THE END
☹️
---
"Se-Sean..."
Miyoung mengangkat tangan, cuba mencapai anak lelakinya yang kini sudah berusia 16 tahun. Wanita itu tak dapat bergerak atas suatu sebab.
Sean sungguh tampan tetapi cantik lebih mendominasi wajahnya. Dia tampak sungguh seiras dengan Miyoung. Hanya saja, tak seperti wajah mereka yang seperti kembar, Sean sangat terbalik dengan Miyoung.
Wajah Sean datar dan dingin menatap Miyoung. Dia tidak bergerak dan berlindung di balik Sehun.
"Seana..." Lembut Miyoung memanggil pada anak gadisnya. Seana pula sangat seiras dengan Sehun.
Dia tak seramah Miyoung dan lebih dikenali sebagai anak ayah.
"Seana tolong mami..." Rayu Miyoung. Sungguh Miyoung tak tahu mengapa dirinya tiba-tiba meminta pertolongan daripada Sean dan Seana.
Bahkan dia juga hairan bagaimana dia tahu nama dua manusia asing di sisi Sehun itu. Ada sesuatu yang terjadi, tapi Miyount belum mengetahuinya.
"Ini salah mami sendiri," ujar Seana dengan wajah tegasnya. Gadis itu merangkul lengan Sehun dengan manja dan memeluknya erat.
"Kalau mami dengar cakap daddy, daddy takkan patahkan kaki mami. Ini salah mami sebab jadi isteri yang derhaka. Lagipula mana ada isteri yang nak lari dari suami sendiri. Suami yang sebaik daddy lagi. Mami tak bersyukur jadi perempuan."
Miyoung membeliakkan mata mendengar kata-kata anak gadisnya itu. Terus kepalanya menoleh ke belakang, melihat kakinya yang sudah tiada.
Tiba-tiba sahaja badannya yang tadi meniarap diatas lantai, berubah menjadi duduk diatas kerusi roda. Ketiga anak-beranak itu masih ada di hadapannya.
"Isteri yang baik akan dapat balasan baik. Sementara isteri yang jahat, perlu dihukum macam mami." Tambah Sean.
Kepala anak lelakinya itu dielus oleh Sehun yang terlihat bangga dengan didikannya. Di sebelahnya satu lagi pula terlihat Seana yang sedang memeluk Sehun seolah-olah ia adalah cinta pertamanya.
Mereka berdua, Sean dan Seana adalah orang yang paling taat pada Sehun di rumah ini. Terkadang, mereka hanya akan diam saat Miyoung dimarahi kerana tak mendengar kata, dan akan ikut mencemuh kerana Miyoung seringkali membuat Sehun naik angin.
Bagi mereka, Sehun itu ayah yang sempurna. Sehun selalu memanjakan mereka dan tidak pernah melarang mereka melakukan apa-apa. Sehun juga banyak mengajar mereka hal-hal baru yang sering anak-anak mahukan.
Masa lapang mereka juga lebih banyak diluangkan bersama Sehun daripada Miyoung dek kerana lelaki itu merasakan cukup dirinya sahaja yang memonopoli Miyoung.
Tanpa sedar, keadaan itu membuat Sean dan Seana renggang dengan Miyoung. Bagi mereka, Miyoung adalah perampas ayah kesayangan mereka. Namun, Sehun tidak berfikir sedemikian.
Keadaan bertukar lagi dan diperlihatkan Miyoung yang berada tak jauh dari Sean, Seana dan Sehun yang sedang bersiap untuk bergambar di bawah pohon oak. Miyoung masih tetap duduk diatas kerusi roda.
Mereka bertiga terlihat seperti keluarga sempurna tanpanya.
Pipinya tiba-tiba dicium oleh Sehun yang sedang tersenyum megah.
"Masa bergambar keluarga kita, sayang. Senyum dan jangan sampai Sean dan Seana badmood." Tekan Sehun. Miyoung didukung dan dibawa duduk di atas hamparan tikar.
Wanita itu didudukkan diatas paha Sehun. Miyoung dipeluk dari belakang sementara Sean berdiri di belakang Sehun dan Seana pula bersimpuh di sebelah sang ayah.
Ini bukan kehidupan yang Miyoung inginkan.
Anak-anak yang jijik dan membencinya adalah hal yang paling jauh sekali Miyoung inginkan. Miyoung tak ingin hidup di sini.
Secara tiba-tiba, hidungnya mengeluarkan darah yang tak henti. Sehun dan fotografer berteriak cemas sementara Miyoung menatap langit yang runtuh.
"Peaches!"
"Peaches!"
---
"Wife!!!"
Miyoung tersedar dari tidurnya dengan pipi yang basah. Matanya melilau ke sekeliling, melihat Sehun yang sedang mengusap air matanya.
Lelaki itu memakai pakaian pelindung seperti baru keluar dari ruangan bedah. Sehun tersenyum seraya berganjak mengambil sesuatu.
"Wife, tengok anak kita. They're twins."
Sehun membawa keduanya mendekati Miyoung yang masih lagi kebingungan. Miyoung mengangkat tangannya, melihat jarum yang disuntik pada tangannya. Dia belum dapat mencerna sepenuhnya apa yang telah terjadi.
"Anak kita?" Tanya Miyoung.
"Mereka sepasang. Lelaki dan perempuan. Mereka nampak seiras macam kita. Thank you."
Sehun menyerahkan kembali bayi itu kepada jururawat lantas duduk diatas katil Miyoung, menarik tengkuk wanita itu dan mencium dahi dan bibirnya.
Barulah Miyoung teringat dirinya sudah cukup sembilan bulan buat melahirkan. Dia terdiam melihat dua bayi yang sedang diuruskan oleh jururawat.
Sehun sedang mengomel sesuatu padanya namun Miyoung tak fokus. Dia cuma teringat pada mimpinya tadi.
"Ini bukan hospital..." Gumam Miyoung. Sehun mengangguk.
"Bukan. Ini ruang bawah tanah. Maaf wife. Tadi wife mendadak nak bersalin. Wife tak sempat pun makan ubat. Aku ambilkan yang baru sekejap lagi hm?"
Sehun mengelus rambut panjang Miyoung dengan penuh sayang. Perut Miyoung juga diusap.
Miyoung meremas selimut tanpa disedari. Kepalanya kembali berdenyut seperti beberapa minggu sebelumnya. Semuanya terjadi tatkala Miyoung tak sengaja lupa untuk memakan ubat tanpa pengawasan Sehun.
Kepalanya tiba-tiba migrain dan ingatan aneh mulai muncul. Ada ingatan tentang Sehun yang membunuh orang serta cuba mengurungnya.
Miyoung tak pernah bercerita pada Sehun kerana takut lelaki itu marah. Ditambah dia sedang mengandung. Miyoung tak mahu dianggap berhalusinasi sampai perlu mengambil ubat lagi.
Tetapi, sejak kejadian itu, Miyoung jadi was-was untuk menelan ubat itu lagi. Biarpun sudah menelannya, sakit kepalanya tetap akan kembali. Ianya seolah memberi peringatan pada Miyoung.
"Wife, cukuplah anak kita dua je. Jujur, aku takut sangat tengok kau sakit-sakit meneran tadi. Kalau sampai kau tak bangun tadi, entah apa yang akan aku buat pada mereka yang dah sakitkan kau," luah Sehun, membuat Miyoung tersentak.
Sehun masih Sehun di sini. Tak akan segan membunuh sesiapa yang menyakiti pusat dunianya. Sehun yang ini belum berpihak pada Sean dan Seana lagi.
Secara tak langsung memberitahu bahawa dia tak segan membunuh kembar itu andai Miyoung meninggal tadi.
"Kalau aku tahu sesakit ini melahirkan, aku akan ambil vasektomi. Atau perlu aku schedulekan besok? Tapi nanti tak ada yang nak jaga kau, wife. Tak boleh, tak boleh. Apa pandangan wife?"
Sehun mengerdipkan matanya berkali-kali, menunggu respon Miyoung. Wanita itu pula sedikit terpinga-pinga mendengar kata-kata Sehun.
Miyoung jadi dilema. Sehun sangat menyayanginya.
Entah kenapa Sehun yang manja terlihat sangat innocent, jauh berbeza dengan apa yang dia lihat di memorinya. Miyoung menangkup pipi Sehun, membuat Sehun memejamkan matanya.
"Sehun."
"Suami, wife. Bukan Sehun."
Miyoung mengangguk. "Suami betul-betul sayangkan saya bukan?"
Sehun berdehem, masih lagi menikmati usapan Miyoung pada pipinya. Tangannya terangkat memegang tangan Miyoung dan menciumnya beberapa kali.
"Kalau macam tu, jangan halang saya untuk jaga anak kita. Saya nak belajar jadi ibu yang baik untuk mereka. Tapi, saya takkan pernah abaikan suami. Malah saya akan lebih sayangkan suami dari mereka. Boleh?"
Miyoung takut mimpinya menjadi nyata. Tidak pasti memori dan mimpi itu saling berkaitan atau tidak, tapi Miyoung hanya mahu berjaga-jaga. Ada sesuatu yang mencurigakan tentang Sehun dan juga perihal ubat yang dia konsumsi.
Mata Sehun celik. Dia sedang memikirkan sesuatu.
"Wife tahu dari mana aku tak mahu wife jaga anak kita?" Tanya Sehun. Miyoung menelan air liur, gugup.
"Aku cuma tak mahu wife lelah. Tapi kalau wife tak mahu ada nanny yang jagakan anak kita, tak apa, aku akan ikut permintaan wife. Suami pun tak sabar nak jadi ayah yang baik."
Sehun tersenyum. Tangan lelaki itu menyusup ke celahan rambut Miyoung, menyentuh kesan luka di sana. Tanpa disedari, membuat Miyoung melihat satu bayangan yang telah lama terlupakan.
Senyuman ngeri Sehun saat mengurung Miyoung dulu. Tapi bayangannya hanya datang sesaat dua.
Baru sahaja ingin mengelamun, Miyoung disogohkan dengan pemandangan ubat berwarna pink sederhana besar yang sering dimakannya. Sepertinya Sehun mengambil stok baru setelah yang lama dicampak ke tanah oleh Miyoung kerana perutnya yang tiba-tiba cramp sebelum melahirkan.
"Masa untuk makan ubat," ujar Sehun. Miyoung menghalang tangan Sehun yang ingin membuka penutup botol ubat tak berlabel itu.
"Suami, sampai bila lagi saya perlu makan ubat ni?" Tanya Miyoung, ragu-ragu.
"Sampai wife sihat."
''Tapi saya dah sihat. Betul-betul sihat."
"Tidak, wife. Wife belum sihat. Dengar cakap suami dan jadi isteri yang patuh ya? Kalau wife dengar, nanti suami bawa jumpa anak-anak kita dekat ruangan sebelah. Okey?"
Sehun menghalakan ubat tersebut pada bibir Miyoung. Lelaki itu tersenyum dengan wajah tak bersalah. Nada suara memujuknya kedengaran seperti nada mengugut.
Lagi-lagi Sehun seolah mengatakan dirinya tak akan dibenarkan bertemu si kembar jika melawan.
Miyoung baru sedar akan semua ini. Sisi ngeri Sehun masih ada, namun sedang tertidur kerana lelaki itu masih berfikir yang dia sedang amnesia.
Tanpa Sehun ketahui yang memori lama Miyoung telah kembali atas kelalaian wanita itu sendiri.
Miyoung menelan ubat tersebut dan berpura-pura tenang.
"Good girl. Sebab ini aku sayang pada wife. Wife seorang yang penurut. Aku boleh gila sebab wife seorang."
"Saya sayangkan suami juga. Suami, wife rasa penat. Nak tidur." Kepala Miyoung semakin sakit.
Kesan sampingannya telah memunculkan diri.
Sehun mengangguk faham lantas naik keatas katil bersama Miyoung. Daripada melawat anaknya yang baru lahir, Sehun lebih memilih menemani Miyoung.
"Tidurlah. Bila wife bangun, ada banyak tugas yang wife perlu buat sebagai seorang ibu. Jangan penat-penat. Suami tak suka tengok wife sakit."
Miyoung mengeratkan pelukan pada Sehun, seperti yang Miyoung versi amnesia bakal lakukan. Iaitu cinta mati pada Sehun.
Miyoung ingat semuanya sekarang. Tentang bagaimana Sehun sanggup membuat dirinya kemalangan sampai amnesia hanya kerana tak ingin melepaskannya.
Jika begitu, maka semuanya harus kekal begini. Andai Miyoung hanya sendiri sekarang, mungkin dia akan benar-benar mencari jalan untuk pergi.
Namun sayang, dia sudah memiliki anak yang bakal menjadi penghalang dirinya lari. Miyoung tak boleh ego.
Miyoung perlu melindungi anak-anaknya daripada tercemar dengan pemikiran toksik Sehun. Miyoung tak mahu Sean atau Seana mencemuh dirinya.
Miyoung tak mahu twin S lebih menyayangi Sehun daripada dirinya. Maka dari itu, dia perlu mendekati kedua anaknya mulai sekarang.
Menjauhkan mereka dari hasutan Sehun.
Tak mengapa dirinya tersekat dengan Sehun selama-lamanya.
Cukup Sean dan Seana tak memiliki sifat ngeri seperti dalam mimpinya, Miyoung bersyukur.
Cukup Sean dan Seana menyebelahi, menyayangi dan melindunginya kala mereka dewasa nanti. Miyoung akan sangat-sangat bersyukur.
Dengan itu, keinginan Sehun menjalin cinta dengan Miyoung dan memiliki keluarga yang bahagia akan termakbul. Tanpa perlu mengorbankan sesiapa.
Yang Miyoung perlu lakukan hanyalah kekal dalam permainan Sehun, menjadi boneka kayu yang dikawal oleh tuannya tanpa bantahan.
Boneka kayu cantik yang bakal dijaga oleh tuannya dengan baik sampai akhir hayat.
Tak mengapalah menjadi milik si dia, Oh Sehun.
Demi anak-anak.
"Semuanya akan baik-baik sahaja."
The End
Maaf kalau ending tak sesuai expectations korang 🙏
Terima kasih pada yang sudi baca sampai akhir! Love youuuu love youuu
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top