🚻 02
His Roommate • KTH
--
A/N:
Diingatkan Jae Yoon/Jae Yoong orang yang sama. Dia sebenarnya perempuan. Kebetulannya waktu dia terjun dalam dunia Joseon, dia menyamar sebagai lelaki (jadi Jae Yoong)
Maafkan author sebab tak sempat balas komen. Maaf ye ♥ :')
-----
Rumah Bangsawan Min
Lelaki bernama Min Yoongi itu berdiri di luar pintu bilik adik tirinya, Min Jae Yoon. Sesekali dia menghembus nafas dengan kasar.
Fikirannya asyik tertumpu kepada keadaan Jae Yoon. Sudahlah rahsia wanita itu hampir terdedah apabila Jae Yoon jatuh tangga.
Nasib pada waktu itu, Yoongi kebetulan ingin pulang ke rumah sebentar. Ditemuinya jasad Jae Yoon yang sudah berlumuran darah di bahagian dahi akibat terjatuh tangga.
"Cik Muda Jae Yoon, kau cuai sangat. Kau suka buat aku r-risau."keluh Yoongi.
Badannya seolah dibaling batu kecil oleh seseorang dari arah belakang. Terus Yoongi menoleh.
Seorang lelaki berketurunan kerabat diraja melangkah ke arahnya. Sepantas kilat Min Yoongi menunduk hormat kepada putera bongsu Kerajaan Bangtaneul.
(Nama kerajaan ni akak main letak je,pfft. Hahahahaha)
"Patik menyembah hormat kedatangan Tuanku Putera Jeon Jungkook. Apa tujuan Tuanku datang ke rumah patik?"
Anak raja itu hanya tergelak kecil melihat perlakuan sahabat baiknya itu. Dia mendekati tubuh Min Yoongi. Tangannya menepuk perlahan bahu Yoongi berserta senyuman gembira di bibir.
"Tak usah ikut peraturan sangat sekarang ni. Hyung (abang), mana Jae Yoong? Saya dengar khabar dia jatuh tangga. Risau pula ni. Boleh saya tengok keadaan dia sekarang?"pinta Jungkook.
Min Yoongi serba-salah ingin menolak permintaan putera raja itu. Tetapi, setelah berfikir panjang, di mengangguk. Tangannya menunjukkan arah ke bilik yang menempatkan adik tirinya itu.
"Kau boleh jumpa Jae Yoong. T-tapi ingat, jangan paksa dia bangun. Kalau dia sedar, bagi dia bertenang dulu. Keadaan dia tak bagus sangat."
Jeon Jungkook mengangkat tangan menunjukkan isyarat bagus. Langkahnya diatur menuju ke bilik Jae Yoong.
Bukan setakat Yoongi, Jeon Jungkook juga antara rakan karib Min Jae Yoong pada era Jooseon tersebut.
---
Aku menggerakkan tubuh dengan lembut. Perasaan gementar dengan mimpi yang baru aku alami membuatkan aku takut untuk bangun dari tidur.
Perlahan-lahan kelopak mataku dibuka, suasana zaman dahulu kala tetap tidak berubah. Aku pandang pula pakaian yang aku pakai.
"Damn, semua ni mengarut. A-aku dah gila agaknya. Fuh, tenang Jae Yoon, tenang!"aku ujarkan kepada diri dalam nada separuh berbisik.
"Kau baik-baik sahaja kan, Jae Yoong?"
Ah sudah, lelaki mana pulak ni. Sudahlah aku mula yakin aku sudah melangkah ke zaman Jooseon. Kejutan budaya yang aku alami belum surut, datang pula manusia baru.
"S-siapa kau?"
Wajahnya kacaknya terserlah aura baby face. Lelaki berpakaian hanbok berwarna hijau bersama buku di pangkuan ribanya memandang ke luar tingkap bilik yang terbuka.
"Jae Yoong, kau jangan buat-buat lupa? Nanti kelas kita semua bermula esok hari. Apa kau sudah lupa, Tuan Muda Jae Yoong?"
Aku mengerutkan dahi. Kelas? Panggilan dia pun berbeza. Mungkin lelaki berwajah suci di hadapan aku ini menganggap aku lelaki gamaknya.
"Kau s-siapa? Aku l-lelaki eh?"
Soalan mengeling tahap dewa aku utarakan kepada lelaki itu. Meletus ketawa besar daripada mulutnya.
Matanya berair akibat gelakan sakan terhadap soalan pelik aku.
Aku tahu aku aneh. Persoalannya sekarang, aku terpaksa. Lagipun aku kenal dia pun tidak.
---
"Aku Putera Diraja Kerajaan Bangtaneu. Orang panggil aku Putera Jeon. Kau pula suka panggil aku Juon Jengkuk. Sudah tentulah kau lelaki. Ataupun kau nak aku buka baju kau? Buktikan kau lelaki?"
Soal lelaki bernama Jeon Jungkook itu kepada Jae Yoon.
Jae Yoon menyilangkan lengannya di dada. Cuak wanita itu akibat digertak oleh putera yang nakal bernama Jeon Jungkook.
"B-baik. Aku lelaki . Ya, aku l-lelaki! Apa k-kau buat di sini wahai putera?"
Jungkook bangun dari duduk. Buku yang berada di riba, dia campak ke tepi.
Kedua-dua telapak tangannya ditekapkan di pipi wanita tersebut. Satu ciuman sepantas kilat dihadiahkannya di atas dahi Jae Yoon yang berbalut.
Jae Yoon tergamam. Lalu, tangannya diletakkan di atas dada bidang Jeon Jungkook agar lelaki itu tidak terus mara mendekati wajahnya.
"Aku rindulah nak usik kau, Min Jae Yoong. Kau beruntung tahu? Sebab ada aku, kau taklah kena buli teruk dengan abang sulung aku, Si Tae tu."
Sekali lagi, aku mengerutkan dahi. Nama lelaki berhuruf 'T' pula yang aku sudah kenali di zaman ini.
Aku mengetap bibir. Senyuman tidak ikhlas aku beri kepada putera raja tersebut.
Aku kena buli pada zaman Joseon ni? Biar benar dong. Enggak percaya dong.
Aku mencapai pergelangan tangan Jeon Jungkook. Mulutku sudah gatal ingin bertanya soalan selanjutnya.
Entah. Hati aku seolah mendesak agar aku ingin tahu dan kenal abangnya itu.
"S-siapa Putera Tae dan apa kaitannya dengan aku?"
-TBC-
A/N:
Bagi saya, sememangnya agak mencabar untuk hasilkan karya berbentuk lama ini.
Sokongan korang saya harapkan agar saya dapat teruskan karya sendu ini sehingga tamat.
Haahhahah.
Pakat-pakat komen dan hadiahkan likes jika suka.
Saya purple korang.
Selamat pagi. 🎈
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top