🌸34

His Roommate • kth

Jeon Jungkook menjadi tidak keruan. Anak matanya dituju ke arah lain. Air mata Jae Yoon sejak dulu lagi boleh menyebabkan hatinya bertambah lara.

Hanya wanita itu seorang yang mampu menundukkan lelaki sedegil Jungkook.

"K-kau janganlah menangis. Aku benci air mata tu. Stop it."pujuk Jungkook melalui cara yang lembut dan bertolak ansur.

Walaupun Jae Yoon menolak perasaannya, Jungkook abaikan semua itu. Dia ingin senyuman bahagia muncul semula di wajah wanita kesayangan hati.

"Tak kasihan dekat baby kau? Jae Yoon, berhenti menangis demi anak kau? Demi sahabat kau ini? Aku sayang kau, Jae Yoon. Buang semua perasaan sedih kau. Kutip kebahagian yang aku sudi beri."luah Jungkook lagi sambil dia leka memerhati permukaan perut Jae Yoon yang sudah menampakkan bentuk baby bump.

Dia kecewa kerana rezeki sentiasa menyebelahi abangnya. Di dunia Joseon dan moden, Taehyung merampas Jae Yoon terlebih dahulu daripadanya.

Jari Jungkook aktif menyeka saki-baki air mata yang berbekas di sekitar kelopak mata Min Jae Yoon.

Jungkook hairan. Magis apakah yang digunakan oleh Jae Yoon sehingga wanita itu dapat menundukkan perangai jahatnya sekelip mata sahaja?

"Baiklah, anak Jeon kesayangan hati dinda. Saya nak ucapkan terima kasih kerana awak masih sudi menjadi peneman saya..sejak detik awal pertemuan kita, putera Jeon."tutur kata Jae Yoon yang diselit gelaran istana milik Jungkook melemahkan jiwa lelaki itu.

Jungkook membenamkan wajahnya di bahu wanita itu. Lengan Jae Yoon dirangkulnya erat. Tangisan si anak Jeon bertukar rentak. Awalnya, dia menangis kecil sehinggalah tangisan tersebut berubah arah.

Jungkook menangis teresak-esak di bahu Min Jae Yoon. Segala perasaan yang terbuku di hati diluahkan kepada Jae Yoon pada malam itu juga.

"Adinda Yoon, maafkan aku. Aku tidak sempurna seperti maharaja Kim. Aku banyak khilafnya. Maafkan aku, Jae Yoon. Aku mahukan kau. Tapi, aku juga tak nak kau terluka. Mianhae, jeongmal mianhaeyo."

Luahan tulus ikhlas daripada Jungkook meruntun hati Jae Yoon. Dia menggenggam erat telapak tangan lelaki itu.

Mata Jae Yoon berkaca apabila suara tangisan Jungkook menjadi sayu. Tangisan itu.

Tangisan itulah yang mengiringi penamat hidupnya sewaktu di zaman Joseon.

"Maafkan saya kerana tak mampu balas cinta awak, Jungkook. Maafkan saya!"

-tbc-

A/N:

Ala, jangan marah anak Jeon eh?

Suka tak bab ini?

Ada yang dah melting dengan gelagat anak Jeon kita semua ni?

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top