🚻17
His Roommate | kth
17
---
A/N: Bab ini memerlukan had umur 15 tahun. Ada kemungkinan muncul babak yang tidak terjangka.
"Enjoy."
🍵
Flashback
Kedua-dua tangannya menolak bahu jelitawan dari Yeongu itu. Bibirnya dikesat kasar agar kesan bibir merah Jae Kyung dapat dihilangkan.
Dadanya turun naik menarik serta menghembus nafas. Apabila Taehyung menyedari tangannya disentuh lembut oleh wanita itu, dia mendecit halus tanda tidak suka.
"Biarkan aku bersendirian, Cik Muda Jae Kyung. Berikan aku masa untuk t-tenangkan diri. Anggap sahaja ciuman tadi tindakan yang tidak disengajakan. Aku memohon maaf."tutur Kim Taehyung dengan mata yang sudah kuyu.
Tangannya terketar-ketar menuang arak ke dalam gelas kaca tersebut. Minuman itu diteguknya rakus sambil matanya memandang meja yang sudah sepi tanpa kehadiran Min Jae Yoong.
"Aku arahkan kau untuk undurkan diri sekarang, Jung Jae Kyung. Kau nak aku jatuhkan hukuman untuk kau?"soal Taehyung kepada Jae Kyung yang masih berkeras untuk duduk di sampingnya.
Jae Kyung menghembus nafas kecewa. Jelitawan itu mendekati putera raja itu dan satu ciuman ringkas diletakkan di dahi Kim Taehyung.
"Patik berundur diri dahulu. Kita berjumpa lagi nanti di Istana Bangtaneul,putera Kim."pamit Jae Kyung sebelum dia bangun mengundurkan diri daripada kawasan dewan.
Taehyung meraup wajahnya dengan kasar. Tangannya menepis makanan-makanan yang terhidang di atas meja.
Seleranya sudah terhapus. Semuanya disebabkan oleh lelaki bernama Min Jae Yoong.
"M-Min Jae Yoong, kau sangat p-pabo (bodoh). Kerja kau bagi hati a-aku sakit macam nak gila. Ah sedapnya. Lega hati ni."
Taehyung meneguk semakin banyak minuman arak yang tersedia di atas meja. Bibir merahnya ditenyeh berulang kali.
"Kenapa aku rasa bibir kau lagi mengancam, Jae Yoong. Magis apa yang k-kau gunakan? Ergh, Min Jae Yoong, paboya!"
Kim Taehyung merungut persis anak kecil apabila dia menyedari araknya sudah habis. Kepalanya digoyangkan dengan tidak stabil.
Tidak sampai beberapa minit kemudian, Taehyung sudah tersembam tidak sedarkan diri di meja makan.
---
"Jae Yoong sangat nakal. Jae Yoong suka sakitkan hati. Jae Yoong l-lembik. Jae Yoong t-tak guna. Yeee."bebel Taehyung panjang berjela. Lengannya diletakkan di atas bahu Kim Namjoon.
Namjoon terkial-kial memapah badan putera raja itu dan dia dibantu juga oleh Jung Hoseok dan Park Jimin.
"Jae Yoong, Jae Yoong. Tak habis-habis dengan rakan sebilik kau. Kau dah kenapa kanda Taehyung? Geram pula aku tengok dia ni. Serupa putus cinta."omel Seokjin.
Tangannya yang setia menggenggam kipas tangan berwarna merah jambu didekatkan ke arah kepala Taehyung.
Satu pukulan manja dihadiahkan oleh kanda Seokjin kepada Kim Taehyung.
"K-kau tak akan pernah faham seksaan yang aku tanggung di dalam hati ni, Seokjin. S-sakit sangat."rungut Taehyung.
Mulutnya yang berbau arak menyebabkan Kim Seokjin menepuk bahu Namjoon, Hoseok dan Jimin agar mereka cepat sampai di bilik putera itu.
"Makin lama aku tengok budak putus cinta ni. Makin panas pula aku. Eh, Tuan Muda Jung Hoseok. Kau pergi cari Jae Yoong selepas ni. Aku tak sanggup tengok keadaan mereka berdua ni dah. Pening otak aku."
Jung Hoseok menunjukkan isyarat ibu jari ke atas. Kakinya mula bergerak meninggalkan rakan-rakannya dalam misinya untuk mencari Min Jae Yoong.
End of Flashback
---
"T-taehyung mengamuk teruk sangat ke? K-kalau macam tu, aku nak tumpang tidur bilik kau boleh tak. Bantu aku, Jung Hoseok?"pinta Jae Yoon separuh merayu
Matanya memerhati dengan sekelumit perasaan seram pintu bilik yang dikongsinya bersama Taehyung.
Jung Hoseok sendiri yang menyatakan bahawa si putera itu mabuk teruk. Mana mungkin Jae Yoon berani untuk melangkah masuk ke dalam bilik.
Bimbang pula jika dia menjadi mangsa terkaman Kim Taehyung.
---
"Kau jangan risaulah, Taehyung dah tidur. Esok kau bincanglah baik-baik dengan dia ya. Aku kesian tengok kau asyik menangis. Jangan gaduh lagi dengan putera Kim ye? Dia biasalah. Panas baran sikit."ujar Hoseok separuh berbisik.
Tangannya menolak bahu aku untuk masuk ke dalam bilik yang sedikit gelap. Tangan Hoseok melambai kepada aku sebelum dia mula beredar masuk ke dalam biliknya yang bersebelahan bilik kami.
Berbantukan cahaya bulan yang bersinar melalui tingkap yang terbuka, aku menapak perlahan ke katil yang menempatkan tubuh badan Putera Kim.
Tak salah kan aku nak singgah sekejap untuk melihat wajah si putera dingin ini?
Anak rambutnya yang menutupi dahi aku selak ke tepi. Wajahnya tetap kacak seperti kebiasaannya. Aku duduk di penjuru katil sambil mataku tidak terlepas daripada memerhati wajah Kim Taehyung.
---
"U-untungnya Cik Jae Kyung. Begitu mudah dia dapat mencuri perhatian kau, Taehyung. Aku tak berpeluang."luah Jae Yoon kepada Taehyung yang sedang nyenyak tidur itu.
Selimut tebal dia tarik agar tubuh badan lelaki itu tidak kesejukan. Baru kakinya hendak melangkah ke katil miliknya, pinggang ramping Jae Yoon dirangkul mesra oleh seseorang dari arah belakang.
Serta-merta, tubuhnya menjadi kaku. Mulutnya ditekup rapat. Bunyi gelak tawa sinis Kim Taehyung mencuit telinganya.
Fikirnya putera raja itu sudah terlelap. Ada kemungkinan besar kesan arak itu masih membuka peluang kepada Kim Taehyung untuk berkelakuan di luar jangkaan.
"Oh my god, jangan k-kata kau mabuk lagi, Kim T-taehyung. Mati aku!"
Bahu dan lehernya menjadi tempat sasaran bibir Taehyung. Putera itu tangkas menarik tubuh kecil masuk ke dalam pelukanya yang erat.
Bibirnya mengukir senyuman bahagia. Seronok benar si putera memeluk tubuh gadis malang itu seperti beruang koala.
"Inikah p-perasaannya kalau kau seorang perempuan? Kenapa aku rasa mimpi ni indah dan tampak benar? A-aku suka. Eung."bebel Taehyung dalam keadaan tidak sedar.
Kelopak matanya terbuka separuh. Taehyung menolak bahu gadis itu sehingga Jae Yoon terbaring di atas katilnya.
"T-taehyung, sedar diri. Kau mabuk. Semua ini di bukan m-mimpi. Lepaskan aku."rayu Jae Yoon.
---
"Aku tersangat gembira seandainya kau adalah seorang perempuan. B-bukannya l-lelaki. Aku cint-"
Tutur katanya berhenti mengejut tatkala pandangan mata kami berdua saling bertemu.
Jari-jemarinya mengelus lembut kedua-dua pipiku. Sebuah senyuman manis terukir cantik di wajah kacak milik Putera Kim.
"A-aku harap mimpi ini takkan berakhir begitu pantas."ujar Taehyung dalam nada berbisik.
Tangan aku yang sibuk menahan dada Taehyung daripada terus mara ditolak oleh lelaki itu dalam sekali percubaan.
Tindakan seterusnya oleh Kim Taehyung tidak aku jangkakan.
Bibir kami berdua bersentuhan antara satu sama lain untuk kali kedua.
Sesaat pun dia tidak sanggup lepaskan. Bagaikan seorang lelaki yang rindukan kekasihnya sejak sekian lama.
Nafas hangat miliknya yang menyentuh permukaan wajah. Dahi kami yang bersatu. Jari-jemarinya sibuk memberi sentuhan penuh kasih di tubuhku.
Kedua-dua tangan aku terketar-ketar menarik tubuh putera itu agar dia sentiasa dekat kepadaku. Aku tahu semua ini salah. Namun, gelodak perasaan di hati mendorong aku supaya aku terus hanyut di dalam fantasi yang hanya sementara ini.
Sayangnya, kau mabuk. Kau tak akan ingat semua ini, Kim Taehyung. Kecuali aku, si Min Jae Yoon.
-TBC-
A/N:
Fuh. Saya dah bagi amaran sebelum bab ini bermula kan?
Jadi, jika babak di atas keterlaluan, maafkan saya. Tapi, saya dah cuba untuk tapis sebaik mungkin.
Plot semakin panas. Bab seterusnya akan diletakkan pada malam ini jika saya tak sibuk.
Semoga menyukainya dan selamat petang.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top