🌸01

His Roommate 2 • kth

🚣

Bunyi deringan alarm telefon pintar mengejutkan Taehyung daripada tidur yang nyenyak.

Nafasnya menderu laju. Telapak tangannya dibawa untuk mengurut permukaan dada yang terasa sakit.

Sudah beberapa hari mimpi itu mengganggu fikirannya. Taehyung bertambah gelisah kerana mimpinya itu berkisarkan zaman yang lama.

Suasananya adalah zaman Joseon. Ditambah pula dengan pakaian diraja yang tersarung megah di tubuh badannya, lelaki itu inginkan jawapan.

Mimpi itu seakan kabur kerana wajah perempuan tersebut tidak kelihatan. Hanya babak Taehyung memeluk pinggang wanita itu sambil menangis teresak-esak tersimpan kukuh di fikiran.

"S-siapa kau wahai wanita misteri? Hati aku kerap menangis kerana asyik teringatkan kau."ujarnya separuh berbisik.

Pinggang Kim Taehyung dipeluk dari arah belakang oleh seseorang. Bahunya pula menjadi tempat sasaran bibir wanita yang bergelar tunangnya itu.

"Buat apa ni sayang? Tidurlah. Lambat lagi nak tunggu pagi. Jae Kyung mengantuk. Erm."

Taehyung segera mengelap air mata yang berbaki di tubir mata. Dia segera membaringkan diri semula di atas katil.

Lengan tunangnya, Jung Jae Kyung yang setia memeluk erat tidak mampu menenangkan hati Taehyung yang sedang dilanda perasaan sedih.

Perempuan di dalam mimpi itu masih kekal misteri. Taehyung gagal merungkai segala persoalan yang terkandung di sebalik mimpi itu.

"A-aku dapat rasakan semua ini bukan mimpi."bisik Taehyung di dalam hati.

-tbc-

A/N:

Bab yang ringkas tapi padat gitu.

Rileks, drama baru bermula.

Terkejut? Saya juga jungshook dengan bab ini. 😂

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top