🚻19
His Roommate | kth
19
+++
Seminggu selepas kejadian
[ A/N: Babak tapisan umur 15 tahun]
Kim Taehyung merenung jarinya yang sudah tersarung cincin pertunangan dengan Cik Muda Jung Jae Kyung.
Air matanya sudah kering. Hatinya sudah letih menidakkan suara hati yang inginkan cinta si Jae Yoong. Tetapi, lelaki itu sedar cinta terlarang itu tidak akan mendatangkan apa-apa kesan positif kepadanya.
Lagipula dia merupakan putera sulung Kerajaan Bangtaneul. Dalam masa setahun lagi, ayahandanya sendiri akan menyerahkan takhta kepada Taehyung.
Imej dan nama baik kerajaan Bangtaneul perlu dijaganya sebaik mungkin. Putera Kim meneruskan hasrat untuk menjadikan Jae Kyung sebagai bakal permaisurinya kelak.
"A-aku tak buat pilihan yang salah kan? Hentikan. Semua perasaan ni mengarut dan akan menghancurkan aku pada akhirnya."
Telinga Taehyung menangkap bunyi kasut tumit tinggi yang bergerak masuk ke dalam bilik bacaannya.
Jari-jemari kanannya mengepal penumbuk kecil. Hati lelakinya tidak rela. Namun, dia sudah membuat keputusan. Jung Jae Kyung adalah insan yang perlu berada di dalam hatinya.
Bukan Min Jae Yoong lagi.
"Putera Kim, izinkan patik untuk melayan tuanku."
Suara halusnya menyapa telinga Kim Taehyung. Putera diraja itu hanya kaku berdiri menghadap tingkap yang terbuka.
Riak wajahnya tetap tidak tercalit sebarang emosi walaupun bibir tunangnya itu sudah merayap di permukaan bahu dan lehernya.
"Patik rindukan kasih Putera Kim. Jangan biarkan patik keseorangan begini. Tak kasihan dengan patik?"soal Jae Kyung dengan nada manja.
Tubuh Taehyung spontan berpusing ke belakang untuk menghadap jelitawan itu.
Dengan hati yang terpaksa, dia mendekatkan wajah kepada Jae Kyung. Bunyi gelak tawa gembira Jae Kyung tidak langsung menenangkan hatinya.
Taehyung bermesra bersama tunangnya dengan fikiran yang asyik menyebut nama Min Jae Yoong.
"P-patik mahukan tuanku putera. Sentuh patik ya?"
Jae Kyung, begitu cepat kau mengatur strategi licik untuk mengunci gerak langkah Putera Kim.
---
Min Jae Yoon mengangkat kening. Baru sebentar tadi, seorang pegawai datang menyerahkan satu gulung kertas bacaan untuk rakan sebiliknya, Kim Taehyung.
Mujur sahaja Putera Jeon tiada di bilik. Wajah Jae Yoon sudah berubah mendung. Air mata sedaya-upaya dia tahan agar tidak tumpah membasahi pipinya.
"A-aku tak akan menangis disebabkan putera tu. Aku bukan siapa-siapa di mata dia."
Jae Yoon juga diserang rasa hairan. Menurut pegawai itu, kertas bacaan ini perlu diserahkan segera kepada Putera Kim pada waktu itu juga.
Jae Yoon bangun dari duduk. Tangannya mengemaskan pakaian hanbok berwarna kelabu yang dipakainya.
Pada awal pagi, Jae Yoon mendapat perkhabaran dari pihak istana tentang pertunangan Putera Kim dan Cik Muda Jung Jae Kyung.
Soal hatinya tidak usah ditanya. Jae Yoon merasakan hatinya sakit teramat sangat dan hancur lebur.
Angan-angannya tentang perasaan Kim Taehyung terhadap dirinya sendiri musnah disebabkan berita yang disebarkan oleh pihak istana ini.
"Mungkin T-taehyung hanya sengaja menuturkan luahan hati palsu untuk mengenakan aku. A-aku tak boleh bermimpi lagi. Bangun, Jae Yoon. Bangun!"
Gulungan kertas itu diambilnya dengan penuh keazaman. Langkah kakinya dibawa untuk menuju ke bilik bacaan khas milik Putera Kim.
---
Min Jae Yoon memerhati pintu bilik bacaan yang terbuka sedikit. Bunyi desahan nafas kasar seorang wanita jelas kedengaran.
Jae Yoon menundukkan kepala. Air liur yang ditelan terasa amat perit sekali. Tangannya perlahan-lahan menolak daun pintu.
Fikirnya, mungkin ada orang lain yang menggunakan bilik bacaan si putera. Kakinya menapak perlahan ke meja bacaan besar itu.
"Patik nak lagi..di s-sini."
Jae Yoon pada asalnya dia tidak mahu mendongakkan kepala. Akhirnya, dia mengangkat wajah.
Pemandangan kotor di hadapannya itu membuatkan lutut Jae Yoon terasa lembik.
Wajahnya berkerut menahan tangisan yang bakal tumpah bila-bila masa sahaja.
Bibir milik Putera Kim meninggalkan kesan di sekitar leher Cik Muda Jung Jae Kyung. Suara manja wanita itu ditambah pula dengan tingkah laku di luar kawalan lelaki itu.
Semuanya sudah cukup untuk mematahkan hati Jae Yoon.
Kertas bacaan yang hendak diberi kepada Kim Taehyung jatuh di atas lantai. Jae Yoon tidak betah untuk menunggu lama.
Malang tidak berbau, lengannya tersiku pasu kaca bersaiz sederhana yang terletak di bahagian tepi pintu masuk.
Sekaligus, bibir Taehyung berhenti mengerjakan leher si jelitawan. Nafasnya termengah-mengah. Matanya terbuka luas tatkala raut wajah sedih Jae Yoon memenuhi ruang mata.
"J-jae Yoong, semua ni bukan disengajakan. A-aku terdesa-"
Jae Yoon menggelengkan kepala. Dia tidak sanggup mendengar kata-kata dusta dari mulut si putera lagi.
Jae Kyung merangkul leher Kim Taehyung. Wajahnya disembamkan di dada lelaki itu.
"Semuanya atas kerelaan Putera Kim. Dia goda patik. Patik tak mampu menolak."
Jae Yoon mengesat matanya yang sudah basah. Kepalanya ditunduk hormat sekali lagi kepada pasangan baru bertunang itu.
"A-aku dah letak kertas bacaan untuk kau di atas meja. Semoga berbahagia Putera Kim dan Cik Muda Jae Kyung."
Jae Yoon berlari pantas meninggalkan bilik bacaan itu dengan hati yang berduka lara.
Taehyung? Sudah tentu dia meroyan untuk kali kedua.
-TBC-
A/N:
Ada fungsi juga Si Jae Kyung ni. Dia berperanan untuk kacau hubungan si Tae dan Jae Yoon.
Apa perasaan korang?
Update seterusnya pada tengah malam nanti. ♥
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top