🚻24

His Roommate | kth

24
--
A/N:

Update kedua. Fuh fuh fuh, mohon bersabar ya. Putera Kim mengamuk teruk dalam bab ini. T.T ♥

🚻

Putera Kim menolak pintu biliknya. Kakinya melangkah lemah menuju ke tingkap bilik.

"A-aku cintakan perempuan asli. Aku sepatutnya gembira kan?"desisnya dalam nada sayu.

Tangan Putera Kim mengepal tumbukan kecil. Lalu, dia mendaratkan penumbuk tersebut di atas permukaan dada. Berkali-kali dia menumbuk lembut dadanya agar perasaan kecewa di hati dapat disingkirkan.

"Aku cuma kecewa kau gunakan aku untuk dapatkan cinta adik aku sendiri. Apa kurangnya lelaki bernama Kim Taehyung i-ini untuk kau, Jae Yoon?"

Botol arak yang berada di atas meja kayu di sisi katil diteguknya rakus. Kebenaran yang diterima mengejut olehnya pada hari itu membuatkan jiwa Taehyung menjadi kacau.

Dia perlukan masa untuk bertenang sebelum semangatnya dapat diraih kembali untuk membalas dendam kepada Jae Yoon.

"Aku cintakan kau. Kau c-cintakan Putera Jeon. N-nampaknya aku akan rampas kau cara pantas dan seksa kau kelak. J-jae Yoon, kau sakitkan hati aku dan buat aku memendam rasa macam orang gila untuk tempoh lama."ucap Taehyung dengan perasaan marah.

Matanya merenung sejambak bunga khas untuk Jae Yoon yang berada di atas katilnya. Taehyung mencapai bunga tersebut lalu dia mencampaknya ke luar tingkap.

"Bunga ini pun dah t-tiada guna untuk penipu macam kau."

Perasaan yang tercalar teruk mendorong Taehyung untuk mengubah sikapnya begitu drastik. Dia tidak mahu Jae Yoon jatuh di dalam genggaman adiknya. Pada masa yang sama, Taehyung mahu membalas dendam.

---

Hari kedua selepas insiden pembongkaran identiti sebenar aku sebagai seorang gadis mencetuskan keadaan tegang antara aku dan Putera Kim.

Sudah puas Jungkook memujuk agar aku setia menjadi rakan sebiliknya. Aku menolak baik tawarannya. Lagipun aku rakan sebilik dengan Putera Kim. Jadi, aku perlu pulang semula ke bilik tersebut.

Pintu bilik aku tolak perlahan. Kelibat Putera Kim langsung tidak kelihatan. Pergi kemanakah dia?

Aku meletakkan beg pakaian aku di atas katil. Buku-buku untuk dibawa ke dewan kuliah diambil sebelum aku mula membawa diri ke dewan kuliah.

Mungkin tiada rezeki untuk aku bertemu Putera Kim pada pagi ini.

---
Seokjin dan Hoseok menghantar renungan dari mata ke mata. Mulut Seokjin menyenget ke arah Putera Kim.

Taehyung duduk di meja makan bersama reaksi wajah yang tegas. Anak matanya memandang sarapan pagi tanpa menghiraukan pandangan aneh yang diberi oleh kumpulan kenalan rapatnya itu.

"Kanda rasa Putera Kim t-tak cukup kasih sayang ke daripada Jae Yoong? Sampai muka pun tak nak senyum dari tadi?"bisik Hoseok.

Niatnya ingin membawang tentang insiden asmaradana Putera Kim dan Min Jae Yoong di bilik bacaan. Hoseok mematikan hasratnya apabila pahanya dicubit kuat oleh Seokjin.

"Kau diam Hoseok. Kanda rasa tak sedap hati tengok muka Putera Kim ni. Macam nak mengamuk."

Jae Yoon melangkah perlahan ke meja yang diduduki kawan-kawan baiknya itu. Terdapat satu tempat kosong di sebelah Kim Taehyung. Mata Jae Yoon merenung wajah Putera Jeon.

Putera Jeon hanya mampu mengumam perkataan maaf. Kemudian, kepalanya ditundukkan semula ke bawah.

Jae Yoon melabuhkan punggungnya di sebelah Taehyung. Aura dingin dan marah Putera itu menyebabkan gadis itu semakin takut dalam diam.

"Jae Yoon sayang."ujar Putera Kim spontan sehingga perlakuan keempat bangsawan kecuali Jungkook terhenti.

Kuih beras yang baru ditelan Tuan Muda Namjoon tersembur keluar ke wajah kanda Seokjin.

"Tak sangka pandai betul Putera Kim bergurau awal pagi ni. T-tersedak kanda Namjoon tahu?"tegur Seokjin teragak-agak.

Taehyung tidak membalas. Mulutnya menghirup teh bunga dalam gaya tenang.

Penyepit kayu dihulurkan kepada Jae Yoon tanpa dipinta. Aneh benar kelakuan Taehyung apabila Jae Yoon munculkan diri.

Jae Yoon menyambut huluran kayu penyepit yang diberi oleh Taehyung. Jantungnya tidak berhenti mengepam darah akibat perlakuan Taehyung.

Dia sangkakan Taehyung akan mengamuk teruk. Lain pula yang dilakukan oleh putera raja itu.

"Makan."bisiknya di cuping telinga Jae Yoon.

Tangan Taehyung merayap ke pinggang ramping milik Jae Yoon. Lalu, dia mengelusnya penuh kasih.

"Putera Jeon tak mampu beri kau layanan bertaraf bintang macam ini kan? Aku seorang sahaja yang layak kan. Makan. Jangan bagi aku kantoi, Jae Yoon."bisiknya lagi.

Aku terketar-ketar menyuap kek beras pedas itu ke dalam mulut. Kayu penyepit itu aku genggam erat.

Aku sedar akan sesuatu. Setiap kali suapan kek beras ke dalam mulut. Bibir Taehyung bergerak nakal. Lidahnya sengaja dibasahkan untuk menggodaku di dalam senyap.

"Kanda Seokjin tolong diam. Bukan selalu aku nak bermesra dengan rakan sebilik aku, kan sayang?"

Sayang. Perkataan itu meluncur keluar dari bibir Putera Kim. Anak mata berwarna perang itu sudah hilang kasih. Diganti pula dengan desakan untuk membalas dendam.

"Y-ya, Putera Kim hanya bergurau."nafiku lagi walaupun tangan Putera itu sudah mencengkam erat telapak tanganku.

"Putera Jeon t-tak akan mampu miliki kau."ujarnya dalam keadaan bibir yang bergerak tanpa suara.

Matanya seperti mesin, meneliti segenap inci tubuhku dari atas hingga ke bawah.

Apa yang ada di dalam fikiran kau, Kim Taehyung?

-TBC-

A/N:
Hahahahahahaha

Inilah yang interestingnya.

Plot makin panas eo?

Agak-agak korang siapa yang akan jadi permaisuri pada bab-bab akan datang.

Jelitawan Jung Jae Kyung

Atau

Si pengikat hati Putera Kim,

Min Jae Yoon?

Berjumpa pada esok hari. 💞

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top