🌸31

His Roommate • kth

Bab 30-40 adalah bab yang berkonflik. Jadi, sediakan mental yang kuat. Get ready for some drama.

Saya nak tahu, masih ada pembaca setia sejak dari awal sehingga ke bab terkini? ❤❤

🚣🚣🚣🚣🚣🚣🚣🚣🚣🚣🚣

Aku tersenyum bahagia. Tanganku sibuk menghidang lauk tengah hari untuk santapan kami berdua. Masa berlalu begitu pantas. Tiga bulan selepas insiden Taehyung kemalangan masih segar di dalam fikiran.

Syukur kepada tuhan, memori Taehyung semakin pulih. Cuma, dia asyik menanyakan soalan yang agak menjengkelkan kepadaku.

Aku tidak bermaksud ingin mengutuk suamiku dalam diam. Tell me, isteri mana yang tidak panas hati jika suami sendiri kerap menyebut nama Jung Jae Kyung?

Satu perkara yang paling aku musykil. Ada sesuatu yang disembunyikan oleh Kim Taehyung dengan wanita cantik itu.

Lamunanku terhenti tatkala suara Taehyung menjerit kecil namaku. Aku segera tanggalkan apron yang tersarung di badan.

"Awak dah balik ke? Eh Jeon Jungkook?"

Taehyung meleraikan pelukannya di bahu Jungkook. Suamiku bergerak menghampiri tubuhku yang kaku di pintu rumah.

"Sayang, boleh kan Jungkook stay kejap di rumah kita? Kebetulan rumah dia tengah renovate. Seminggu jugalah. Sayang setuju?"

---

Jae Yoon terus bersetuju dengan permintaan suaminya. Kedatangan Jeon Jungkook, peguam muda tersebut membuka peluang untuk wanita itu menanyakan kisah silam sewaktu zaman Joseon kepada lelaki itu.

Dia sendiri kurang pasti. Adakah Jeon masih ingat akan gerangan dirinya atau lelaki yang pernah bergelar sahabat baiknya itu sudah tiada memori tentang Jae Yoon di zaman moden ini?

"Baiklah. Saya izinkan. Jemputlah masuk cepat. Saya baru je siap masak tadi."pelawa Jae Yoon. Jungkook mengikuti jejak langkah pasangan suami isteri romantis itu.

Wajahnya terhias senyuman palsu begitu munafake seperti abuja. Di dalam hati, dia bersorak gembira kerana langkah pertama untuk memusnahkan rumah tangga mereka berjalan lancar.

Bingo, licik kau Jungkook.

-tbc-

A/N:

Amacam bab kali ni?

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top