🚻13

His Roommate • kth
13

A/N:

Saya tahu korang pakat-pakat Jungshook baca bab sebelum ni. Takpe. Rileks. Diorang gay jadian ja. Nanti sedar diri lah tu.
----

"Ommaaaa, appaaaa. Ada orang nak rampas kesucian bibir Jae Yoong!"jerit Jae Yoon dengan sepenuh hati.

Dia tidak ingin anak Jeon nodai bibirnya pula. Cukup lah ciuman pertamanya sudah dirasmikan oleh Putera Kim.

Jae Yoon sangat berharap ciuman keduanya tidak dirampas oleh Putera Jeon. Ingat bibirnya ini percuma je ke?

Lagipun dua orang makhluk itu masih menganggap dia adalah seorang lelaki. Jae Yoon enggan perasaan kedua-dua orang lelaki itu menjadi kacau bilau.

Anak Jeon itu mengendahkan jeritan nyaring Min Jae Yoong. Bibirnya terus didekatkan begitu rapat. Hampir dua sentimeter bibir mereka hendak bertemu, Jae Yoon menutup matanya.

Oh, dia sudah pasrah nampaknya.

---
Setelah menutup mata, aku nantikan saat-saat bibir lelaki itu menodai kesucian bibirku.

Tapi, tiada apa-apa perkara aneh yang berlaku. Bibirku ditekup oleh tapak tangan seseorang.

Sepantas yang mungkin aku jegilkan anak mata untuk melihat gerangan orang yang menekup mulutku.

---

"Aku suruh kau usik Jae Yoong. Bukan sampai nak cium mulut budak ni. Lahanot kau Jengkuk. Kanda panas hati tahu? Ambik kau!"bebel Seokjin.

Eh, sekejap. Dari mana datang si Seokjin ni?

Lelaki yang berbahu lebar bersama senyuman nakal di bibir itu membebel kepada Jungkook.

Tangannya yang memegang kipas berwarna merah jambu pudar dihalakan ke arah lelaki malang itu.

Dengan sekali hayunan maut, belakang kepala Jungkook menjadi mangsa libasan kipas Seokjin.

"A-ah, sakitlah hyung. Jungkook gurau je. Mana bercantum pun mulut kami berdua."protes putera raja itu.

Seokjin menepuk bahu Min Jae Yoon. Tangannya yang satu lagi sibuk menarik telinga Jeon Jungkook.

---

"Kanda minta diri dulu. Maafkan jenaka kasar kanda dan Putera Jeon ya? Sebentar lagi kita jumpa di bilik mandian Yongtaneul."

Bilik mandian Yongtaneul? (Author letak je nama ni ahahajjajaja abaikan kekelingan nama ni)

Aku diajak mandi dengan diorang? Pfft. Sudahlah bibir aku dah ternoda. Kali ini, aku perlu mandi pula dengan kanda Seokjin dan rakan-rakan.

Aku meletakkan telapak tangan di dada. Degupan jantung sudah mulai stabil. Gelagat nakal Putera Jeon nyaris bikin aku koma.

Sesuka hati je jebon ni nak curi ciuman termahal aku.

Nak bergurau pun, kena lihat keadaannya dulu wahai putera kacak bergigi arnab.

----

Bilik Mandian Yontaneul

Buih-buih mandian di kolam mandian terbesar itu menjadi tumpuan utama Park Jimin.

Sekali-sekala tangannya menepuk buih-buih yang terbentuk di atas permukaan air.

Suasana sekitar tempat mandian itu begitu galak dengan gelak tawa riuh oleh rakan-rakannya.

Tempat mandian itu ditempah khas oleh Kim Seokjin. Mengikut perancangan, manusia-manusia yang akan turut serta dalam sesi mandian berjemaah itu adalah Kim Namjoon, Jung Hoseok, Park Jimin, Jeon Jungkook, Kim Taehyung, Min Jae Yoong dan juga Kim Seokjin sendiri.

Mulut Seokjin muncung ke hadapan. Jarinya mengira jumlah manusia yang hadir di tempat mandian itu.

"Namjoon, Jungkook, Hoseok, Jimin dah ada. Mana Jae Yoong dan Taehyung ya?"getus Seokjin.

Kakinya melompat turun ke dalam air mandian. Tangannya mengelap permukaan wajah yang sudah berpeluh akibat wap air mandian panas itu.

"Geram betul kanda dengan dua ekor ni. Dua- dua sama bilik. Terjangkit gamaknya perangai tak nak mandi. Eeee."bebel Seokjin sambil tangannya mengosok belakang badannya yang terasa gatal.

Jimin menendang kaki Seokjin perlahan. Bibirnya didekatkan ke arah telinga lelaki diva itu.

"Kalau mereka berdua lambat. Apa kanda nak buat? Sunat diorang ke?"usik Jimin.

Seokjin menjeling tajam si Jimin. Tangannya menolak bahu Jimin supaya segera menjauhinya.

"Otak kau lah. Ingat kanda ni takde kerja lain? Ha, itu datang pun manusia bertuah."ujar Seokjin tatkala matanya terpandang kelibat Min Jae Yoong yang baru sampai.

---

Min Jae Yoon memeluk tubuh. Hatinya menyanyikan lagu ketakutan.

Matanya memerhati tubuh badan kelima orang lelaki yang sudah tidak berbaju.

Tangannya menggenggam hujung baju hanbok tipis berwarna putih.

"Tunggu apa lagi. Marilah mandi cepat Min Jae Yoong. Tanggal je baju kau."

Jae Yoon tidak mahu mendengar permintaan Jimin. Lantaklah reaksi yang bakal diberi rakan-rakan barunya sekejap lagi.

Dia lebih rela mandi dengan memakai hanbok. Memandangkan hanbok putih itu tidak seberat pakaian yang dipakainya sewaktu di dewan kuliah, Jae Yoon berdegil untuk mandi dengan pakaian itu.

"Aku tak nak buka baju. Aku nak berendam je. Jangan banyak s-soal."jelas Jae Yoon.

Kakinya melompat terjun ke dalam air mandian. Suara jeritan bingit kelima-lima orang lelaki itu membuatkan rasa cuak dalam diri gadis tersebut mulai surut.

"Fuyooo, Tuan Muda Min mandi pakai baju. Mesti badan cantik kan sampai sanggup tak nak tanggal baju."hoseok bergurau. Kepalanya menjadi mangsa ketukan Kim Namjoon.

Lelaki berlesung pipit itu menarik badan Jae Yoong agar dapat berada berdekatan dengannya.

"Jangan risau, Jae Yoong. Kau mandi jelah. Kau malu kan nak tanggal baju? Aku faham. Tenangkan diri."tutur Namjoon penuh sopan.

Hati Jae Yoon tersentuh apabila kata-kata sopan Namjoon kedengaran seperti ingin melindunginya.

Dia bersyukur ada lelaki yang sudi membantu dirinya pada waktu genting itu.

---
"Manusia terakhir sudah jejakkan kaki. Kim Taehyung, datanglah ke mari."

Suara Seokjin yang bergema lantang menyebabkan aku memusingkan kepala ke arah belakang.

Susuk tubuh tinggi lampai milik Kim Taehyung sedang bersandar di tebing. Pakaian hanbok berwarna putih yang dipakainya terbuka sehingga mataku dijamu dengan penampakan dada bidangnya itu.

"Aku tak terlambat kan untuk sertai kalian semua?"

Tangan Taehyung melucutkan pakaian hanbok yang dipakainya itu. Dengan hanya berbekalkan seluar, tubuh lelaki itu terjun ke dalam air mandian.

Bush.

"Manusia paling seksi dan menggoda pernah kanda saksikan selama bergelar Tuan Muda Seokjin. Auch, hati kanda bergetar."

Aku bergerak merapati Kim Namjoon apabila aku sedari anak mata Taehyung melekat di wajahku begitu lama.

Aku juga ada salahnya. Mata aku ralit memerhati perlakuan Kim Taehyung.

Tangannya menekup air mandian yang berbau haruman bunga tersebut dan air itu dibasahkan ke permukaan wajahnya.

Air itu menitik laju membasahi kelopak matanya, hidung mancungnya dan terhenti di bibir merah lelaki itu.

Bibirnya digigit nakal seolah-olah dia sedar akan renungan rahsia daripada aku.

Saat mata kami bertembung semula, aku menundukkan pandangan ke permukaan air.

Aku hampir tersasar. Kerana Kim Taehyung menggoda ku dalam diam.

Putera Kim bukan calang-calang putera yang tampak dingin. Dia lengkap dengan satu pakej.

Pakej cairkan hati manusia lemah seperti aku.

-TBC-

A/N:

Bab terpanjang untuk story ini.

Update akan berehat sebentar untuk beberapa hari.

Saya ada final exam menjelang tahun baru nanti.

Take care and i love you my readers.

"Kamsahamnida"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top