🚻43 : Ending
His Roommate • kth
43 : Bab Akhir
Zaman Joseon
Hujan yang turun renyai-renyai dari atas langit menitik jatuh di atas tubuh badan Maharaja Jeon. Balang berisi abu mayat abang sulung serta sahabat baiknya itu dibawa rapat ke dada.
Jungkook menangis teresak-esak kerana dia hanyalah seorang manusia biasa. Realiti yang perit harus diterimanya serentak.
Dua orang yang disayanginya sudah tiada di dunia sementara ini.
"B-bawa Putera Mahkota Jae Hyung masuk ke dalam bilik. Beta ingin berseorangan sebentar."
Sida-sida mengundurkan diri. Tinggallah Jungkook melayan perasaan sebak seorang diri.
"Terima kasih untuk kau Jae Yoon. Terima kasih juga buat hyung. Jaga sahabat baik Kook di alam sana. Perjalanan aku baru bermula. Kalian berdua doakan aku dapat didik Jae Hyung dengan baik ya?"monolog lelaki itu.
Kepalanya didongak untuk memandang langit yang mendung. Satu keluhan nafas dihembus keluar dari bibir.
Jungkook mengukir sebuah senyuman manis sambil matanya mengingati semula momen indah bersama Jae Yoon dan Taehyung.
Segalanya tinggal kenangan.
Maharaja Jeon membiarkan angin malam menerpa halus di permukaan kulit wajahnya.
Suara comel Jae Yoon dan suara tegas si abang, Kim Taehyung berputar semula dalam fikiran.
"Kita jumpa lagi jika diizinkan tuhan."
----
Dunia Moden
Min Jae Yoon berdiri di hadapan Istana Bangtaneul yang terbina megah di hadapan matanya ini.
Sudah cukup sebulan daripada tempoh dia mengalami koma akibat hentakan kuat di bahagian kepala, Jae Yoon gagahkan diri juga untuk datang ke sini.
Hatinya mengatakan sesuatu. Ada urusan yang masih tertangguh di situ.
Tempat tersebut ditenungnya bersama perasaan yang bercampur-aduk. Istana itu seperti menyimpan pelbagai memori yang sedih. Air mata Jae Yoon mengalir lagi tanpa dipinta.
"Kim Taehyung, suara misteri yang menemani mimpiku selama ini. Kau..kau ada di sini ke?"ujar Jae Yoon sendirian.
Jari-jemarinya menyentuh ukiran bangunan istana lama itu. Nafasnya menjadi tidak teratur. Babak-babak kabur dalam mimpinya bersiaran semula di fikiran wanita itu.
"Apa semua ni? Mana kau pergi Kim Taehyung?"
-----
Seorang lelaki yang memakai baju t-shirt berwarna hitam bersama jaket berjalur putih, merah serta hitam itu melangkah perlahan ke arah lokasi aku sedang berdiri.
Wajahnya seakan sebuah tarikan. Aku terpaku memandang wajah kacak lelaki misteri itu.
Satu senyuman ikhlas aku tuju kepada dia. Dari mana dia datang, aku kurang pasti. Cuma aku yakin dia adalah antara pelawat yang datang menyinggah di Istana Bangtaneul ini.
"Cik, lap air mata tu. Masuk istana kau sedih. Cuba senyum sedikit. Dah bengkak mata kau tu."tegurnya ringkas.
Aku mengangguk lemah. Sisa air mata yang berbekas di hujung tubir mata aku kesat menggunakan sapu tangan.
"Awak s-seorang je yang berkunjung di sini? Siapa awak?"soalku lancar. Mulutku gatal ingin menanyakan soalan kepada lelaki itu.
Aku berundur ke belakang segera tatkala telapak tangannya mengelap air mataku.
Aku sendiri berasa hairan. Sebaik sahaja kaki aku melangkah kawasan Istana Bangtaneul, tubir mataku seperti empangan sungai yang sudah pecah. Setiap masa air mata aktif mengalir. Seolah-olah hari esok tidak wujud untuk aku meratap sedih.
"Kau berhentilah menangis. Aku yang sekadar melihat ni pun dah rasa tak keruan. Kita ada pernah kenal ke? Btw, aku Kim Taehyung. Kau?"
Hati aku semakin galak memainkan irama tidak stabil. Degupan jantungku menjadi laju. Suara garaunya sangat mirip dengan suara lelaki yang sering muncul di dalam mimpiku.
"Saya okay. Mata je asyik gatal nak menangis. Ada problem kut. Saya ..Min Jae Yoon. Saya rasa kita tak pernah berjumpa pun"
Aku hulurkan tangan. Taehyung menyambut huluran tangan aku. Gelakan kecil meletus keluar dari bibirnya.
"Kalau macam tu, aku gerak balik rumah dulu. Pergilah nikmati suasana sekitar istana. Tenangkan fikiran kau. Janji dengan aku, boleh?"tutur Taehyung dalam nada suara yang kedengaran serak.
Dia..dia tidak mungkin Taehyung yang sentiasa muncul dalam mimpiku. Itu hanya mimpi Jae Yoon.
Hanya mimpi buruk yang tidak akan berulang kembali.
"Janji apa?"soalku.
Taehyung , si lelaki misteri memaut lembut bahuku sebelum langkah kakinya beredar meninggalkan aku keseorangan di istana.
"Janji dengan aku . Jangan biarkan air mata mahal kau tu tumpah sekali lagi. Jaga diri, Min Jae Yoon. Ada rezeki kita bertemu lagi."
Dia menoleh sekilas. Senyuman kecil terukir di bibir merahnya.
"Saranghae."ucapnya tanpa suara. Bibirnya bergerak membentuk ayat ringkas ini. Namun, aku sempat mencerna tutur katanya.
Hati aku spontan membalas ucapan 'saranghae' seperti yang dituturkan oleh Kim Taehyung.
Ayat cinta itu.
Ternyata ringkas.
Tetapi, aku sangat yakin.
Ianya terkandung seribu satu momen indah yang masih tidak terungkap di alam realiti ini.
Taehyung, adakah kau Taehyung yang memberi aku nafas kebahagiaan seperti di dalam mimpi itu?
Katakan ya. Aku inginkan takdir menemukan kita kembali.
Saranghae.
-Tamat-
Nota Penulis:
Terima kasih. Terima kasih kerana korang tak henti-henti salurkan komen-komen positif, dan menghiburkan hati.
Menulis karya dengan berlatarkan masa lampau bukannya mudah. Adakalanya saya tidak mampu teruskan. Namun, syukur saya ucapkan. Karya unik ini sudah sampai ke penamatnya.
🚣Status: Tamat
🚣Baki Bab: 43 keseluruhannya.
🚣Tarikh Tamat: 02/2/2019
🚻
Saya nantikan komen anda sebagai pembaca untuk keseluruhan bab bagi karya ini.
❤
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top