🚻35
His Roommate • kth
35
A/N:
Jemput komen ;)
🏊🏊🏊🏊
Maharaja Kim berhenti melangkah. Anak matanya difokuskan ke arah susuk tubuh isteri dan adiknya yang sedang rancak berbual di anjung rehat Istana.
Taehyung mengurut dadanya yang berombak. Dia segera membuang sebarang tanggapan negatif dan angin cemburu yang masih tersisa di dalam dirinya.
"B-beta tak sepatutnya menanam rasa sangsi kepada adik sendiri. Cukup setakat ini Kim Taehyung. Kau sudah miliki Min Jae Yoon secara mutlak."monolog Taehyung secara bersendirian.
Pandangan matanya turun pula ke arah dulang berisi teko dan gelas kecil dipegang oleh dayang istana yang mengiringi permaisuri Kim.
Taehyung tersenyum mesra. Dia sudah tidak sabar untuk bertemu dan menghabiskan masa bersama isterinya pada petang itu.
Sejak beberapa hari lepas lelaki itu agak sibuk dengan urusan luar negeri dan kawalan pertahanan negara Bangtaneul, Taehyung ingin meluangkan masa yang ada bersama isterinya.
"Tak sabar beta mahu bertemu Permaisuri Min. Rindunya."
----
Jae Yoon menunduk hormat kepada suaminya sendiri sebelum pandangan mata mereka sama-sama bertemu.
Dayang-dayang serta sida-sida istana menyembah hormat. Masing-masing mula mengundurkan diri selepas dititah oleh Maharaja Kim.
"Adinda sayang. Beta rindu. Beta rindu Jae Yoon dan anak kita dalam perut tu."usik Taehyung.
Jae Yoon mencebik manja apabila Maharaja Kim menyerangnya dengan satu pelukan erat.
"T-taehyung, Maharaja Kim! Tak bernafas bayi dalam perut ni. Rindu sampai tak nak lepas ke baginda tuanku?"ujar Jae Yoon sambil diiringi gelak tawa yang kedengaran merdu di telinga Taehyung.
Lelaki itu mendengus perlahan. Habis seluruh permukaan wajah Jae Yoon dicop oleh bibir merahnya.
"Anak kita kena faham. Appa dia rindu omma macam nak gila. Beta mahukan adinda, Jae Yoon. Sekarang."bisik Taehyung dalam nada gemersik.
Jae Yoon menelan air liur. Jantungnya tidak henti-henti mengepam darah gara-gara sikap comel Taehyung pada waktu itu.
Tangan si maharaja tidak mampu duduk senyap. Wanita itu menepis lembut jari-jemari Taehyung yang sibuk merungkaikan ikatan tali pakaian tradisional hanbok yang dipakainya.
---
"Wae(kenapa)? Tak sayang beta? Sampai hati menolak keinginan beta!"
Aku menggelengkan kepala. Pipi Taehyung menjadi mangsa cubitan aku.
"Taehyung, lihat keadaan perut adinda. Mana mungkin kita dapat bermesra? Mari dekat. Jae Yoon hadiahkan sesuatu."
Taehyung tergelak kerana nada suaraku seperti seorang ibu yang sedang memarahi anaknya.
Maharaja Kim mencempung aku tanpa banyak soal. Tubuhku yang sarat membawa kandungan anak kami berdua diletak di atas permukaan kerusi yang berdekatan meja belajarnya.
"Hadiah apa yang adinda mahu berikan kepada kanda?"
Aku memaut leher Taehyung sehingga wajah kami saling bersentuhan. Taehyung membalas ciuman itu bersama senyuman lebar di bibir.
"Beta cintakan Jae Yoon sepenuh hati. Jangan patahkan kepercayaan beta ya?"
Aku mengangguk faham. Jari-jemari aku mengelus lembut wajah tampan maharaja Kim.
---
Air teh yang dibawa oleh dayang istana itu aku tuang ke dalam satu kecil.
Sejak awal pagi tadi aku sudah siap membancuhnya, teh tersebut hanya dipanaskan oleh dayang-dayang istana sebentar tadi.
Taehyung mengelap bibirnya yang comot dengan kesan merah pewarna bibirku. Hujung bibirnya tersenyum sumbing.
"Pandai adinda pikat hati beta. Beta boleh jadi angau tahu?"puji Kim Taehyung.
Bibir Taehyung menghirup air teh yang masih berasap panas itu. Dahinya berkerut seribu. Taehyung mencuit daguku perlahan.
"Teh bunga ni rasa lain. Adinda ada tambah apa-apa bahan ke? Kanda hanya nak tahu."soal Taehyung.
Aku mengusap perutku yang sedikit terganggu dengan pergerakan bayi comel. Bibirku masih kekal tersenyum manis kepada si dia.
"Rasanya adinda membancuh bahan ramuan teh itu seperti biasa. Nak adinda rasa sedikit ke?"
Taehyung membantah keras. Dia menghirup hanya sedikit.
"Tak perlu. Beta enggan permaisuri milik beta minum air yang pelik rasanya ini. Terima kasih sudi luangkan masa bersama beta."luah Taehyung dengan ikhlas.
Tangannya menyentuh cincin perkahwinan yang tersarung di jariku.
Tiba-tiba, wajah Taehyung berubah kelat. Maharaja Kim menepuk-nepuk dadanya yang terasa sesak.
Setiap helaan nafasnya terasa seperti diseksa teruk. Hujung bibir Taehyung mengalir darah merah pekat.
"Ada r-racun dalam air teh yang dibancuh adinda? Jawab Jae Yoon!"
Aku menggelengkan kepala berulang kali. Aku sempat memaut bahu Taehyung yang sudah menjadi lemah.
"Adinda y-yakin tiada sebarang racun yang diletak di dalam air ini. Jujur. Baginda tuanku percayakan adinda kan?"ujarku terketar-ketar.
Taehyung menepis tanganku yang cuba memapah badannya.
Air mata mengalir deras dari tubir mata si maharaja Kim.
Kim Taehyung membiarkan darah mengalir keluar dari celah bibirnya yang sudah berubah pucat.
"P-panggil sida sekarang. Beta tuntut penjelasan adinda selepas ini. Hadap beta pada kelak di balai hukuman. Tiada bantahan."
Titah yang keluar dari mulut suamiku sendiri menyebabkan lidah aku menjadi kelu.
Aku ingin segera memeluk tubuh badan Kim Taehyung. Namun, pergerakan aku dihalang oleh dayang-dayang istana.
"Bawa Permaisuri Kim Jae Yoon untuk dikurung sehingga Maharaja Kim sembuh. Perintah berkurung berkuat kuasa malam ini."laung pegawai diraja yang berkhidmat kepada kerajaan Bangtaneul.
Aku hanya mampu meratap sayu apabila tubuh badan Kim Taehyung dipapah keluar dari bilik ini. Lenganku dipegang kemas oleh dayang-dayang istana.
Tanpa belas kasihan, aku diheret keluar dan langkah aku dipaksa menuju ke bilik kurungan.
Apa semua ini? Siapa yang meracun Maharaja Kim?
Tergamak kau lakukan aku sebegini rupa.
Bantu aku. Aku mohon.
-TBC-
A/N:
Harap bab ini tak mengarut lah.
Semoga menyukainya . ♥
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top