🎮03

His Roommate 3 • kth

Susuk tubuh tinggi lampai itu berdiri kaku di hadapan tingkap bilik air yang terbuka separuh.

Dia hairan dengan tingkah laku aneh Jeon Jungkook. Skrin telefon pintar itu ditenungnya sehingga hati sendiri mengucap perkataan 'suka' dan 'bahagia'.

"Kau gila, Jungkook. Apa motif kau hantar gambar wife kau dekat aku? Aku yakin kau tersilap tekan ni. Uhuh, dia nampak cantik. C-cantik sangat."puji Taehyung. Gambar itu dibiarkan tersimpan di dalam galeri telefon.

Taehyung menghembus nafas dalam sekali percubaan. Jari-jemarinya lincah membuka butang-butang baju kemeja putih yang tersarung elok di badannya.

"Sebenarnya kau yang gila, Taehyung. Bini orang kau nak angau. Padahal, aku baru tengok muka dia untuk kali pertama. Kau bodoh. Bodoh!"rungut Taehyung. Air yang mengalir keluar dari paip sinki dicurahkan ke permukaan wajah.

Skrin telefon pintar itu dibiarkan cerah menyala. Gambar Jae Yoon tersenyum manis dikerling dari hujung mata.

"Jeon Jae Yoon. Dia milik Jeon. Bukan aku. Kawal nafsu dan gerak hati liar kau Kim Taehyung. Persahabatan kau dengan Jeon takkan musnah semata-mata seorang perempuan kan?"monolog Taehyung supaya emosinya beransur stabil.

Pintu bilik air diketuk bertalu-talu. Taehyung mengerutkan dahi tika suara Ryujin mengganggu mood sendunya pada petang itu.

----

Ryujin meletakkan pinggan berisi pasta di hadapan abang angkatnya. Setiap pergerakan lanjut dari wajah dan badan Kim Taehyung menjadi sumber maklumat utama baginya.

"Oppa, dah jatuh cinta ke? Cuba kongsi dengan Ryu. Iyakan jatuh cinta kan. Iyakan iyakan benarkan."sindir Ryujin menggunakan nada suara sekuat speaker.

Taehyung mendecit geram. Dia tekup mulut gadis hiperaktif itu menggunakan telapak tangannya.

"Kau diam ah budak. Kau kecik lagi. Hal orang dewasa kau tak payah masuk campur."bidas Taehyung.

Tangannya menyuap gulungan pasta ke dalam mulut. Telinga lelaki itu mengesan bunyi bisikan halus suara Ryujin di telinga kirinya.

"Syarikat kau perlukan orang kan. Dengar kata jawatan setiausaha tengah kosong. Nak Ryu yang cantik lagikan gojes ini tolong carikan calon secretary ke?"

Taehyung menggelengkan kepala. Cadangan yang diutarakan oleh Shin Ryujin ditolak mentah-mentah. Malas dia hendak mencari setiausaha baru.

Alasannya? Sikap cerewet lelaki itu menjadi punca setiausaha yang lepas meletak jawatan.

"Apa kata oppa ambil je isteri Encik Jeon jadi setiausaha? Anak diorang dah besar. Adalah peluang unnie Jae Yoon untuk isi masa lapang. Bernas kan cadangan Ryu?"tutur kata Ryujin menghentikan segala pergerakan Taehyung.

Pinggan pasta yang masih berbaki sedikit ditolak ke tepi. Taehyung menjeling tajam ke arah Ryujin.

"Eh, cepat betul marah. Oppa ada simpan crush terlarang ke dekat kakak Jae? Iyakan iyakan?"

Taehyung tidak menjawab tuduhan yang dilemparkan Ryujin. Jika dia jawab, makin galak budak nakal itu mengusik.

"Jangan buat aku kahwinkan kau dengan oppa kuali pink yang kau benci tu. Kau diam Ryujin. Aku tak nak Jeon Jae Yoon. Cari orang lain."

Ryujin menutup mulut. Dia menghentakkan kaki di atas lantai kerana dirinya memprotes gelagat menyakitkan hati abang angkatnya.

"Aduh, aku nak report apa dekat Jungkook nanti? Takde peluanglah nak dapat duit angpau. Ugh."

-tbc-

A/N:

Dua update untuk hari ini. ❤

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top