🚻29
His Roommate • kth
29
💞💞💞💞💞
A/N:
Jae Kyung muncul semula. Mohon bersabar para pembaca. Kali ini dia mula tunjuk belang. 😂
-----
Kim Taehyung meletakkan jari-jemari tangan kanannya di atas sebuah lukisan yang terukir indah. Luarannya masih ego. Tetapi, hati maharaja muda itu tetap tersentuh setiap kali bayangan gadis kegemarannya itu muncul di benak fikiran.
"Beta rindukan Jae Yoon. Sudah lama kita tidak bertemu. Apa khabar kau di sana? Sihatkah wahai kesayangan beta?"tuturnya untuk mengurangkan rasa rindu di hati.
Lukisan yang terukir wajah Min Jae Yoon yang tidak lekang dengan senyuman diselitkannya di dalam kotak kayu. Perasaan dipendam sejak sekian lama itu membuatkan jiwa Taehyung menjadi tidak keruan.
"Beta hanya inginkan Jae Yoon."
Pintu utama diketuk. Seorang jelitawan melangkah masuk ke dalam ruang rehat Maharaja Kim. Sebuah senyuman manis seperti madu dihadiahkan khas buat Kim Taehyung.
"Patik datang menghadap Tuanku Kim untuk menuntut janji. Janji untuk jadikan patik salah seorang kaum kerabat diraja Bangtaneul."
Kim Taehyung meletak berusnya yang tercalit dakwat hitam itu di dalam sebuah bekas.
"Beta sudah berkenan untuk jadikan Cik Muda Min sebagai permaisuri di singgahsana Bangtaneul. Kau tidak mampu menduduki pangkat ini lagi. Apa yang kau mahukan, Jae Kyung?"
Jae Kyung menunduk hormat kepada Maharaja Kim. Kepalanya dirapatkan sehingga mencium lantai.
Dia rela merendahkan status bangsawannya demi meraih hati Kim Taehyung.
"Jadikan patik ..wanita simpanan Tuanku. Patik tidak kisah untuk ditempatkan sebagai gundik sekalipun. Lagipun Tuanku sudah berjanji untuk mengahwini patik. Janji yang dilanggar perlu dibayar hutangnya."
Kim Taehyung menghentakkan penumbuknya di atas meja rehat. Gelas kaca kecil yang diminumnya ditepis sehingga jatuh berderai di atas lantai.
"B-berani kau mengugut beta? Siapa kau Cik Muda Jung Jae Kyung?"
---
Aku Min Jae Yoon. Bukannya lagi lelaki bernama Jae Yoong seperti yang dikenali ramai di Institut Ilmu Bangtaneul.
Telapak tanganku dibawa ke perut. Bibirku spontan mengeluarkan keluhan sedih. Aku bimbang jika ada nyawa yang sudah mengambil tempat di rahimku ini.
Aku harap tiada rezeki anak setakat ini. Kerisauanku hanya tertumpu kepada satu perkara. Aku enggan anak yang tidak berdosa ini melihat kekejaman Kim Taehyung.
"Jae Yoon, termenung apa tu? Mari ikut abang. Kita dah hampir sampai ni."ujar Yoongi sambil tangannya memaut erat bahuku.
(A/N: Ini wajah Min Jae Yoon korang)
Aku menarik nafas. Mataku merenung wajah abangku Min Yoongi agar secebis kekuatan dapat aku ambil daripadanya.
Pintu utama Istana Bangtaneul itu tersergam megah. Selangkah kakiku menyentuh permukaan kawasan istana tersebut, hatiku berdegup kencang.
----
"Jae Yoon takut, abang Yoongi."adu Jae Yoon.
Min Yoongi menggelengkan kepala. Lelaki itu amat mengerti perasaan gelisah yang menyerang adiknya.
Jae Yoon gelisah. Yoongi pula tidak mampu bernafas dengan aman.
Apabila bertukar sahaja nama keluarga Min kepada Kim dan adik kesayangannya itu ditabalkan sebagai permaisuri, Yoongi terpaksa melepaskan gadis itu ke pangkuan Maharaja Kim.
"Jangan takut. Aku akan kekal menemani kau. Senyum Jae Yoon. Elakkan Tuanku Kim daripada murka. Aku tak nak Jae Yoon aku ni kena hukum."
Sekumpulan pegawai istana berjalan laju ke arah Jae Yoon dan Min Yoongi. Mereka pantas menunduk hormat. Kepala masing-masing tunduk memandang tanah.
Pegangan tangan Yoongi di lengan Jae Yoon semakin kukuh. Matanya bertemu mata perang milik maharaja Kim.
Maharaja Kim Taehyung nama diberi. Putera raja yang menduduki takhta dalam jangka masa yang begitu pantas.
Lelaki berpakaian lengkap hanbok diraja berwarna merah dengan sulaman benang berwarna emas itu melangkah ke arah adik beradik Min.
"Tuan Muda Min, beta titahkan agar Jae Yoon diserahkan secara rela kepada beta pada saat ini. Ada bantahan daripada keluarga Min?"tutur Kim Taehyung dalam nada tegas.
Min Yoongi mengawal riak sedih di wajahnya. Dia merendahkan tubuh badan. Lalu, Yoongi segera menunduk hormat.
"Patik menurut perintah Tuanku tanpa sebarang soal. Min Jae Yoon ..m-milik Tuanku Kim."
Tangannya menolak lembut bahu Min Jae Yoon. Hidungnya sudah merah akibat perasaan sakit hati dan sedih. Jae Yoon menghantar pandangan sayu kepada abangnya buat kali terakhir.
"Terima kasih abang Min. Tolong sentiasa ingat pada Jae Yoon ya?"
Saat yang paling ditakuti Jae Yoon muncul jua. Apabila Min Yoongi berpaling sahaja daripadanya, Jae Yoon menahan rasa debar di hati.
Tangan Maharaja Kim mencengkam rahangnya dengan kuat. Nyaris membuatkan Jae Yoon menjerit kuat.
"T-taehyung, patik ada berbuat salah?"
Taehyung tidak menjawab pertanyaan Jae Yoon. Matanya mengisyaratkan agar dayang-dayang istana membawa Jae Yoon dibawa masuk ke dalam istana.
"Bawa cinta hati beta masuk berehat. Sediakan dia dengan pakaian cantik untuk istiadat pertabalan permaisuri nanti. Dalam kadar segera."
Jae Yoon memaut pergelangan tangan Kim Taehyung. Gigih dia mencari anak mata penuh kasih yang sangat dirinduinya itu.
"Tuanku dah tak sayangkan patik?"
Pandangan Taehyung cuma diganti riak tegas dan anak matanya kosong tanpa emosi.
"Soal hati tidak penting bagi beta, Permaisuri Jae Yoon. Sedarlah dari mimpi."
-TBC-
A/N:
Sengaja saya buat dua update . Saya nak ingatkan cerita ni memang panjang. Jadi, harap tidak bosanlah. Hehehe.
"Tidak semestinya jika ada hero, dia akan menang pada akhirnya."
Komen untuk bab kali ini. Harap tiada silent readers. 💖
"Salah satu watak akan dimatikan."
Jeng jeng jeng.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top