🌸24

His Roommate • kth

Aku membalas pandangan romantis Taehyung dengan senyuman malu. Segan diri sendiri apabila aku dijadikan bahan tenungan matanya untuk tempoh beberapa minit.

Aku letakkan pen di sebelah kertas yang tertera perjanjian perkahwinan antara kami berdua. Janji sudah termeterai sah pada saat itu.

Telapak tanganku berasa hangat apabila permukaan telapak tangan kami bersentuhan rapat.

"Terima kasih Encik Kim dan Puan Kim. Kalian sudah sah bergelar suami isteri. Tahniah saya ucapkan. Enjoy your special day."ucap Jungkook. Kertas perjanjian tersebut dimasukkan ke dalam fail kerjanya.

Jungkook menunduk hormat sebelum dia meminta diri untuk keluar atas urusan kerja.

Taehyung merangkul pinggangku. Bibirnya dibawa untuk mengucup lembut permukaan bibirku.

"Terima kasih sayang. Sudi terima aku semula. I love you, Kim Jae Yoon."

Kulit ibu jarinya mengelus perlahan kawasan bibir bawahku.

Anak matanya bagaikan ralit melayan perasaan seorang diri.

"Akhirnya, kau dah jadi hak milik aku. I'm so happy, Jae Yoon."

Aku juga teramat gembira, wahai encik suami segera. Aku harap urusan kami selepas ini berjalan lancar.

Semoga tuhan permudahkan urusan aku dan suamiku.

----
Jae Yoon menahan rasa geli hati yang menyerbu diri. Kalau dia turuti permintaan Taehyung ketika ini..perutnya boleh meletup agaknya.

Wanita itu mengendahkan perlakuan Taehyung yang sudah mirip seperti ulat bulu miang terlebih.

Tangannya tetap fokus mengacau kuah pekat tteoboki  yang hampir siap masakannya itu.

Taehyung pula sibuk juga dengan urusan tidak tertangguhnya itu.

"Makanan boleh tangguh. Tapi, sayang sanggup lihat kanda terseksa. Hurm?"

Jae Yoon berdecit halus. Bibir Kim Taehyung galak mengucup belakang lehernya.

Dia bertindak menyiku lembut perut suaminya. Bunyi Taehyung merengus kegeraman membuatkan hati Jae Yoon berbunga bahagia.

"Masalahnya, perut saya dah lapar,Taehyung. Saya janji. Kita makan dahulu. Lepas tu, kita layan movie kat ruang tamu. Boleh?"

Taehyung menahan tangan Jae Yoon daripada terus bergerak. Senduk kayu tu lebih menarik dari wajah kacaknya ke?

Jae Yoon langsung tak mahu curi pandang wajah minta belas ihsan daripada Kim Taehyung.

"Daripada layan movie , aku cadang kita buat wayang sendiri. Lebih berbaloi cik permaisuri."

Jae Yoon mencubit kuat lengan Kim Taehyung. Wanita comel itu segera membuka langkah agar dia tidak menjadi mangsa terkaman suaminya.

Gila, Kim Taehyung dapat tangkap. Boleh kebulur dia nanti. Baik Jae Yoon lari dulu.

-tbc-

A/N:

Sekadar bab filler. Lepas ni, konflik bersambung semula.

Udah jadi sinetron bah gini. Nda pa pa. Janji korang suka.❤🌸

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top