🌸05
His Roommate • kth
Belum sempat Taehyung mendekati Jae Yoon, telefon pintar yang berada di dalam poket berdering.
Sebaik sahaja nama pemanggil itu ditenung olehnya sekilas, lelaki itu terus mengeluh.
Jari telunjuk diletak di tengah bibir sebagai isyarat agar Min Jae Yoon mendiamkan diri.
"S-sayang dah sampai? Okay, jap Tae turun sekarang. Pintu rumah berkunci. Serious, betul-betul lupa..sayang nak datang hari ni."balas Taehyung.
Mata Jae Yoon memerhati raut wajah Taehyung yang berubah kelat. Dia mengucap syukur kepada tuhan apabila tali yang mengikat kedua-dua pergelangan tangan dibuka oleh lelaki itu.
---
"Ingat pesan aku. Jangan sesekali turun bawah atau mengintip perbualan aku. Duduk dalam bilik dan kunci mulut kau rapat. Kau tak berfungsi apa-apa lagi buat masa sekarang."pesan Taehyung sebelum dia berlalu pergi dari kawasan bilik.
Aku merungkaikan tali yang melilit pergelangan tangan. Hati yang curiga mendesak agar aku segera membuka pintu dalam dia.
Sekurang-kurangnya aku dapat melihat wajah kesayangan hati Taehyung.
Dari celah pintu bilik yang hanya terbuka sedikit, aku menekup mulut supaya sebarang bunyi tidak mengganggu sesi romantis kedua-dua pasangan sama cantik serta sama padan itu.
"Uh-huh, Jae Yoo-..J-Jae Kyung sabar. Bibir aku tak lari ke mana pun."ujar Taehyung.
Seorang wanita yang aku yakin cinta hati Kim Taehyung menolak bahu lelaki itu sehingga mereka berdua terjatuh di atas sofa.
"Malu apa Taehyung? Lagipun perkahwinan kita dah nak dekat. Lagi dua minggu kan? Apa kata your Jae Kyung kasi servis baik malam ini? Hurm."
Aku segera menutup pintu tatkala mataku melihat adegan yang makin panas itu. Hatiku seakan menolak keras gelagat terlebih mesra pasangan tersebut.
"Tuhan, aku menangis lagi?"monolog aku sendirian. Jari-jemari aku mengesat air mata yang mula keluar tanpa diduga.
Aku sembam wajah di lutut. Hatiku nenangis sakit kerana fikiran aku sudah kerap mengulang kembali babak yang berlaku antara Taehyung dan Jae Kyung.
Aku keliru. Hubungan aku dan si penculik ini hanyalah dikategori sebagai orang asing. Tapi, tanya hati.
Kenapa asyik menangis terhadap lelaki milik perempuan lain?
-tbc-
A/N:
Tuuuu. Jae Kyung kesayangan korang dah sampai. 😂
Hahahahahahahhaha. Oofff.💏
Sinetron makin panas dan panas.🌚
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top