🚻12
His Roommate • kth
12
A/N: Kasi chance anak Jeon mengganas dalam bab ini. Putera Jeon serlahkan tarikanmu. 🎈
Min Jae Yoon segera menarik tangannya apabila dia merasakan perlakuan mereka berdua tidak ubah seperti sepasang kekasih.
"T-terima kasih atas bantuan Putera Kim. A-aku sangat hargainya."ujar Jae Yoon tergagap-gagap.
Tangannya mengemas berus dan kertas untuk dibawa pulang. Sebaik sahaja cendekiawan Joon menamatkan kuliah pertama, gadis itu tidak sanggup menunggu dengan lebih lama.
Boleh sawan hati katanya.
Kim Taehyung menghantar pemergian Jae Yoon dengan raut wajah yang kekal dingin. Matanya bertaut pandangan dengan mata adik tirinya, Jeon Jungkook.
"Hyung."sapanya ringkas. Kepalanya ditunduk hormat sebelum dia bergegas mengekori langkah Jae Yoong.
Kim Taehyung menarik nafas dan menghembusnya bersama perasaan hampa yang mengusik hati.
Penumbuk kecil terbentuk kemas di tangan kirinya. Lelaki itu hanya kaku berdiri di luar dewan kuliah tanpa sebarang tindakan lanjut.
Baginya, Min Jae Yoong adalah manusia utama yang wajib dihindarinya selama bergelar pelajar Bangtaneul.
"Min Jae Yoong bukan siapa-siapa di hati aku. Dia hanya teman sebilik. T-tak akan lebih daripada batasan ini."
Hatinya berlagu kurang senang disebabkan oleh tindakan adik tirinya yang berhubungan rapat dengan Jae Yoong.
Baginya, niat Putera Jeon tidak terhenti pada niat ingin berkawan sahaja. Jeon Jungkook sukakan Min Jae Yoong.
Kim Taehyung tahu hakikat yang menyakitkan hati ini.
Sayangnya, dia tidak mampu lakukan apa-apa tindakan.
----
"Tuan Muda Min Jae Yoong, sudah lupa ke sahabat baik sendiri? Sengaja tahu buat hati Jeon berjauh hati."ujar Jungkook dalam usahanya untuk memancing perhatian Jae Yoong.
Dia menahan bahu sahabat baiknya daripada terus bergerak. Sebuah senyuman lebar diberikan kepada Min Jae Yoong.
"B-bukan kau merajuk dengan aku? Haritu pandang muka aku pun dah tak sudi, wahai Putera Jeon."
Jeon Jungkook mengembungkan pipinya. Segigih mungkin dia cuba serlahkan sisi comelnya agar Jae Yoong menerima kehadirannya pada petang itu.
"Ada kalanya aku akan hadapi waktu-waktu sedih juga. Sekarang, lihat wajah aku. Gembira kan? Aku minta maaf kerana pinggirkan kau beberapa hari lepas. T-tak ada niat langsung."jelas Jungkook.
Tubuh badan Jae Yoong ditariknya di dalam dakapan yang erat. Lelaki itu melepaskan rindu yang tersimpan lama terhadap Min Jae Yoong.
Lagipun dia dihantui perasaan bersalah kerana dia sendiri memutuskan untuk mengelakkan diri daripada Jae Yoong.
"Kita berbaik semula ya, Min Jae Yoong?"
Jeon Jungkook menghulurkan tangannya. Dia sangat berharap Jae Yoong dapat memaafkan tingkah lakunya yang lalu.
----
Mata aku menilik wajah tampan si putera bernama Jeon Jungkook ini.
Dia tiada kurang apa-apa. Cuma, aku hairan tetiba aje nak merajuk dengan aku.
Aku pasti ada sesuatu yang membuatkan hati lelaki ini terusik.
Tanganku menyambut huluran tangannya. Kami saling bersalaman. Sekaligus, jeritan kegembiraan keluar daripada bibirnya.
"Fuh, aku sayang kau Jae Yoong. Kau sahabat terbaik aku. Jangan tinggalkan aku. Aku nak kau selalu ada di sisi aku ya?"pinta Jungkook dengan ikhlas.
Tangannya memaut erat lengan kiri aku. Matanya mengisyaratkan agar aku menurut sahaja langkahnya ke satu destinasi rahsia.
----
Min Jae Yoon memerhati taman bunga yang terhias di pandangan anak matanya.
Begitu cantik sekali. Mulutnya yang melopong luas membuatkan Jungkook ketawa kecil.
Telapak tangan lelaki itu menolak lembut dagu Jae Yoon agar mulut Jae Yoon tertutup rapat semula.
"Kau nak ajak aku dating ke apa? Tiba-tiba nak ajak aku singgah taman bunga?"usik Jae Yoong.
Jungkook memberi reaksi keliru. Perkataan ' dating' yang disebut Min Jae Yoong membuatkan wayar dalam otaknya semakin berserabut.
"Kau ada sebut perkataan aneh apa tadi? Aku tidak dapat memahaminya, Tuan Muda Min."
Jae Yoong menggigit kuku. Senyuman janggal diberikan olehnya kepada Jungkook.
Boleh pula kau terlajak cakap omputih dekat mamat Joseon ni.
Mesti Jungkook jadi Jungshook. Kasihan sama itu Putera.
"Tak. A-aku mengarut je tadi. Apa tujuan kau bawa aku ke sini? Cantik sangat tempat ni. Sesuailah kalau suatu hari nanti, kau bawa isteri kau, Jeon Jungkook."
Jungkook menggelengkan kepala dengan pantas. Dia tidak mahu sebutan perkataan 'isteri' itu keluar daripada mulut Min Jae Yoong.
Dia tidak mahu orang lain. Hanya Jae Yoong sahaja yang berhak menemaninya sampai bila-bila.
"Aku tak bergurau, Jae Yoong. Aku ingatkan kau satu perkara sahaja. Ingat sampai bila-bila. Kau satu-satunya orang yang layak untuk berada di sisi aku."
Tangannya menarik kedua-dua lengan Jae Yoong untuk dilingkarkan di kawasan pinggangnya.
Mujur taman bunga itu hanya dikhaskan untuk kerabat diraja. Jungkook rasakan tindakannya ini tidak akan singgah ke pengetahuan rakan-rakan pelajar yang lain.
"K-kau suka bagi aku seram. Sekarang bukan masanya untuk kau bergurau, Putera Jeon. Sudahlah jom kita balik."rayu Jae Yoong.
Jungkook menggelengkan kepala. Perasaan sakit hati yang masih tersisa memberi satu keazaman tinggi bagi dirinya untuk meneruskan percubaan mengejut ini.
Kepalanya disendengkan sedikit. Wajah Putera Jeon semakin rapat dengan wajah Jae Yoon.
Tangan gadis itu menahan dada Jungkook daripada terus mara.
"Kau suka l-lelaki ke?"
Jungkook ketawa sinis. Dagu Jae Yoon ditarik rapat sehingga jarak bibir mereka mula terhapus sedikit demi sedikit.
" Kau baru sebut jawapannya, Min Jae Yoong."
-TBC-
A/N:
Rileks.
Jangan flip table lagi.
Bab seterusnya korang akan faham.
Ahhaahahhahahahahaha.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top