🚻34

His Roommate • kth

34

A/N: Saya cepatkan masa dalam anggaran 4 bulan selepas bab 33. Ada sebabnya. ;)
🏊🏊🏊🏊

Aku melabuhkan punggung di atas kerusi kayu yang terletak di satu ruang rehat Istana Bangtaneul.

Angin bertiup lembut membuatkan lamunan aku menjadi panjang. Permukaan dahiku menjadi tempat sasaran bibir miliknya.

Suamiku duduk melutut di hadapanku. Perutku yang sarat membawa anak kami berdua sudah mencecah angka 7 bulan menarik perhatiannya.

Taehyung berdehem perlahan. Jari-jemarinya menarik tanganku agar kami sama-sama dapat merasai pergerakan bayi di dalam perut.

"Lagi dua bulan bayi kita berdua dah nak keluar. Tak sabar appa dan omma nak lihat budak comel ni keluar. Ada rasa sakit lagi ke, Permaisuri Kim?"

Aku pantas menggelengkan kepala. Bibirku mengucap kata-kata cinta kepada Maharaja Kim.

Masa sudah semakin suntuk untuk aku bersama dengan kau, duhai kekasih hati. Pesanan tabib diraja beberapa bulan lalu menanam rasa sedih yang semakin bercambah di dalam hati.

Aku dihimpit dua pilihan yang perit. Jika aku memilih untuk hidup lama, bayi tersebut harus digugurkan. Jika sebaliknya, aku menunggu masa untuk mati.

Perutku menjadi mangsa ciuman gembira Kim Taehyung. Bibirnya mengucap kata suka. Mata dan riak wajahnya terpalit aura bahagia.

Bibirku seakan kelu. Kebenaran yang didedahkan oleh tabib diraja menjadi rahsia yang aku simpan kukuh semenjak hari ini.

"M-maaf Maharaja Kim. Adinda sayang dan cinta baginda tuanku seorang. Maafkan Jae Yoon."

Maafkan aku kerana aku tergamak merahsiakan berita buruk ini. Sekurang-kurangnya jika aku sudah tiada, kau masih ada seseorang Kim Taehyung.

Zuriat kita akan menjadi peneman hidup kau.

"Kenapa ni? Adinda ada rahsiakan apa-apa hal daripada pengetahuan beta? Herm?"

Desakan soalan daripada Maharaja Kim tetap tidak mengusik pendirianku untuk membocor rahsia yang dipegang.

"Beta tak akan boleh hidup tanpa kehadiran Permaisuri Kim Jae Yoon."

Lafaznya jujur. Taehyung menutup kelopak matanya. Dahiku dicium lama olehnya.

Aku berkerut menahan rasa sakit yang menjalar di seluruh badan. Sakit membawa kandungan yang semakin membesar ini tidak mematahkan semangat aku.

Selagi masih ada masa, aku akan hargai detik-detik terakhir antara kita berdua.

Kau sudah ada Jae Kyung sebagai gundik. Mungkin dia boleh gantikan ruang kosong di hati kau kelak, Kim Taehyung.

----

Jung Jae Kyung meramas rambut panjangnya. Seluruh badannya menggelupur kepanasan akibat reaksi dingin yang diberi oleh Maharaja Kim.

Gelaran gundik diraja yang dipegang megah olehnya hanya sekadar nama. Hakikatnya bilik jelitawan itu langsung hambar tanpa kehadiran Maharaja Kim.

Dayang-dayang istana melutut penuh ketakutan di hadapan Puan Muda Jung Jae Kyung. Wanita terdesak itu merenung tajam pantulan imej dirinya di hadapan cermin bilik.

Alis mata yang sudah comot. Bibir yang pudar tanpa pewarna merah. Semuanya hancur lebur kerana kewujudan Permaisuri Kim Jae Yoon masih kukuh bertakhta di hati Maharaja Kim.

Jae Kyung memberi isyarat agar dayang-dayang istana berambus keluar dari bilik tidurnya.

Wajah cantiknya yang sudah comot dan selekeh akibat tumpahan air mata menyebabkan Jae Kyung makin nekad.

Sebotol racun dikeluarkan dari dalam kotak alat solekan. Hidung Jae Kyung menghidu bau racun itu bersama iringan perasaan dendam di hati.

"Wangi betul racun ni. Apa kata aku racunkan Maharaja Kim dan Jae Yoon lahanat itu jadi puncanya. Hurm. Bagus tak?"

Jae Kyung menghamburkan gelak tawa penuh keriangan di hadapan cermin. Botol kecil berisi racun itu ditenungnya lama.

Mahu atau tidak, Maharaja Kim kesayangan hati harus menjadi korban terlebih dahulu.

Asalkan Jae Yoon disabitkan kesalahan meracun Maharaja Kim, Jae Kyung sudah boleh menarik nafas lega.

"Detik-detik kau terseksa fizikal dan mental baru bermula Min Jae Yoon. Aku lambat bertindak. Tetapi, kesannya akan buat kau menderita."ujar Jae Kyung.

Pin rambut yang terletak di atas meja solek digenggamnya kuat. Darah yang mengalir dari telapak tangan yang luka tidak menjejaskan raut wajah Jung Jae Kyung yang sedang tersenyum jahat.

-TBC-

A/N:

Bab semakin panas.

Kita akan bergerak menuju ke konflik cerita ;)

Harap sukakannya. Update seterusnya pada lewat petang ini.

Mahu?



Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top