🚻16

His Roommate | kth

16
---
A/N:

Hari ini ada triple update juga.

🍵

Air mata yang mengalir laju tidak menghalang aku untuk terus berlari jauh dari Dewan Singgahsana Bangtaneul.

Kakiku sudah mulai letih. Lalu, aku bertindak dengan menyandarkan diri di sebalik pohon bunga yang rendang.

"C-cukuplah hati ni sakit. Aku berharap terlalu tinggi. Kau kena sedar status kau sekarang, Min Jae Yoon. Jangan jadi bodoh!"ujarku separuh berbisik.

Kedua-dua tangan aku ligat menyeka sisa-sisa air mata yang masih membasahi pipi. Suasana malam yang sepi dan hanya ditemani bulan yang bersinar itu sedikit menenangkan hatiku

Entah, perasaan sakit hati dan kecewa yang menggunung tinggi memaksa aku agar bertindak sedemikian. Telapak tangan aku bawa untuk diletakkan di dada.

Insiden ciuman mengejut Putera Kim dan Cik Muda Jae Kyung terngiang-ngiang di fikiran. Sekali gus, ianya membuatkan aku ingin menjerit sekuat hati. Tetapi, semuanya seakan tidak terluah.

Perasaan ini cuma mampu tersorok di satu sudut hati yang paling dalam dan aku yakin aku tidak kuat untuk meluahkannya kepada Putera Kim.

Kalau Putera Kim reject cinta aku, malu je kan? Memandangkan aku pun masih menyamar sebagai seorang lelaki.

"Hey, Jae Yoong. Sudah-sudahlah menangis tu. Buat kering air mata kau je. Kau sedih ke teman sebilik dah dapat teman hidup? Aigoo, comel lah Tuan Muda Min ni."ujar seseorang dari arah belakang.

Kepalaku tidak sempat menoleh. Walau bagaimanapun, lengannya memaut mesra bahuku.

Wangian unik yang datang dari tubuh badannya mengingatkan aku kepada seseorang.

"Tuan Muda Jung Hoseok, a-ada apa datang ke sini?"

---

Jung Hoseok menggelengkan kepala ketika matanya bertemu dengan wajah murung si Jae Yoong.

Jari-jemarinya mengurut permukaan dahi yang terasa pening. Hoseok mengambil keputusan untuk duduk di sebelah Jae Yoong.

Lama juga dia merenung lelaki lembik itu sehingga Jae Yoong berasa janggal kerana dirinya diperlakukan sedemikian rupa.

"K-kenapa kau pandang aku aneh sangat, Jung Hoseok?"soal Jae Yoong tergagap-gagap.

Lelaki itu menghadiahkan senyuman manis kepada Min Jae Yoong. Tangannya pantas menarik kepala rakannya itu agar kepala Jae Yoong dapat mendarat elok di bahunya.

--

"Begini, aku sendiri tak faham kau dan Putera Kim. Lepas je kau larikan diri dari Dewan Singgahsana Bangtaneul, Taehyung terus mengamuk. Jae Kyung pun kena tempias. Apa masalah kamu berdua ni?"soal Hoseok kepada aku.

Telinga aku memproses satu demi satu bait-bait kata yang diujarkan oleh rakanku itu.

Taehyung mengamuk?

Aku menelan air liur yang terasa perit. Telapak tanganku digosok terhadap muka aku yang sudah membahang.

"T-tiada apalah. Aku je tetiba nak beremosi bagai. A-aku rindukan abang aku je."dalihku lagi. Haraplah alasan ini kedengaran munasabah untuk Hoseok.

Hoseok tergelak halus. Satu kain sapu tangan berwarna biru disuakan kepada aku.

"Aku tahu kau dan Taehyung ada masalah kan? Selesaikan baik-baik nanti. Taehyung, rakan sebilik kau tu dah tak macam orang normal dah perangai dia. Berpeluh juga kami nak heret dia balik bilik. Nak tahu perkara menarik?"ujar Hoseok dan dia berhenti seketika.

"Comel je aku tengok Putera Kim. Mulut dia dari dewan sampailah ke bilik, tak habis-habis asyik mengutuk kau. Katanya 'Jae Yoong suka mainkan perasaan, Jae Yoong jahatlah, Jae Yoong inilah, itulah'. Hahaha."

Aku menggigit bibir. Kelopak mataku dibiarkan terpejam rapat untuk mengusir rasa malu di hati.

Teruknya si Putera Kim ni mengamuk. Takkanlah dah dapat Cik Muda Jung Jae Kyung pun masih tak puas hati?

Sebut nama Jae Kyung, aku terdorong untuk menangis sekali lagi. Sendu je tangisan aku. Bahuku digosok berulang-ulang kali oleh Jung Hoseok.

Bibirnya bersenandung irama lagu klasik yang berbunyi merdu. Jari telunjuknya diarahkan ke langit yang dihiasi butiran bintang.

Kata-kata Jung Hoseok yang seterusnya memberi satu kekuatan kepada aku untuk tersenyum kecil.

"Bahu aku ni dah tersedia untuk kau. Menangis semahunya. Ingat, aku sentiasa sokong kau ya?"

Aku berdehem kecil sekadar mengiyakan kata-kata semangat yang disalurkan oleh Hoseok.

Hoseok, terima kasih.

-TBC-

A/N:

Feedbacks untuk bab kali ini?

Pendedahan identiti Min Jae Yoon dalam beberapa bab lagi.

Tunggu sahaja.

Terima kasih. ❤






Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top