🌸17

His Roommate • kth

Deruan nafas kasar Kim Taehyung menyapa permukaan kulit wanita itu. Jae Yoon tidak mahu dirinya hanyut dengan cinta yang langsung tiada apa-apa jaminan ini.

Lantas, kolar baju kemeja lelaki dingin itu dicengkamnya kuat. Telapak tangan Jae Yoon ditekapkan ke atas mulut Taehyung.

"Enough, Kim Taehyung. Tugas saya hari ni dah selesai kan?"bicara Jae Yoon dalam nada lembut.

Mana tahu lelaki itu akan berlembut hati untuk melepaskan dia daripada tersepit dalam situasi yang mendebarkan hati ini.

Telapak tangan kecilnya ditepis perlahan oleh Taehyung. Susuk tubuh kecil Jae Yoon ditolak rapat semula ke dinding. Dia ingin lari tetapi segala pergerakan dikunci kemas oleh lengan kekar lelaki kacak tersebut.

"Kau tolak aku sebab dah tak sabar nak jumpa anak Jeon tu ke? Hurm."ujar Taehyung. Sengaja dia berdehem halus untuk memancing perhatian wanita kesayangannya itu.

Jae Yoon segera menggelengkan kepala. Tuduhan yang dilemparkan Taehyung ternyata tidak berasas. Kulit ibu jarinya didaratkan di atas bibir lelaki itu.

Dalam hati dia sudah menangis malu, tetapi Jae Yoon tetap perlukan jawapan kukuh.

Persoalan dalam mimpi tersebut ada jawapannya. Memori-memori lama dapat dikorek semula setelah bibir mereka bersentuhan.

"S-saya nak kiss awak kejap. Boleh?"

Pertanyaan Jae Yoon menyebabkan lidah lelaki itu menjadi kelu. Taehyung merenung wajah wanita cantik itu melalui satu pandangan mata yang sukar ditafsirkan.

"Silakan. Aku yakin kau mahukan jawapan kan?"desis Taehyung.

Jae Yoon mengangguk laju. Dia memautkan kedua-dua lengan di leher Taehyung.

Bibir mereka bersentuhan. Tiada pergerakan lanjut daripada Min Jae Yoon.

Air mata wanita itu mengalir perlahan keluar dari tubir mata. Kisah silam antara dia dan Taehyung muncul semula dan tertayang seperti sebuah wayang gambar.

Jae Yoon mengambil keputusan untuk menjarakkan wajah apabila dia merasakan lelaki itu sudah mula ingin memberi respons pantas.

Anak mata coklat keperangan milik Kim Taehyung dipandangnya begitu lama. Jae Yoon tergelak sedih. Dia bersyukur takdir mereka untuk bertemu semula diizinkan tuhan.

Persoalan terakhir yang mengepung fikirannya adalah Taehyung masih ingat akan dirinya atau tidak?

"M-maharaja Kim, ingat adinda t-tak?"

Riak wajah keliru Taehyung memberi harapan yang mengecewakan Jae Yoon.

Jae Yoon hampa. Hatinya diserang rasa sedih teramat sangat.

"Siapa maharaja Kim yang kau maksudkan sayang? Aku...Kim Taehyung."

Ah, hancur lebur hati Jae Yoon eo?

-tbc-

A/N:

Wattpad makin sendu ke gais?

Hahahahaha.

Okay, ada sedikit update sebelum saya masuk kerja nanti. ❤


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top