🌸02

His Roommate • kth

Kim Taehyung segera menekan butang merah. Malas dia hendak berbual lama dengan tunangnya, si Jung Jae Kyung.

Mana tidaknya, tunangnya asyik mendesak agar tarikh perkahwinan mereka berdua dipercepatkan. Taehyung sudah buntu. Tangannya menggenggam telefon pintar bersama perasaan gelisah.

"A-aku tak suka langsung perempuan ni. Parents aku yang pilih. Hati aku tak rela. Jae Kyung terlalu annoying. Ugh."rungut Taehyung.

Pandangan matanya dialih pula ke luar tingkap. Suasana malam kota Seoul yang  indah tidak mampu menenangkan hati lelaki itu.

Skrin telefon pintar tersebut dinyalakan semula. Jari-jemari Taehyung ralit menekan nombor seseorang di skrin itu.

Panggilan yang dijawab pantas mewujudkan senyuman yang sinis di wajah Kim Taehyung. Bibirnya laju menuturkan rancangan yang dirancang sejak sekian lama.

"Culik mana-mana perempuan. Aku nak jadikan dia penyebab hubungan aku dan Jae Kyung musnah. Cepat urusan, lagi tinggi bayaran yang kau dapat."

Taehyung menarik nafas lega. Kelopak matanya dipejam serapat mungkin. Duit yang berkepuk di dalam poket berguna juga. Misi gila ini harus diteruskan agar pertunangan antara dia dan Jae Kyung akan terbatal kelak.

Oh, Taehyung. Liciknya lelaki ini gara-gara ingin terlepas daripada Jung Jae Kyung.

-tbc-

A/N:

Saya lambat sikit update kerana hari ini hari pertama saya keje.

So, harap korang sukakannya.❤

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top