🚻06
His Roommate • KTH
06
🐎
"Min Jae Yoong, kau sihat?"soal seseorang dari arah belakang. Aku segera menoleh kepala. Susuk tubuh lelaki yang bernama Jeon Jungkook kembali menyapa pandangan mata.
Nampaknya dia tidak bergurau. Putera diraja bongsu ini juga menuntut ilmu di tempat yang sama denganku.
"A-aku sihat je, Jungkook. Cuma, aku kurang selesa. Abang kau memang berdendam dengan aku tak habis-habis ke?"soalku ingin tahu lebih lanjut tentang si putera dingin, Kim Taehyung.
Putera sulung hanya pada gelaran sahaja. Dalamannya, aku amat yakin Kim Taehyung kurang matang jika dibandingkan dengan Putera Jeon.
Tsk.
Siapa je yang sanggup jadi wife dia? Perangai pun dah menjengkelkan. Aku sendiri kurang pasti keinginan sebenar lelaki itu berperangai sedemikian kepada aku.
Mungkin pada zaman klasik Joseon ini, aku pernah lakukan apa-apa perkara yang menjengkelkan si putera itu.
Jungkook tergelak kecil. Kedua-dua bahuku menjadi mangsa pautan lengan kekarnya.
Wangian yang datang daripada tubuh anak Jeon ini membuatkan sisi wanita aku mulai goyah. Lamunanku tidak panjang disebabkan satu gangguan yang datang mengejut.
"Abang aku memang macam tu. Mungkin dia nak kawan rapat dengan kau. Tapi dia jual mahal. Kau sabar je lah, Jae Yoong. Aku kan ada."bisik Jungkook ke telinga kananku.
Sesi perbualan kami berdua terhenti tatkala lengan Jungkook yang melingkari tubuhku ditepis kasar oleh seseorang.
Pandangan anak mataku beralih pula kepada lelaki yang sedang berdiri di hadapan aku.
Oh, dia rupanya. Kim Taehyung yang suka cari pasal.
"Hyung, kasihanilah sedikit si Jae Yoong ni. Takkanlah benci sampai tahap ni? Perkara dah lepas kut. Tolong jangan ganggu dia ya?"pinta Jungkook seakan merayu di hadapanku.
Aku tidak menunggu masa yang lama. Dari hujung anak mata, aku jeling putera yang berlagak sombong itu.
Sombong macam ni takkan melayakkan kau jadi raja. Aku rasakan Putera Jeon lebih sesuai. Sudahlah perangai kedua-dua putera ini bagaikan langit dengan bumi.
Seorang menyejukkan hati.
Seorang lagi memanaskan hati pada setiap masa.
--
Telinga Kim Taehyung memanas akibat leteran yang keluar dari mulut adik tirinya itu.
Malas hendak bertelagah disebabkan lelaki yang dibencinya itu, Taehyung ambil keputusan untuk beredar pergi.
Sebelum dia meninggalkan Jungkook bersama Jae Yoong, sempat lagi lelaki itu merengus kuat lalu bahunya merengkuh bahu Jae Yoong dengan kasar.
Peduli apa dia? Asalkan rasa marahnya terhadap anak Min itu berkurangan walaupun sedikit
"Budak lembik."perlinya ringkas dalam nada sinis.
---
Ketukan yang bertalu-talu di gendang besar mencuri tumpuan pelajar-pelajar baru Institut Ilmu Bangtaneul.
Pintu utama Dewan Hangang dibuka luas. Muncul beberapa orang pegawai masuk ke dalam ruang dewan bersama perisai masing-masing.
"Kami, pihak atasan daripada Institut Ilmu Bangtaneul mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan ke majlis orientasi pelajar baru yang ke-56 ini. Selamat datang kami ucapkan."ujar seorang pegawai yang kemas berpakaian tradisional hanbok berwarna merah dan hitam.
Pegawai-pegawai lain bergerak pantas ke arah pelajar-pelajar baru. Tanpa sebarang arahan, pelajar baru disusun masuk ke dalam beberapa kumpulan.
Satu helaian kertas berwarna koko pudar diserahkan kepada setiap ahli kumpulan. Wajah masing-masing sudah bertukar pucat akibat aktiviti perasmian orientasi pada malam itu.
Min Jae Yoon dalam diam menggigit bibir. Kedua-dua lengannya memeluk tubuhnya dengan erat.
Dia sendiri tidak mengagak aktiviti perasmian akan dilakukan sedemikian rupa.
Gendang besar itu diketuk sekali lagi. Arahan yang tertera di satu helaian kertas itu dilaungkan semula oleh para pegawai dalam nada suara yang lantang dan jelas.
"Setiap kumpulan diwajibkan untuk menanggalkan baju dan diminta berendam di dalam sungai Han yang terletak di arah timur Institut Ilmu Bangtaneul. Peruntukan masa dua jam. Jika enggan, tuan-tuan akan diiring keluar secara paksaan oleh kami. Masa bermula sekarang!"
Laungan masa sudah bermula menyebabkan Jae Yoon menggelabah teruk. Dia ingin lari tetapi pergerakannya terhalang dengan kehadiran Kim Taehyung yang bertindak selaku ketua kumpulannya.
"A-aku tak sihat. Izinkan a-ak..s-saya untuk berehat. Tolong saya?"rayu Jae Yoon kepada Kim Taehyung.
Rayuannya tidak berkesan kepada Kim Taehyung yang sememangnya menanam kebencian luar biasa kepada Jae Yoong.
Gadis yang sedang berada di dalam penyamaran itu memandang ahli kumpulannya yang lain.
Tiada siapa yang tergerak untuk membantunya. Lengannya ditarik kasar oleh Kim Taehyung.
"Kau tunggu apa lagi? Aktiviti rendam badan dalam air antara upacara perasmian untuk pelajar baru. Kau nangislah air mata darah sekalipun. Tetap kena buang baju. Rendam badan lembik kau dalam air sejuk. Faham?"ujar Kim Taehyung dengan tegas.
Tangan kanannya memaut pergelangan tangan Min Jae Yoong. Perasaan benci mendorong lelaki itu untuk bertindak pantas.
Upacara merendam tubuh badan di dalam air sungai dilihatnya sebagai peluang keemasan yang jatuh dari langit.
Semuanya memudahkan Kim Taehyung untuk membalas dendam.
-TBC-
A/N:
Bab seterusnya dah mula ada babak menarik.
Maaf kerana saya berehat sebentar daripada mengupdate story ini.
Saya sudah baca komen korang. Saya akan balas kemudian.
Terima kasih atas kata-kata semangat dan dorongan yang membuatkan saya terdetik untuk menyambung story ini sehingga tamat.
Korang buat saya tersentuh. You guys so supportive and i love you guys ♥
Kita jumpa esok ya?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top