🚻21

His Roommate |kth

21
---
A/N: Jelitawan menghanat di dalam bab ini. Tahan diri daripada memaki.

💞

Jelitawan dari daerah Yeonju itu tersenyum bangga. Pemandangan yang dinantikan di hadapan mata akhirnya berlaku jua.

Tidak sia-sia usaha kerasnya menggoda si putera dan Min Jae Yoon sebagai umpan.

"Seorang tak nak mengaku, seorang lagi rela ditipu hidup-hidup oleh si Jae Yoon. Aku tak sabar nak dedahkan rahsia si Jae Yoon ni. Berbaloi aku upah perisik untuk ekori kalian berdua. Taehyung hanya milik aku. Bukan kau Jae Yoon."tutur Jae Kyung penuh rasa benci yang meluap-luap.

Jari-jemarinya membetulkan kedudukan rambutnya agar tampak kemas semula. Tangannya mengepal penumbuk kecil akibat pemandangan mesra Taehyung dan Jae Yoon di depan matanya itu.

"Kau akan hancur, Min Jae Yoon. Taehyung akan benci kau? Itu matlamat utama aku."

Jae Kyung membawa dirinya agar dia jauh dari kawasan sungai itu. Wanita licik tersebut sudah tidak sabar untuk memulakan permainannya.

---
Daguku dicuit oleh jari putera Kim. Wajahnya tetap terhias senyuman. Kali ini, senyumannya makin lebar. Anak mata bahagianya membuatkan hati aku berasa senang.

"T-terima kasih Jae Yoong. Kau buat aku senyum hari ni. Kau..istimewa."bisik Taehyung.

Aku tersentak apabila lengan putera Kim menarik bahu aku rapat kepadanya.

Bibirnya meletus ketawa kecil. Manakala, tangannya tidak terlepas daripada menggenggam tangan aku.

"Kau tak lindungi apa-apa rahsia daripada aku kan, Jae Yoong? Kalau ada kau beritahulah, aku terima seadanya."ujarnya dalam nada lembut.

Perasaan bersalah menjalar masuk ke dalam akal fikiran. Aku mengetap bibir. Rahsia ku sebagai seorang wanita tidak boleh terbongkar pada waktu ini.

Lagipun Taehyung sudah bertunang dengan Cik Muda Jae Kyung. Bila-bila masa sahaja mereka berdua akan melangsungkan perkahwinan.

Aku tidak mahu menjadi orang ketiga yang mengganggu pertunangan Putera Kim dan jelitawan itu.

"P-putera Kim, semua ni melanggar h-hukum. Kita tak boleh bersama. S-semua ni salah. Kita tamatkan di sini ya?"pintaku kepada putera itu.

Kim Taehyung meletakkan kepalanya di bahu kanan aku. Lengannya masih setia memeluk lengan kananku juga.

Pemandangan seperti ini kelihatan manis untuk pasangan yang baru hangat bercinta. Namun, ianya tidak sesuai bagi kami berdua.

Aku menyamar sebagai lelaki. Taehyung lelaki. Tak ke menyumbang kepada satu pemandangan yang kurang enak?

Kasihan pula jika Putera Kim digelar gay jadian kelak.

"Beri aku masa untuk dapatkan kasih sayang dari kau secukupnya. A-aku sendiri yang undurkan diri nanti. Jangan risau Jae Yoong."balas Taehyung.

Riak wajah gelisah aku cuba sorokkan. Wajah gembira Taehyung itu mendesak hati aku berubah menjadi tidak keruan.

"B-baiklah. Kalau itu yang kau mahukan Putera Kim."

---
Hari berganti hari. Sudah cukup seminggu luahan hati putera diraja sulung itu kepada insan yang dicintainya sepenuh hati, Min Jae Yoong.

Taehyung mengeratkan pegangan pada buku yang dibawanya. Hatinya sudah menjerit perkataan tidak sabar kerana hari ini dia akan menjejakkan kaki semula ke dewan kuliah.

Dia dihimpit perasaan teruja untuk belajar dan juga rindunya untuk melihat wajah Min Jae Yoon.

"Tak sabar nak jumpa Jae Yoon. Harap dia hadirkan diri di kuliah."

---

Kim Seokjin mengipas-ngipas permukaan wajahnya yang berpeluh kepanasan. Bibirnya disengetkan sedikit. Matanya seperti seorang pengintip terhandal masih berfokus kepada Taehyung dan Jae Yoong.

"K-kenapa kanda rasa Putera Kim kena sampuk hantu kunyit? Si Jae Yoong pun. Kalau boleh, bulu mata nak kedip-kedip manja. Aku s-silap makan ke semalam?"bisik Seokjin kepada Jimin.

Jimin berhenti mengunyah makanan. Wajahnya diangkat untuk melihat pemandangan indah seperti yang diperkatakan oleh kanda Seokjin.

"Aku tengok mereka berdua normal je. Mana tahu dah jadi kawan baik. Kanda, fikir positif boleh?"balas Jimin dalam nada tenang.

Senyuman mengusik terukir di bibir Jimin. Jari-jemarinya menyuap nasi ke dalam mulut menggunakan penyepit kayu itu

"Kanda masih tak puas hati. Taehyung tu. Muka nampak macam terlebih kasih sayang. Pandang pula rakan sebiliknya macam nak terkam bila-bila masa. Kanda takut tahu?"Seokjin bisik pula kepada Namjoon.

Kening Namjoon terangkat. Lantas, Tuan Muda Kim Namjoon itu melihat pula ke arah Taehyung dan Jae Yoong.

Hatinya Namjoon bersetuju dengan bebelan kanda Seokjin. Dalam diam, mata Namjoon memerhati dua rakan sebilik yang tidak ubah seperti pasangan bercinta itu.

"Taehyung suka Jae Yoong?"ujarnya tanpa suara.

Gelagat Taehyung yang ternyata jelas kemanisannya kepada Jae Yoong. Mata putera itu bercahaya. Setiap perlakuan Jae Yoong disusuli dengan gelakan halus daripada Kim Taehyung.

Belum lagi dengan pemandangan mengejutkan yang Namjoon dapat lihat. Tetapi, Kim Namjoon hanya berdiam diri. Dia tidak mahu menyebabkan kanda Seokjin diserang sakit jantung.

Mata Namjoon merenung jari-jemari Kim Taehyung yang mesra menggenggam tangan Jae Yoon di bawah meja makan.

Sudu untuk menghirup sup digenggamnya begitu erat.

"Nampaknya firasat hati kanda b-betul. Tapi sejak bila mereka berkasih sayang? M-mata aku dah tercemar."tutur Namjoon sambil matanya berfokus tepat ke arah bawah meja yang tersembunyi itu.

-TBC-

A/N:

Rileks, biar je si Putera ni layan perasaan dia. Dah terseksa lama.

Bab seterusnya kita munculkan si jelitawan. Auu auuu.

😂

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top