🚻25
His Roommate | kth
25
A/N:
Putera Tae lain macam sedikit dalam bab ni. Biasalah kalau cinta kena khianat? Rasa frust tapi sayang tu masih ada. Eh. 🌚
💞💞💞💞
Kim Taehyung merenung jasad maharaja kerajaan Bangtaneul yang sudah terbaring kaku di atas katil. Kedengaran bunyi esak tangis yang memenuhi suasana sekeliling bilik yang dihuni oleh ayahandanya.
"Ampunkan anakanda yang hina ini kerana tidak sempat menemani ayahanda sewaktu sakit."ujar Taehyung sambil kepalanya menunduk ke bawah.
Selesai dia bersarapan pagi di dewan makan Institut Bangtaneul, Taehyung dikejutkan pula dengan berita mengejut pemergian ayahandanya.
Terus Putera Kim bergegas untuk singgah di istana tanpa berfikir lama. Bahunya dipeluk oleh seseorang dari arah belakang.
Susuk tubuh Putera Jeon tersenyum lemah. Bahu Taehyung ditepuk lembut sekali lagi untuk menenangkan hati si abang yang sedang berduka lara.
"Bersabar Putera Kim. Ayahanda mesti sedih kalau lihat keadaan macam ni. Kuatkan diri ya. Aku.. akan membantu Tuanku sewaktu senang dan susah. Hidup maharaja Kim Taehyung."laung Putera Jeon.
Adiknya dan beberapa pegawai di dalam bilik itu menunduk hormat kepada Kim Taehyung. Lelaki yang bersedih itu hanya tersenyum lemah.
"Tak sangka secepat ini aku naik takhta."gumamnya dalam nada perlahan.
Air mata lelakinya tumpah lagi pada pagi itu. Sedih akibat ditipu oleh Jae Yoon masih belum beransur surut. Namun, kesedihan hatinya ditambah lagi dengan kemangkatan mengejut Maharaja Bangtaneul.
---
Sebulan Selepas Itu
Min Jae Yoon duduk di tepi katil. Matanya memandang katil milik Putera Kim yang dibiarkan kosong tidak berpenghuni sejak sekian lama.
"Bila awak nak balik, Kim Taehyung?"
Bibir Jae Yoon terlihat pucat menuturkan kata-kata tersebut. Matanya berair setiap kali dia mengenangkan wajah sedih si putera kerana penipuan yang diciptanya.
"Saya rindu awak Tuanku Kim."ujarnya tanpa berselindung lagi. Telapak tangannya yang terasa berpeluh dilap menggunakan sapu tangan.
Jae Yoon mendengar khabar tentang kedatangan maharaja baru itu ke Institut Ilmu Bangtaneul. Tipulah jika dia tidak berasa teruja. Jae Yoon sangat berharap Taehyung datang singgah ke bilik yang dikongsi mereka berdua.
Harapannya cuma satu. Min Jae Yoon ingin meminta kemaafan daripada pemerintah baru Kerajaan Bangtaneul itu.
Bunyi pintu yang dibuka dari luar mengejutkan Jae Yoon daripada lamunan. Gadis itu segera menunduk merendahkan badan. Lalu, dia tunduk menunduk hormat kepada lelaki itu.
"Patik menghadap kedatangan Tuanku Kim Taehyung ke sini."
Helaan demi helaan nafas yang dihembus menjadi sukar apabila pintu bilik itu ditutup. Suara pegawai pengiring maharaja muda tersebut meminta izin untuk beredar keluar menyebabkan Jae Yoon menjadi takut.
Dia bimbang Kim Taehyung masih menaruh dendam kesumat terhadapnya. Lelaki itu sudah naik takhta. Bila-bila masa sahaja Taehyung boleh lakukan apa-apa yang dihajatinya kepada Jae Yoon.
"Angkat wajah kau Cik Muda Jae Yoon."
---
Kelopak mata aku terbuka luas. Wajah tampan Maharaja Kim menyegarkan pandangan mataku yang muram.
"Kau dah lupakan aku, Min Jae Yoon?"
Sebaris ayat yang terkandung mesej yang tersirat. Selangkah Maharaja Kim Taehyung melangkah dekat kepada aku, selangkah juga aku berundur ke belakang.
Dia bukan lagi Putera Kim. Aura lelaki itu yang meresap masuk ke dalam hati aku tidak sama seperti dahulu.
Jasadnya masih kekal sama. Dalamannya berubah pantas sekelip mata.
Jari-jemarinya menyentuh daguku lembut. Aku mencari cincin pertunangannya dengan Cik Muda Jung Jae Kyung. Tetapi, ianya tidak kelihatan di jari Taehyung.
Kosong. Seolah-olah dia tidak mahukan sebarang permaisuri untuk berada di sebelahnya dalam menerajui takhta kerajaan Bangtaneul.
"Cari cincin? Aku dah tak perlukan perempuan itu. Akan aku turunkan pangkatnya di dalam istana. Kau, Jae Yoon. Jadi permaisuri yang akan menemani aku sampai bila-bila."bisiknya ke telinga aku.
Aku menepis tangan Kim Taehyung. Aku inginkan dia yang dulu. Bukannya Kim Taehyung yang hanya didesak perasaan membalas dendam.
"Patik lebih rela untuk menemani Putera Jeon. Dia sahabat baik patik. Patik bukanlah calon yang layak untuk menjadi permaisuri Tuanku."
Aku menunduk hormat. Kepalaku digelengkan berulang kali. Kedegilanku memetik nama Putera Jeon mencetuskan rasa marah di dalam hati Taehyung.
Tangannya mencengkam rahangku begitu kasar. Esak tangis meletus keluar dari bibir maharaja muda itu.
"Sampai aku mangkat sekali pun. Kau akan dicop nama aku. Ingat satu perkara, kau kena bersedia untuk ditabalkan sebagai permaisuri aku. Secara paksaan."
Pakaian hanbok berwarna merah gelap dengan sulaman warna emas diraja itu tersarung kemas di tubuh Kim Taehyung.
Wajah sedihnya bertukar sinis. Belum sempat aku melarikan diri, pergelangan kakiku ditarik oleh Maharaja Kim.
"Tolong ketatkan kawalan di luar pintu. Jangan izinkan sesiapapun datang mengganggu beta untuk beberapa jam ini. Beta ada sesuatu nak diselesaikan."laung Taehyung dalam nada kuat.
Aku menyilangkan kedua-dua tangan di dada. Aku tak mahu Taehyung menyesal dengan perbuatan kejamnya ini.
"Fikir sewarasnya Tuanku Kim. Patik tak rasa ini adalah keputusan yang bagus. Patik merayu."
Taehyung mengelap air matanya. Dia sudah nekad untuk meneruskan rancangannya itu. Jika Jae Yoon masih berkeras ingin berkawan dengan Putera Jeon, dia akan teruskan tindakan ini.
"Rayuan kau dah tak berguna. Kau akan berada di dalam genggaman tangan aku, bakal permaisuri."
Lelaki durjana itu mencempung tubuhku untuk naik ke atas katil. Air mata aku dikesat oleh tangannya.
"Aku cintakan kau, Min Jae Yoon."
Tutur katanya sedingin ais. Jari-jemari Taehyung pantas melonggarkan ikatan baju hanbok yang dipakai oleh aku tanpa belas kasihan.
"Ini akibatnya kau memilih Putera Jeon daripada aku, Jae Yoon. Aku nak kau terseksa."
Aku tidak sempat membalas kerana bibir si maharaja sudah bergerak pantas menyesakkan nafas aku melalui sentuhan bibirnya.
Kejamnya kau, Kim Taehyung.
-TBC-
A/N:
Ada sesiapa nak campak si Maharaja Kim ni dalam laut?
Amboi.
Sesuka hati je nak paksa Jae Yoon jadi permaisuri.
Ada kemungkinan satu bab sahaja untuk hari ini. ♥
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top