🌸14

His Roommate • kth

A/N:

Rindu? ;) ♥

--------------------------------

Dalam diam, iris mata Min Jae Yoon mencuri pandang wajah kacak milik Kim Taehyung. Lelaki itu hanya berdiri kaku di sebelah tunangnya.

Jika diikutkan isyarat mata yang dihantar oleh Kim Taehyung, rancangan untuk menyakitkan hati Jung Jae Kyung perlu diteruskan juga.

Jae Yoon sedar plan gila yang dirangka oleh Taehyung bakal menghancurkan hidupnya selepas ini.

Wanita itu yakin Jae Kyung sudah tentu enggan melepaskan tunangnya semudah itu.

Pautan di lengan Jungkook mulai longgar. Sewaktu kakinya yang tersarung kasut tumit tinggi berwarna krim melangkah penuh elegan ke arah kedudukan pasangan itu, hujung bibir Taehyung tersungging senyuman sinis.

Bibir Taehyung mengucap syukur kerana Jae Yoon patuh akan arahannya.

Selesai rancangan gila ini, hati Jae Kyung berkemungkinan akan terluka. Taehyung pula boleh menarik nafas lega.

Persoalannya, mampukah Jae Yoon laksanakan rancangan yang diatur oleh Kim Taehyung?

------
S

emakin dekat langkahku, semakin cuak hati ini. Jantung sendiri tidak henti-henti memainkan bunyi degupan yang rancak.

Kalau si Taehyung ini tidak menculikku, jujurnya aku mahu menolak daripada terlibat sebagai perosak hubungan orang lain.

Aku bisik pada hati. Semua ini hanya sekali sahaja. Malangnya, tiada jalan untuk berpatah balik.

"Eh Jae Yoon, ada apa-apa nak bualkan bersama kami ke? Sayang, tegurlah dia. Senyap je Jae Yoon ni. Kook mana?"tegur Jae Kyung dengan nada yang sengaja dimanjakan bunyinya.

Taehyung menjengketkan kening supaya rancangan gila itu bermula secepat mungkin. Biarpun lelaki itu menjadi ketua, aku adalah insan pemula yang akan mencetuskan huru-hara pada hari itu.

Sengaja aku biarkan jari-jemari aku mendarat lembut di atas bahu tunang Jae Kyung. Lelaki itu melirik manja ke arahku.

"Saya nak jumpa Taehyung. Ada urusan yang perlu kami selesaikan. Pinjam tunang awak sekejap ye, Cik Jung? Tae, come on. "tuturku lembut.

Taehyung tergelak halus. Pinggang rampingku dipaut agar tubuh kami saling bersentuhan.

Pandangan tajam yang dilemparkan oleh Jae Kyung langsung tidak mengusik jiwa lelaki itu.

"Okay, saya bagi pinjam jasad sahaja. Jangan curi hati tunang saya pula, Cik Min Jae Yoon."

----

Dalam gurau senda Jae Kyung, wanita itu menyelit kata sindiran kepada Jae Yoon.

Wanita itu musykil dengan gelagat pelik tunangnya. Bagi Jae Kyung, ada sesuatu yang Taehyung sedang sorokkan. Jae Yoon pula pastinya ada kaitan dengan tunangnya.

"Ingat aku bodoh? Tak semudah itu kau nak sambar tunang aku, Jae Yoon. Let me see siapa yang akan sakit hati nanti hurm?"ujar Jae Kyung bersama wajah yang cuba dimaniskan.

Senyuman cantik wanita itu bertukar keruh apabila matanya merenung genggaman tangan yang sudah terbentuk kemas antara Taehyung dan Jae Yoon.

-tbc-

A/N:

Harap tak bosan lah. Hehe.

Dah lama menyepi. Saya rindu komen korang. ❤

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top