🚻32
His Roommate • kth
32
A/N:
Saya cukup berterima kasih atas sokongan korang terhadap karya klasik ini. Nasiblah tak sendu kan?
Saya akan cuba mantapkan jalan cerita yang sedia ada. Jangan biarkan ruangan komen berhabuk ehehehe.
🚣
Aku berhenti melangkah masuk ke dalam bilik bacaan kegemaran Maharaja Kim. Bunyi esak tangis lelaki itu membuatkan aku menjadi panik.
"T-taehyung, adinda datang menghadap tuanku. Jangan buat Jae Yoon takut."
Suamiku hanya mampu berhenti menangis. Tangannya pula sedang menggenggam gumpalan surat yang sudah renyuk.
"Kau sakitkan hati aku. Aku cuba benci kau. Tapi, aku semakin bertambah sayang. Apa semua ni Jae Yoon? Aku tak cukup sempurna untuk kau? Adik aku lebih layak?"luah Taehyung sejujurnya.
Wajahnya ditekupkan menggunakan kedua-dua telapak tangan. Taehyung berasa sebak di hati.
Aku tidak menunggu lama. Aku lingkarkan lengan di pinggang lelaki itu.
Bibirku membisikkan perkataan maaf berulang kali. Apa kaitan putera Jeon dengan reaksi mengejut yang dipamerkan oleh Maharaja Kim?
Maafkan aku Taehyung. Aku sakitkan hati kau sekali lagi.
Ternyata aku tak layak untuk berada di samping kau. Aku gagal untuk menjaga hati kau, Kim Taehyung.
---
Taehyung menggenggam tangan isterinya. Kepalanya sendiri sudah dibaringkan di riba Jae Yoon.
Ucapan maaf yang dilafaz ikhlas menyentuh hati maharaja muda tersebut. Bibir Taehyung membentuk satu senyuman sayu.
Dia akui semuanya berpunca dari dirinya juga. Kepercayaan Taehyung sangat tipis terhadap Jae Yoon.
Dia ego. Dia terlalu dambakan kasih dan perhatian Kim Jae Yoon.
"Beta rasa kurang sihat. Rasa mengidam itu dan ini. Jae Yoon sihat, hurm?"
Jae Yoon menekup mulutnya daripada tergelak halus. Telapak tangannya menjadi mangsa serangan bibir Maharaja Kim.
"Adinda kesayangan tuanku ini sihat seperti biasa. Maharaja Kim yang kacak , manja dan suka merajuk ni bagaimana pula keadaannya?"
Taehyung mendehem perlahan. Perut Jae Yoon disentuh oleh bibirnya pula.
"Beta akan minta tabib datang esok pagi. Mana tahu Bangtaneul akan dapat ahli baru. Mungkin ada jasad bernyawa di dalam perut comel adinda?"
Jae Yoon menurut perintah Kim Taehyung. Anak matanya bersinar aura bahagia ketika lengan lelaki itu memeluk tubuh badannya.
"Jae Yoon, maafkan beta kerana meragui cinta kita berdua. Beta terlalu cintakan permaisuri sepenuh hati. Sayang beta hanya untuk wanita cantik ini. Jae Yoon, saranghae."
Jae Yoon menarik telapak tangan Taehyung untuk diletakkan di kawasan sekitar perutnya.
Hatinya diserang perasaan sedih. Dia sedar dia tidak mampu kekal di dunia Joseon ini untuk satu tempoh yang lama.
Hari itu pasti akan tiba. Hari dia dan Kim Taehyung berpisah dunia dan cinta mereka lenyap begitu sahaja.
"Saranghaeyo, Kim Taehyung."
---
Putera Jeon menepis tangan Jung Jae Kyung yang gatal merayap di belakang badannya.
"Kau nak apa, Cik Muda Jung Jae Kyung?"
Mata Jungkook melontarkan pandangan jijik kepada Jae Kyung. Jelitawan itu tidak berputus asa. Taehyung dia nak hasut. Si adik pula menjadi sasaran pada masa yang sama.
"Tuanku Jeon sanggup biarkan Jae Yoon diseksa oleh suami sendiri. Katanya cinta, tetapi mulut yang bercakap. Jasad tak bergerak. Bangun dan sedar realiti kejam ini Putera Jeon!"
Jungkook mencengkam rahang jelitawan itu. Kipas tangan yang cuba dihayunkan oleh Jae Kyung dicampak olehnya di luar tingkap.
Hadirnya Jae Kyung secara mengejut membuatkan Jungkook menjadi baran.
"Aku tak tergamak nak ganggu perkahwinan abang aku dan Jae Yoon. Apa yang bermain di fikiran kau, Jae Kyung?"
Jae Kyung mengemaskan dandanan rambutnya yang sudah menyenget akibat ditolak kasar oleh putera itu.
Kepalanya menunduk hormat kepada Putera Mahkota Jeon.
"Patik kagum dengan Tuanku Jeon. Tuanku masih diam tanpa tindakan walaupun hakikatnya abang sendiri telah berhasrat jadikan patik sebagai gundik. Jae Yoon hanya menjadi alat mainan Maharaja Kim!"bidas wanita cantik itu.
Jungkook menarik nafas sedalam-dalamnya. Bahu Jae Kyung direngkuhnya tanpa belas kasihan.
"Tuanku Jeon seorang yang pengecut. Hati katanya cinta. Tapi, dia biarkan Jae Yoon menjadi mangsa kekejaman Maharaja Kim. Patik kagum."provok Jae Kyung untuk menimbulkan rasa negatif Jungkook terhadap abangnya sendiri.
"Kau belum tahu diri aku yang sebenar Jae Kyung. Jangan bermain kata dengan aku. Kau akan binasa kelak. Keluar dari bilik aku sekarang juga, Cik Muda!"
Suara tempikan Putera Mahkota Jeon memaksa Jae Kyung untuk berlari keluar. Mulut wanita jahat itu tersenyum puas.
"Aku berjaya hasut Putera Jeon untuk bertindak. Ah, tak sabarnya nak jadi permaisuri eo?"
-TBC-
A/N:
Fuh, bagaimana bab kali ini?
🚻💖
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top