🚻41
His Roommate • kth
A/N:
Jika terdapat mana-mana kesalahan ejaan atau susunan ayat mengeling dari bab 01 sehingga bab 41. Maafkan saya ya.
Kebanyakannya ditaip ketika idea saya muncul lewat pagi. Hahahahahahahaha. Nanti saya slow slow edit. :(
🚣
Zaman Moden
Seorang wanita membuka kelopak matanya sepantas mungkin. Manik-manik peluh yang timbul di sekitar permukaan wajah memaksa dia untuk bangun dari tidur yang lena.
"Ya tuhan, aku r-rasa aku tidur terlalu lama. Hati aku terasa sedih. Kenapa ya?"
Telapak tangannya menampar permukaan dada yang berdegup kencang. Wanita yang terlantar di atas katil dengan label nama Min Jae Yoon itu kelihatan kelam-kabut melayan perasaan yang tidak keruan.
"Aku..sedih. Tuhan, aku tak mampu ingat mimpi aku. Air mata pun macam air terjun. A-asyik mengalir tanpa henti."luah Jae Yoon diiringi nada sayu.
Rintihannya bertambah kuat sehingga ruang sekeliling wad hospital yang lengang itu bingit dengan suara milik Jae Yoon.
Kehidupan wanita itu di zaman Joseon telah tamat. Suara seorang lelaki yang melafaz bait-bait kata cinta memenuhi segenap ruang fikiran.
Telapak tangan ditekup rapat ke telinga agar deria pendengarannya dapat menepis bunyi suara dalam mimpi yang terngiang-ngiang di gegendang telinga Min Jae Yoon.
"T-tolong pergi mimpi buruk ini. Aku langsung tak dapat ingat wajah kau, wahai lelaki misteri. Ini semua mimpi kan?"
Jae Yoon merenung tangannya yang penuh wayar-wayar berselirat halus di kedua belah tangan. Jari-jemarinya menyentuh permukaan kepala yang berbalut kemas.
Jae Yoon buntu. Dia cuba untuk hentikan air mata yang laju membasahi permukaan pipi.
Dia tetap gagal. Air mata itu seolah-olah menjadi petanda dia kehilangan seseorang di dalam mimpi buruk tersebut.
Bibirnya spontan menyebut nama lelaki asing yang tidak diingatinya.
"K-kim Taehyung, siapa kau? Kenapa aku rasa kehilangan sesuatu. Hati aku sakit sangat."
Tubuh Jae Yoon terbaring semula di atas katil. Seluruh tubuh badannya menggigil hebat.
Kelopak matanya dipejam rapat semula. Mulut Jae Yoon terkumat-kamit memohon agar tuhan mengingatkan semula mimpi buruk itu.
----
Zaman Klasik-Joseon
Jungkook mencubit pipi Putera Kim Jae Hyung, permata hati kesayangan mendiang Permaisuri Min Jae Yoon dengan abang sulungnya.
"Pergi dekat appa. Bagi appa Jae Hyung senyum. Muka asyik berkerut je. Lap air mata appa boleh?"pesan Jungkook kepada budak kecil berusia hampir 4 tahun itu.
Jae Hyung berlari ke arah ayah kandungnya itu. Bekas maharaja muda yang juga dahulunya suami Min Jae Yoon tersenyum kelat seorang diri.
Kedua-dua lengannya memeluk baju hanbok lama milik Jae Yoon. Bibirnya mencium baju tersebut berulang kali.
Satu-satunya zuriat sulung bekas pemerintah Bangtaneul itu memeluk ayah kandungnya yang sudah tidak waras akal fikiran.
Selepas pemergian mendiang isteri, Kim Taehyung berdepan konflik emosi yang besar sehinggalah dia sendiri tidak mampu memimpin kerajaan Bangtaneul seperti dahulu.
"Maharaja Jeon, masa untuk Tuanku Kim makan ubat sekarang. Patik letakkan di sini ya?"tutur seorang tabib diraja penuh tertib.
Jungkook mengangguk faham. Dia mengelap air mata yang tumpah setiap kali dia datang melawat Taehyung pada hujung minggu.
"Aku rindu hyung yang dulu. Terima hakikat Jae Yoon dah lama tinggalkan kita!"monolog Jungkook dari jauh.
Telatah Jae Hyung begitu aktif sekali. Gigih anak kecil itu untuk menghiburkan hati ayah kandungnya yang sentiasa meratap sedih.
"Appa sayang eomma dan Jae Hyung. Jadi, tolong berhenti menangis. Jaengie tak suka mata appa merah-merah. Lepas tu, dah bengkak. Appa makan ubat tau!"celoteh panjang si Jae Hyung semata-mata untuk meraih senyuman daripada ayah tersayang.
Kim Taehyung mencebik halus. Jari telunjuknya menekan pipi gebu anaknya.
"Appa nak eomma b-balik. Appa rindu."
Pergelangan tangan Taehyung ditarik manja oleh Putera Kim Jae Hyung yang aktif itu.
Taehyung terpinga-pinga memandang anak dan adik bongsunya silih berganti.
"Jomlah. Ahjussi , Jaengi dan appa akan pergi melawat kubur eomma. Janji dengan Jaengi. Jangan menangis tau?"
Telapak tangan Taehyung bersentuhan dengan jari-jemari kecil milik Jaengi (Jae Hyung). Walaupun hati dan fikiran Taehyung tidak stabil, bibirnya melemparkan senyuman kepada Maharaja Jeon dan Putera Mahkota Kim Jae Hyung.
Satu ayat keluar dari bibir Taehyung setelah lama dia membisukan diri.
"Appa rindu juga nak bertemu eomma."
-TBC-
A/N:
Ahhhhhhhh
Selesai update lewat pagi ini. Tetiba ah dapat inspirasi.
Nak tahu feedback korang untuk gaya penulisan saya menerusi karya ini.
Any comment and critism?
:))
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top