🚻03

His Roommate | KTH

--

A/N:

Sweet Reminder: [Jae Yoon/Jae Yoong orang yang sama]

Terima kasih kerana sudi letak story ini di dalam library serta reading list korang.

Hope you will like it more after this.

Selamat membaca !

-----

"S-siapa putera Tae dan apa kaitannya dengan aku?"Jae Yoon soal sekali lagi walaupun Putera Jeon sudah menyatakan lelaki itu adalah abang sulungnya.

Gadis itu sudah mula menerima hakikat bahawa dia kebetulannya menyamar menjadi seorang lelaki pada zaman itu dan hakikat yang terlindung itu harus dia jaga sebaik mungkin.

Mana tidaknya, dia sendiri masih baru di zaman Joseon itu. Seorang manusia pun belum dikenalinya dengan lebih rapat.

Tersilap langkah, dia juga akan binasa kelak. Putera diraja bongsu bernama Jeon Jungkook itu berdiri menghadap susuk tubuh badan sahabat baiknya.

Keningnya dijengketkan sedikit. Riak wajahnya sudah bertukar. Lantas, Jae Yoon yang sedang sabar menanti jawapan lelaki itu menjadi semakin gelisah.

"Dia, abang sulung aku. Kami berkongsi bapa yang sama. Cuma berlainan ibu sahaja. Biasalah, kau pun tahu yang abang aku ni garang sikit. Tersilap sedikit, memang habis kau dikerjakannya.Takkan lepas jatuh tangga, memori terindah kau dengan abang aku pun terpadam? Nampak sangat kau geram dekat dia, Jae Yoong!"bebel Jungkook begitu panjang.

Wajah Jae Yoong dipandangnya lama. Fikiran Jungkook sudah melayang memikirkan sesuatu. Ada sesuatu yang aneh dengan sikap Min Jae Yoong. Dia sendiri akan menyiasatnya kelak.

Bagi Jungkook, Jae Yoong seolah-olah sedang menyorokkan sesuatu daripadanya.

"Aku minta diri dulu untuk berangkat ke Istana. Esok kita jumpa di kelas dan asrama baru. Aku harap sangat aku dapat jadi teman sebilik kau. Jaga diri, Jae Yoong!"ujar Jeon Jungkook sebelum dia beredar dari bilik sahabat baiknya.

Jae Yoon atau nama lelakinya Jae Yoong mengerutkan kening untuk kali yang sudah tidak dapat dibilang. Bibirnya mengukirkan senyuman penuh gementar.

Gadis itu masih baru di zaman itu. Dia masih tidak bersedia untuk bertemu manusia yang baru. Tetapi, malangnya dia tidak membantah.

Jae Yoon perlu sedar akan sesuatu. Permulaan hidupnya di zaman Joseon baru sahaja hendak bermula.

---

"Jaga diri, Min Jae Yoon. Kau tahu kan aku tak dapat nak pantau keadaan kau nanti. Dua minggu dari sekarang, aku akan singgah melawat kau. J-jangan sesekali dedahkan rahsia kau menyamar jadi lelaki. Ini semua untuk kebaikan kau. Janji dengan aku?"pinta Min Yoongi kepada aku.

Jujur aku masih tidak dapat meneka tujuan utama aku menyamar jadi lelaki pada zaman lampau ini. Sedar aje dah lengkap berpakaian hanbok versi lelaki. Aku yakin kebenaran akan terdedah juga nanti.

Min Yoongi yang merangkap sebagai abang tiriku maju selangkah ke hadapan. Tangannya memaut bahu aku. Lantas, tubuh badan aku terdorong ke dalam pelukannya yang erat.

Tetiba aje, pipiku terasa membahang. Perlakuannya yang semanis gula sememangnya membuatkan aku hanyut dilamun mimpi.

"Sekarang, kau bukan lagi Cik Muda Jae Yoon. K-kau adalah Tuan Muda Jae Yoong. Selamat menghadiri kelas dan aku nak kau capai impian kau. Ingat, aku sayang kau adik manja!"bisik Yoongi sebelum dia menyerahkan beg kain berisi baju dan peralatan diri kepada aku.

Bahuku ditepuk mesra buat kali terakhir. Aku memeluk kejap beg kain tersebut dan mataku menghantar pemergian abang tiriku.

"T-terima kasih untuk perkenalan singkat kita, Min Yoongi. Aku harap aku akan berjaya hidup dalam zaman Joseon ini."ujarku ringkas. Sekadar membakar semangat di hati.

---

Balai Ilmu Bangtaneul

Jae Yoon melangkah perlahan memasuki Balai Ilmu Bangtaneul yang menjadi tempat menimba ilmu golongan bangsawan dan golongan diraja pada zaman Joseon. Mulutnya melopong luas sambil matanya tidak berhenti merenung sekitar kawasan balai ilmu tersebut.

"Gempak gila bangunan rekaan zaman klasik ni. T-tapi kan, aku sekarang dah pening. Aku nak pergi mana dulu?"ujar Jae Yoon terpinga-pinga melihat kawasan sekitarnya sudah mula dipenuhi ramai orang yang sedang sibuk menjinjing beg pakaian masing-masing.

Kudrat wanitanya yang lemah membuatkan Jae Yoon terkial-kial melangkah ke arah sekelompok lelaki yang sedang berbaris mengambil kunci bilik.

"Tuan Muda Min Jae Yoong, bilik tuan terletak di sudut paling hujung berdekatan pohon itu. Teman sebilik tuan masih dalam perjalanan. Selamat berehat dan diingatkan malam orientasi pada jam lapan malam nanti."pesan seorang lelaki berumur lewat 50-an. Tangannya meletakkan kunci di telapak tangan Jae Yoon.

Jae Yoon hanya mengangguk tanpa menuturkan sebarang kata. Beg pakaiannya yang berat diheret penuh keazaman sehingga kakinya sampai juga di bilik tersebut.

"Fuh, aku kena bersemangat sedikit. Lepas ni, aku perlu aktif. Aku tak boleh duduk diam aje. Tak naklah terperangkap dalam zaman kuno ni lama-lama. Boleh mati kebosanan aku!"ujar Jae Yoon sambil sebelah tangannya sudah memasukkan kunci di dalam lubang.

Selesai membuka pintu, riak wajah Jae Yoon bertukar ceria. Matanya tertumpu kepada dua buah katil yang terletak elok di satu sudut dalam bilik yang baru dihuninya.

Wanita itu meletakkan beg pakaiannya di lantai. Kakinya melompat naik ke atas katil. Katil yang empuk itu semakin menggodanya. Akhirnya, sekelip mata kelopak mata Jae Yoon tertutup rapat.

Begitu pantas dia dilamun mimpi sehingga lelaki misteri yang merupakan teman sebiliknya sudah berdiri di hadapan pintu bilik.

---

Lelaki misteri itu meletakkan beg pakaiannya di atas katil. Katil baru miliknya berhadapan dengan katil yang sedang menempatkan susuk tubuh Min Jae Yoon yang tidak sedarkan diri.

"Tak sangka budak lembik ni jadi teman sebilik aku, tsk. Nasib kau tidur. Kalau kau bangun, lagi menyampah aku lihat muka kau."

Bibirnya terus tertutup rapat apabila dia selesai menghamburkan kata-kata benci kepada Min Jae Yoong yang paling dimusuhinya itu.

Tangannya mengepal satu penumbuk kecil. Pandangan matanya terus dihalakan ke arah luar tingkap yang sedikit terbuka.

Angin petang yang menderu lembut menyapa kedua-dua pipi milik lelaki itu. Kelopak matanya dipejamkan agar segala perasaan benci terhadap teman sebiliknya itu dapat diredakan.

"A-aku benci kau dan keturunan kau, Min Jae Yoong. Betapa bagusnya kita jadi teman sebilik. Lagi memudahkan aku membalas dendam terhadap kau, budak lembik."

Lelaki itu bertutur dalam nada perlahan. Sesekali nafasnya terasa berat untuk dihembus. Matanya melemparkan renungan tajam terhadap Jae Yoon yang masih lena dilamun mimpi indah.

-TBC-


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top