🚻10
His Roommate • KTH
10
----
A/N: Tak sangka cerita klasik ni dapat sambutan. I lobiu guys to the moon. Yak yak yeh.
----
Waktu pagi sudah menjelang tiba. Aku menolak selimut tebal yang membaluti seluruh badan termasuk wajahku ini.
Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa seksanya aku menahan nafas di dalam selimut. Tubuh badan aku yang masih tersarung pakaian hanbok yang berat dan tebal gitu.
"Putera Kim, k-kau dah bangun ke belum?"soal aku apabila satu inci bayang lelaki itu langsung tidak kelihatan di ruang bilik.
Awal betul lelaki itu melarikan diri. Jangan risau lah. Aku bukannya jenis perempuan eh lelaki yang suka membawang rahsia orang lain ke pengetahuan ramai.
Lagi-lagi rahsia gelap kau Kim Taehyung. Pipiku tiba-tiba mula membahang kepanasan. Peristiwa semalam masih terngiang-ngiang di corong telingaku.
Tidak ku sangka sama sekali lelaki berwajah dingin dan sentiasa nampak garang itu menyimpan rahsia besar.
Gempak ah. Dia suka aku?
Sudahlah dia sudah rampas first kiss aku. Aku dah tak inesen tahu?
Jangan kau risau Taehyung. Aku akan cuba untuk simpan rahsia walaupun hati aku terdetik rasa kasihan.
Aku yakin perasaan kau pasti terseksa teruk.
Tabahlah wahai Putera Kim.
---
Kim Taehyung berhenti melangkah. Tangannya mengurut-urut dadanya yang sentiasa berombak kencang.
Berkali-kali kelopak matanya dibuka dan ditutup. Taehyung mengetap bibir. Dia sendiri berasa geram dengan dirinya yang mudah lemah dengan perasaan bodoh itu.
Apa perasaan kedua orang tuanya jika mereka tahu anak sulung mereka tidak normal?
Taehyung tidak sanggup ingin menghancurkan perasaan ibu bapanya. Lebih baik rahsia gelap ini terkubur jauh di dalam hati
"Aku bodoh. Bodoh teramat sangat. Ingatkan lepas luah perasaan dah boleh lega sedikit. Nampaknya makin berbunga hati. Ah, jinjja."rungut Taehyung.
Kakinya menyepak batu-batu kecil yang berada di atas tanah. Pandangan anak matanya tertumpu kepada susuk tubuh adik tirinya.
"Seorang lagi datang nak bagi aku panas hati. Sabar Putera Kim. Kau kena sabar."ujar Taehyung dalam nada separuh berbisik.
Jungkook berjalan mendekatinya lalu badan adik tirinya itu menunduk hormat kepada abang sulungnya.
"Hyung , buat apa berdiri di sini seorang diri?"
Taehyung melarikan pandangan anak matanya ke arah lain. Malas pula dia ingin melayan perangai adiknya.
Bahunya terasa seperti dipaut erat oleh seseorang. Dengan pantas, Taehyung menoleh ke arah kiri.
----
Jeon Jungkook merenung penuh keazaman wajah abang tirinya itu. Dia berasa sedih kerana abangnya yang beria-ria ingin menyelamatkan sahabat baiknya, Min Jae Yoong.
Bahu Taehyung dia paut erat dan mesra. Sebuah senyuman ikhlas dihadiahkan olehnya kepada lelaki itu.
Sebesar mana pun rasa kecewa terhadap Kim Taehyung, dia tidak sanggup melihat abangnya melayan kesedihan seorang diri.
Tangannya menepuk pula dada Putera Kim. Keningnya dijengketkan sedikit.
"Jangan ingat aku tak tahu hyung ada simpan perasaan dekat.."
Jungkook berjeda sebentar. Tangan kanan Taehyung mencengkam kasar pergelangan tangan adiknya.
Eh si anak Jeon ni. Waktu-waktu genting dia nak bergurau kasar.
"A-apa? Kau ni jenis cakap tak reti nak sambung ke?"
Jungkook tersenyum kecil. Sempat lagi dia menepuk bahu Taehyung perlahan.
"Sahabat baik Kook. Erm, Kook minta diri dulu. Hyung , jangan cuak lah. Rahsia terjamin kekal. Nanti kita borak lain ya?"
Mata Kim Taehyung memerhati gelagat adik tirinya yang sedang sibuk berlari mendapatkan sahabat baiknya.
Wajah Min Jae Yoong ditenungnya lagi. Dia tidak berasa jemu. Namun, Taehyung harus mengambil langkah drastik untuk menyingkirkan perasaan kejinya itu.
"A-aku akan cuba untuk lenyapkan perasaan pelik ni. Aku tak akan berlembut dengan kau Jae Yoong."
-TBC-
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top