🚻40

His Roommate • kth

40

A/N:

Bab ini sedih. Mohon sediakan tisu sendiri. Maaf jika saya update lewat sebegini.

Komen bebanyak eh? 🌸

🚣

Maharaja Kim melepaskan tangisan yang dipendamnya sejak sekian lama. Jasad  Min Jae Yoon yang sedang tersandar kaku di sebelah adik lelakinya mencetuskan rasa sebak di dalam hati Taehyung.

Mata Jungkook yang sudah merah akibat menangis terlalu lama hanya memandang sayu ke arah gelagat abangnya yang tidak ubah seperti lelaki yang sedang gila meroyan.

"Hyung, kenapa lambat sangat? K-kenapa biarkan Jae Yoon menderita?"

Taehyung menangis teruk. Tubuh badan Jae Yoon diletakkan di belakang tubuh badannya.

Jeritan kecil yang meletus keluar dari bibir Jungkook tidak menghalang maharaja muda tersebut untuk mendukung isterinya keluar dari rumah.

"Hyung (abang) tiada hak untuk larikan Permaisuri Min Jae Yoon!"protes Jungkook.

Taehyung tergelak kecil. Dia ambil keputusan untuk memekakkan telinga. Perlahan-lahan maharaja Kim membawa Jae Yoon keluar dari rumah.

Nadi Jae Yoon yang masih berdenyut lemah mendatangkan rasa syukur kepada Kim Taehyung.

Dia akan hargai setiap masa yang ada. Masa semakin suntuk. Taehyung sedar bahawa dia sudah terlambat. Namun, Jae Yoon berhak untuk mendengar luahan hatinya untuk kali terakhir.

----

"Jae Yoon, maafkan aku. Aku banyak buat salah. Aku suami yang tak guna. Aku mohon ampun dari kau, sayang."tutur Taehyung dalam nada suara yang bergetar.

Setiap langkahnya sangat perlahan. Detik masa yang bergerak laju memberi petanda buruk. Aku tidak mampu untuk bertahan lama lagi.

Aku daratkan bibir di atas bahu Taehyung. Belum sempat aku membalas apa-apa, bunyi esak tangis lelaki itu memecah kesunyian yang menyelubungi suasana sekitar tasik tersebut.

Beginikah pengakhiran hidup aku di dunia Joseon? Takdir mungkin sudah terlakar di dalam sejarah. Aku sebagai makhluk di muka bumi tidak dapat menidakkan ketentuan takdir.

Perpisahan akan berlaku jua pada penghujung kisah cinta kita berdua.

Terima kasih kerana kau muncul juga akhirnya. Kedua-dua tanganku memaut erat leher Taehyung.

"Yoon gembira baginda tuanku tetap datang untuk bertemu adinda yang hina ini. Terima kasih Maharaja Kim."

----

Taehyung berhenti di hadapan sebuah pokok yang berbunga lebat. Musim bunga pada ketika itu terlihat cantik pada pandangan mata orang ramai. Sebaliknya, bukan bagi insan yang bernama Kim Taehyung.

"Terima kasih Kim Taehyung. Saya cintakan awak. Luahan ikhlas dari hati ini. J-jaga diri."ucap Jae Yoon.

Tubuh badannya didaratkan di atas permukaan rumput. Lengan kekar Taehyung memeluk tubuhnya dengan erat.

"Kau cinta hati aku untuk selamanya, Min Jae Yoon. Kau ingat janji ini, aku akan cari kau sampai dapat di dunia seterusnya. S-saranghae Min Jae Yoon."

Jae Yoon tersenyum kecil tatkala bibir Taehyung mengucup lembut bibirnya. Bibir si maharaja Kim yang dirinduinya setelah menanti begitu lama.

Pandangan Jae Yoon difokuskan ke arah wajah lelaki kesayangan hatinya.

Kelopak mata wanita itu seperti didesak keinginan untuk ditutup rapat. Jae Yoon perlukan rehat sebentar.

Tak salah kan?

"Taehyung."tutur Jae Yoon penuh kelembutan. Nada suara itu menjadi kegemaran maharaja Kim. Nada suara yang mampu menggoyahkan hati lelaki Kim Taehyung.

"Jae Y-yoon?"

Pautan lengan Jae Yoon menjadi longgar. Kepalanya terkulai layu di atas bahu suaminya sendiri.

Taehyung menyentuh pergelangan tangan permaisuri hatinya. Keadaan Jae Yoon  tidak memberi sebarang respons positif.

Nadi Jae Yoon kosong tanpa denyutan. Taehyung meratap sedih seorang diri. Tubuh badan Min Jae Yoon pula digoncangnya sekuat hati.

Fikiran maharaja Kim mula menyimpang dari paras normal. Fikirnya Jae Yoon sengaja ingin mengusik.

Hakikatnya Permaisuri Min Jae Yoon sudah  lama pergi jauh menghadap tuhan.

"Jae Yoon, ssh. Kenapa nakal sangat pura-pura tidur di hadapan beta? Tak takut b-beta jatuhkan hukuman? Bangun cepat permaisuri Kim. Bangun, eo?"

Putera Jeon mengawal dirinya daripada bertindak di luar kawalan. Min Jae Yoon yang dicintainya sempat menghembuskan nafas terakhir di pangkuan suami tercinta.

Jungkook menekup wajahnya. Hatinya cukup sedih dengan pemergian Min Jae Yoon. Ditambah pula, abangnya yang  menunjukkan tanda fikiran yang tidak waras.

Mampukah putera Jeon untuk menghadap dua takdir yang mengejut ini?

-TBC-

A/N:

Aigoo. Bab ini .....

Saya tak akan dedahkan lagi penamatnya akan berakhir pada bab yang....🌚

Komen korang setakat ini? ❤

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top