🌸08
His Roommate • kth
08
Jae Yoon menoleh buat kali kedua ke arah kedudukan rakan baik Taehyung. Wajah Jungkook kelihatan muram. Pada awalnya, gadis itu dapat melihat senyuman lebar peguam muda tersebut. Namun, ianya tidak bertahan lama.
Senyuman yang manis lesap sekelip mata. Jungkook ralit mengelap hujung matanya. Tangisan gembira akhirnya tumpah jua.
Kedua-dua insan yang ditunggu Jungkook bertemu jua. Hatinya mengucap rasa syukur kepada tuhan. Namun, dia tidak dapat menolak suara hati yang galak menghasut agar Jae Yoon jatuh ke dalam genggamannya.
Jungkook, kawal hati. Jangan biarkan diri kau binasa. Tolong, yakinkan diri supaya kau tidak tersasar.
----
"Saya gembira kerana dapat bertemu dengan awak, Min Jae Yoong."ucapnya penuh ikhlas.
Aku mengerutkan dahi. Panggilan itu kedengaran amat mirip dengan suara lelaki yang turut muncul di dalam mimpiku.
Aku sedar akan sesuatu. Namaku dieja salah. Encik Jeon, si peguam muda ini benar-benar tersasul atau dia ada keinginan untuk mengusikku?
"Encik Jeon, nama saya Jae Yoon. Bukan Jae Yoong."ujarku dalam nada tegas tetapi masih bersopan.
Jungkook menghamburkan gelak tawa. Walaupun gelakannya perlahan sahaja, aku merasakan lelaki ini bukanlah calang-calang orang.
Dia tahu sesuatu yang aku tidak tahu.
Pergelangan tangan kananku dipautnya lembut. Anak mata lelaki itu merenung tepat wajahku.
"Adinda tak ingat kanda, wahai permaisuri?"
Gigih aku berusaha untuk melepaskan pergelangan tangan aku daripada berada di dalam genggaman Jeon Jungkook.
"Adinda permaisuri apa yang awak maksudkan? Saya Min Jae Yoon yang tiada kena-mengena langsung dengan permaisuri impian awak. Maaf."
Bunyi rengusan kecewa dilepaskan oleh Jungkook. Dia segera menjarakkan diri tatkala pandangan matanya bertemu Kim Taehyung dari arah belakang aku.
"Rancak kau berbual. Apa yang kau membawang dengan bakal perempuan simpanan aku ni?"soal Kim Taehyung. Gelas berisi air teh panas diletak olehnya di atas meja.
Mata nakal aku mencuri pandang reaksi wajah Jungkook. Rahangnya bergerak seakan dia terasa tercabar akibat kata-kata sinis Taehyung.
Pandangan anak mata kami bertemu sekali lagi. Kali ini peguam itu enggan mengelipkan mata walaupun sesaat.
"Jangan biar aku rampas permaisuri kau. Bagi gelaran dekat dia baik-baik sikit, Encik Kim Taehyung. Listen King, don't let Jeon grabs your sayang again."gurau Jungkook.
Lengannya menarik bahu Taehyung agar mereka saling berpelukan.
"Dari dulu kau tak pernah penat nak sindir aku anak Jeon. Taklah. Aku mestilah sayang jika aku sanggup bawa dia balik ke rumah. Kau jangan gedik nak ambil hak aku."
Balasan jawapan dari Taehyung membuatkan aku diam mengunci mulut. Aku segera menunduk wajah ke bawah.
Sumpah malu. Taehyung,please. Tolong elakkan daripada beri sebarang harapan kepada aku.
Kau milik Jung Jae Kyung. Aku hanyalah titik hitam yang bakal memusnahkan hubungan yang kau benci.
Hati, mohon kekal utuh ya?
-tbc-
A/N:
Ah, tertaip panjang sangat pula.
Maaf lewat update.
I lobiu guys. ♥♥
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top