu terselak bila gadis itu duduk.
“Awak tak kesah ke kalau saya nak cakap sesuatu?”
“Cakaplah sayang. Saya dengar” kata Jimin lembut, dia kembali meneruskan kerjanya yang tergendala tadi.
“Awak tak kesiankan Hara ke?” soal Mina dan serentak pen yang berada ditangan Jimin terhenti. Lelaki itu mengeluh berat.
“Mama just too harsh towards her. Saya risau hati dia tergores.” kata Mina lalu membelek- belek fail yang berada diatas meja itu. Jimin mendiamkan diri, dia hiraukan ucapan Mina sebelum meneruskan kerjanya.
“Jimin..”
“Em?”
“Boleh tak awak janji satu perkara dengan saya?” soal Mina, dagu Jimin dia sentuh dan serentak mereka merenung anak mata satu sama lain.
“Apa dia, sayang?”
“Kalau awak dah kahwin dengan Hara nanti, boleh tak awak layan dia sama macam awak layan saya?” pinta Mina buatkan Jimin mengetap bibir.
“Sayang, awak dan dia merupakan dua wanita yang berbeza. Saya tak boleh layan dia sama macam melayan awak. Awak lain dari yang lain..” ucap Jimin. Mina menggeleng, dia menyentuh pipi Jimin sebelum mengusapnya perlahan.
“Tapi dia akan jadi isteri awak, Jimin. Saya harap awak tak buat benda yang menyakitkan hati dia. Buatlah Jimin, sayangi dia, demi saya.” bisik Mina sebelum dahi Jimin dia kecup perlahan. Jimin mendiamkan diri.
Saya tak akan cintakan perempuan lain selain awak, sayang..
.
Pheuh. Berdebar noh.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top