🌸22
His Roommate • kth
Aku segera menyembunyikan diri di dalam sebalik langsir tebal ruang tamu. Kedatangan Jae Kyung, tunang Taehyung secara mengejut membuatkan aku bertambah panik.
Nafas yang tidak teratur aku cuba tenangkan sebaik mungkin. Aku tidak mahu Taehyung kantoi semudah ini.
Ada baiknya jika lelaki itu selesaikan segala urusan pertunangannya melalui cara yang baik.
"Taehyung, saya dah jumpa parents awak. Tarikh perkahwinan kita akan dipercepatkan. Hari selasa depan kita kahwin. Boleh kan sayang?"suara manja Jae Kyung memecah kesunyian yang melatari sekeliling ruang tamu.
Bunyi nafas yang dihela kasar oleh Kim Taehyung menunjukkan tanda lelaki itu membangkang keputusan melulu Jae Kyung.
"But why kau nak cepat sangat? Bukan ada lagi dua minggu wedding kita. Tak lama pun kan?"soal Taehyung.
Balasan jawapan daripada Kim Taehyung menggusarkan hati aku. Aku harap kau buat keputusan yang betul.
Kau tetap setia dengan aku kan?
------
Kim Taehyung menggenggam erat sebuah penumbuk kecil. Nasib baik Jung Jae Kyung seorang wanita. Kalau tidak, manusia bertuah di hadapannya ini sudah kenyang dengan penumbuk.
Dia masih waras. Dia tidak akan sesekali bertindak dayus.
Taehyung menekup permukaan wajahnya dengan telapak tangan yang berasa dingin akibat udara dari pendingin hawa.
"Saya tak sabar nak hidup berdua dengan awak, Taehyung. Kita mula hidup bersama. Bina keluarga bahagia. Awak tak sudi ke nak berkeluarga bersama Jae Kyung kesayangan awak ni?"pujuk Jae Kyung.
Taehyung mengetap gigi dalam diam. Iris matanya merenung tajam wajah perempuan yang dibencinya itu.
Sejak memori zaman Joseonnya muncul semula, dendam Taehyung semakin bercambah terhadap Jae Kyung.
Dia sedar Jae Kyung punca keretakan hubungannya dengan Min Jae Yoon.
"Kalau aku tak nak? Aku tolak secara baik. Kau pilihlah lelaki lain. Aku yakin ada lelaki yang lebih baik daripada aku ..lelaki yang dapat pimpin kau jadi isteri mithali. Tak gitu?"ujar Taehyung dalam nada suara yang direndahkan.
Jae Kyung menghentakkan kakinya di atas lantai marmar itu. Hujung mata wanita licik itu menjeling ke arah kedudukan langsir yang sedikit bergerak.
Jae Kyung tahu Jae Yoon sedang menyorok di sebalik kain tebal itu.
Ingat Jae Kyung bodoh? Oh tidak, sayang.
Jari-jemari runcingnya mengelus lembut permukaan kulit wajah Taehyung.
Bibirnya didekatkan pula agar dia mudah membisikkan ayat tersebut tanpa pengetahuan Jae Yoon.
"Kalau awak tolak, saya akan bunuh Min Jae Yoon. Nak tak? Mestilah tak nak kan? So, saya nak jadi Mrs Kim awak ya."
Rahang Taehyung bergerak menahan amarah yang bertambah apinya itu.
Pergelangan tangan Jae Kyung dicengkamnya kuat.
"O-okay. Asalkan Jae Yoon kau tak sentuh, syaitan."
-tbc-
A/N:
Jae Kyung menghanat lagi.
Oohhhh. 🌚
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top