🌸16

His Roommate • kth

A/N: Triple Update ;)

Jung Jae Kyung menggigit bibir bawahnya. Walaupun sudah timbul luka-luka kecil, dia abaikan rasa sakit tersebut kerana hatinya hancur berkecai.

Dia tidak lambat bertindak. Namun, fikiran liciknya sudah siap mengatur rancangan supaya majlis perkahwinannya dengan Kim Taehyung dapat dipercepatkan urusan.

"Perempuan bodoh. Hari ni aku beri kau peluang untuk terima layanan tunang aku. Selepas ini, say bye bye. Aku akan bergelar Mrs Kim eh?"

Cincin tunang yang tersarung megah di jari manis ditenungnya lama. Jae Kyung melemparkan pandangan jijik tatkala anak matanya menangkap aksi mesra Kim Taehyung terhadap Min Jae Yoon.

Boleh menggelegak isi hati jika dia berlamaan di situ. Rambut panjang yang menutupi sebahagian wajah dia selak kasar ke belakang.

Ingatkan waktu sambutan hari lahir, dia dapat kasih sayang dari Kim Taehyung. At the end, si tunang pula membuat onar.

"Kalau dulu aku tak dapat kau, zaman moden ni aku pastikan maharaja Kim jatuh ke dalam genggaman tangan aku. Jae Yoon, kau tetap akan kalah."

Jae Kyung melangkah laju tanpa mempedulikan renungan tajam seorang lelaki yang tidak asing baginya.

Pergerakan wanita itu dihalang oleh lengan kekar Jungkook yang terlingkar kemas di bahunya.

"Tunggu kejap Cik Muda Jung Jae Kyung. Izinkan beta bercakap sedikit eo?"

Jae Kyung terkejut. Tubuhnya menggigil takut tika bahasa istana itu meluncur keluar dari bibir Jeon Jungkook.

-----

Jungkook mengunci tubuh Jae Kyung di dinding berhampiran kolam renang tersebut. Suasana meriah dari ruang tamu mengasingkan suasana tegang yang wujud antara Jungkook dan Jae Kyung.

Mereka saling berlawanan pandangan mata. Jae Kyung cuba bergelut untuk melepaskan diri daripada Jeon Jungkook tetapi usahanya tidak membuahkan hasil.

Kudrat wanitanya dipatahkan begitu mudah oleh si anak Jeon.

"Apa yang Jungkook merepek ni? Saya tak faham."suara Jae Kyung menyoal dalam nada bergetar.

Jungkook menghamburkan gelak tawa sinis. Rahang wanita itu dicengkamnya agak kasar sehingga warna kulit wajah Jae Kyung bertukar merah.

"Dulu mati kena pancung, sekarang takkan nak aku cekik kau waktu birthday? Nak beta murka?"

Jae Kyung berdecit perlahan. Kukunya yang dihiasi calitan pewarna kuku berwarna merah menyala dibenamkan di atas bahu Jungkook.

"Apa kau nak maharaja Jeon? Tak frust ke asyik kalah dengan abang sendiri? Kasihannya. Jae Yoon tetap gedik mahukan perhatian tunang aku."Jae Kyung sempat menyelit jarum kebencian di dalam hati lelaki itu.

Jungkook menguatkan lagi cengkaman jarinya di rahang Jae Kyung. Dendam kesumat yang tersimpan lama menghapuskan rasa belas kasihan lelaki itu terhadap wanita bernama Jung Jae Kyung.

Tubuh tinggi lampainya melangkah rapat kepada Jae Kyung. Kepalanya disengetkan. Senyuman jahat terukir di bibir merah lelaki itu.

"Kau ada kegunaannya di zaman moden. Patuh arahan atau aku bunuh kau. So,  kau ambil Taehyung je. Jangan sesekali usik Jae Yoon. Okay princess?"

Jae Kyung mengangguk dalam keterpaksaan. Tangannya mengusap perlahan rahangnya yang terasa pedih akibat tindakan ganas Jeon Jungkook.

"Kau gila Jeon Jungkook. Dunia dah terbalik rupanya. Zaman moden kau tikam belakang abang kau pula? Interesting."

-tbc-

A/N:

Selesai update. ❤

Semoga kenyang dengan update dari saya.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top