🌸26
His Roommate • kth
Jae Yoon gagal menyimpan perasaan sebak yang berkumpul di dalam hati. Tangannya menahan Taehyung daripada bergerak ke muka pintu.
"A-awak takkan tinggalkan saya kan, Kim Taehyung?"soalnya penuh berhati-hati. Wanita itu bimbang jika pertanyaan ini akan mengguriskan hati suaminya.
Redup sahaja pandangan mata Taehyung yang sedang ralit meneliti wajah kesayangan hati. Dagu isteri comelnya itu dicuit lembut. Lelaki itu merapatkan wajah ke arah Jae Yoon.
"Kau tak perlu risau, Jae Yoon. Kau tetap isteri aku yang sah sampai bila-bila pun. Only you, sayang. Jaga diri."pesan Taehyung dengan nada suara separuh berbisik.
Kucupan terakhir di bibir terasa pantas. Jae Yoon mengelus penuh kasih permukaan kulit wajah suaminya.
Taehyung mengerling ke arah jarum jam yang sudah bergerak ke angka 8 malam. Masa untuk pulang ke rumah orang tuanya berbaki 30 minit lagi.
"Aku minta diri dulu. Kau tu..jaga diri elok-elok. Apa-apa call aku. Aku ada hal yang nak diselesaikan. Mungkin ..aku tak ada di rumah untuk beberapa hari. Jangan merayau jauh-jauh, Jae Yoon."
Genggaman tangan erat pasangan pengantin baru itu akhirnya terlerai jua. Jae Yoon menyeka hujung mata yang basah.
Hatinya tidak rela melepaskan pemergian Kim Taehyung. Dia yakin ada sesuatu yang disembunyikan oleh Taehyung.
----
Taehyung menguak kasar rambutnya ke belakang. Lelaki itu dihimpit satu dilema antara permintaan ibu bapanya dengan si Jae Kyung itu.
Encik Kim menepuk mesra bahu anaknya. Anak mata tuanya memberi renungan penuh makna agar satu-satunya anak lelaki tunggal mereka melangsungkan perkahwinan segera dengan calon menantu pilihan iaitu Jung Jae Kyung.
"Please, Tae. Appa kasihankan Taehyung. Sampai bila nak membujang? Jae Kyung dah tunggu kau lama dah, Taehyung. Lamar dia ya?"pinta Encik Kim dengan cara lembut. Semoga hati batu anak lelaki tersayang itu dapat dilunturkan walaupun sedikit.
"Kalau Taehyung tolak? Appa, tae dah ada someone."bisik Taehyung ke telinga ayah kandungnya. Encik Kim mengurut dahi.
Pening kepalanya nak hadap situasi ibu dan anak serta bakal menantu ini.
Encik Kim tiada masalah untuk menerima pilihan hati Kim Taehyung. Tetapi, Puan Kim pula yang menjadi halangan.
"Eomma mahu perkahwinan Tae dan Jae Kyung diawalkan lagi. Dalam masa tiga hari, sempat kan kita buat persiapan? Lagipun semua benda eomma dah settle senyap-senyap. Tae setuju tau!"
Puan Kim menarik tangan Taehyung untuk diletakkan di atas telapak tangan Jung Jae Kyung.
Jae Kyung mengekalkan riak wajah malu-malu kucing. Senyuman manis dituju khas kepada Puan Kim agar hati wanita tua itu dapat ditawannya.
"P-puan Kim, kita tanya pendapat Taehyung dulu. Jae Kyung tak nak Tae terbeban. Semua ni atas kerelaan hati Tae sendiri."balas Jae Kyung.
"Eomma, Tae dah ada calon sendiri. Maafkan Tae."lancar ayat ini mengalir keluar dari celah bibir lelaki itu.
Puan Kim mengedipkan bulu mata berulang kali. Panas telinga apabila anak sendiri sudah berani melawan permintaannya.
Kipas tangan bercorak bunga sakura itu didekatkan ke wajahnya. Puan Kim mengipas-ngipas wajah yang terasa membahang.
"Eomma tak setuju. Eomma bagi Tae masa sebulan untuk putuskan hubungan dengan perempuan tu. Lepas sebulan, kahwin dengan Jae Kyung. Titik!"bidas Puan Kim.
Taehyung mengetap gigi. Riak wajahnya berubah rentak. Emosinya bercampur-aduk antara sedih,marah dan kecewa.
"Tae minta maaf. Demi Jae Yoon, Tae tak sanggup biarkan isteri sendiri dibiarkan macam ini. Maaf eomma, maaf appa."
Taehyung menunduk hormat kepada kedua-dua orang tuanya. Kunci kereta diambil lalu dia bawa langkah kaki yang tergesa-gesa keluar dari rumah.
Jae Kyung tersenyum puas di dalam hati. Hatinya lagi bertambah panas daripada Puan Kim tatkala matanya terpandang jari manis Taehyung yang tersarung elok cincin perkahwinan.
Bunyi deruman enjin kereta mewah Kim Taehyung menyebabkan suara hati Jae Kyung mengucap syukur.
Dia harap segalanya berjalan lancar. Rancangan gilanya memotong wayar brek kereta diharapkan ada hasilnya kelak.
Jika Taehyung hilang ingatan, lagi mudahlah kerja perempuan gila ini.
Jae Kyung tak kisah. Asalkan Taehyung jatuh di dalam genggamannya.
-tbc-
A/N:
Jae Kyung makin mengganas.
Ada skuad nak join kempen membanteras Jae Kyung?
HahahaHah.
Thank you so far gais. 🌸
Rindu update saya tak?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top