Special Chapter
Hope you like it ❤️
"Ean main tipu!"
Seana memekik, melempar dedauanan kerana marah tatkala Sean menembaknya dengan pistol air. Sean, si abang mengelak sambil menyambung menembak adik yang keluar lewat lima minit selepasnya.
"Raksasa gorgon bernama Ana masih tak dapat ditumbangkan, roger! Hantar bantuan, White Cobra, roger!"
Sean memberi isyarat pada orang kanannya yang sedang bersembunyi di belakang pokok. Sehun yang menerima arahan terus menembak Seana dari belakang.
"Roger back, Little Black Cobra!"
Kerana ulah keduanya, Seana mulai menangis dek kerana menganggap permainan ini tidak adil. Seana tak mahu menjadi raksasa di sini. Dia mahu menjadi ejen juga tapi Sean tak membenarkannya.
"Tak aci! Mommy!"
Sean dan Sehun terus high-five, gembira kerana menang sementara Seana menangis tak henti-henti. Gadis itu melempar kasutnya sampai terkena muka Sehun.
Dengan marah Seana menarik rambut Sean sampai abang awal lima minitnya pula yang menjerit. Genggaman Seana terlalu kuat sampai Sean pun tak boleh melawan.
Seana menggila. Dia geram kerana Sean selalu berlebihan dalam membulinya. Dia tak pernah diberi peluang menjadi hero sebaliknya asyik disuruh menjadi villain.
Kalau main rumah-rumah pun begitu. Seana bukannya menjadi isteri kepada Sean, tapi malah disuruh menjadi pembantu. Kalau bukan pembantu, mungkin mailman, random makcik jual karipap, makcik bawang atau ejen insurans. Yang menjadi isteri adalah mainan optimus prime. Seana berdendam.
"Atitttt! Daddy tolonggg!"
"Ana sayang, lepas sayang."
Sehun kalut. Anak jantan perkasanya menangis lebih kuat daripada Seana sekarang. Dia cuba melepaskan genggaman Seana tetapi tak berjaya.
Sehun jadi teringat saat Seana hampir mematahkan jarinya sewaktu gadis itu masih berusia satu tahun. Kala itu, Sehun cuma menghulurkan jari untuk dipegang Seana.
Tak sangka Seana malah menggenggamnya dengan erat. Macam melepas geram dan dendam.
"Daddy!!!"
Seana berganti menarik rambut Sehun pula. Kini, kedua lelaki itu diganyang oleh Seana. Mereka berdua saling beradu mengaduh kesakitan. Mana mungkin Sehun mencubit Seana semata-mata ingin terlepas.
Kalau Miyoung tahu Seana dicubit, yang ada dia bakal—
"Sehun!!!"
Teriakan bergema Miyoung membuat hati kedua lelaki itu lega. Mereka menatap pada Miyoung dengan tatapan paling menyedihkan seolah-olah tak bersalah.
"Wifeee!"
"Mommy!!!"
"Ana..."
Miyoung bercekak pinggang, lagi-lagi berhadapan dengan Sehun dan Sean yang dihajar oleh Seana.
"Mommy... Diorang yang... diorang yang buli Anaaaa!" Seana melepaskan genggaman dan berlari memeluk kaki Miyoung.
Miyoung terus melutut, menghapus air mata Seana dengan hujung lengan bajunya. Hatinya terlalu lembut untuk memarahi Seana, si bungsu yang comel.
"Ean nak main je..." ujar Sean sambil bermain dengan hujung jarinya. Dia tersengguk-sengguk dengan hingus yang mengalir dari hidungnya.
"Come here, Ean." Panggil Miyoung. Sean terus berlari memeluk Miyoung, mengabaikan tatapan tak puas hati dari Seana.
"Ean, Ean boleh main dengan adik. Tapi Ean tak boleh buli adik. Kalau adik tak mahu main lagi dengan Ean nanti macam mana? Ean sayang Ana tak?"
Sean mengangguk, dengan mata yang semakin bertakung.
"Ana tak mahu main lagi dengan Ean?" Soalnya, sendu. Miyoung menjongket bahu, tak ada jawapan untuk itu.
"Mommy tak tahu. Cuba bayang kalau Ana main kasar dengan Ean, Ean nak main lagi dengan Ana?"
Sean mengingat semula pukulan dan hukuman yang sentiasa Seana berikan setiap kali mereka bermain. Menyakitkan, tapi Sean tak pernah peduli kerana dia terbuai dengan alat mainannya.
Bila dengan mainannya, Sean tak akan peduli lagi pada rungutan Seana.
Sean tak berani membayangkan kalau Seana berkasar dengannya sewaktu bermain patung barbie. Sean juga tak mahu di makeup oleh Seana.
Akibat sering melihat Sehun yang didandan oleh Seana sampai perlu menjadi kuda unicorn gadis itu, Sean fikir dia lebih rela menurunkan egonya daripada menjadi mangsa seterusnya.
"Tak mahu..." cicit Sean dan membenamkan mukanya pada lengan Miyoung.
"Ana? Ana tak boleh pukul Ean macam tu. Kalau Ana tak suka, Ana boleh bagitahu Ean baik-baik, Ana tak mahu main dengan Ean. Kalau Ana berkeras dengan Ean, ada nampak Ean dengar cakap Ana?"
Seana menggeleng.
"Ana nak main lagi dengan Ean..." ujarnya. "Tapi Ean degil! Macam daddy!"
Mjyoung tergelak. "Eum, Ean kan anak daddy."
Sean terus menggeleng, membantah keras. "Ean anak mommy!!!" Teriaknya. Rasanya ada suara retak datang dari seseorang.
"Now, Ean minta maaf dengan Ana, dan Ana pun minta maaf dengan Ean."
Sean dan Seana masing-masing melepaskan pegangan dari Miyoung lantas menghulurkan tangan untuk bersalam.
"Ana, Ean minta maaf. Ean janji takkan main kasar lagi. Ana masih sayang Ean kan?"
"Ana pun minta maaf. Ana janji takkan pukul Ean lagi. Ana sayang Ean!"
Keduanya berpelukan, saling menumpahkan air mata. Kemudian, mereka memandang Miyoung, menunggu kata pujian dari wanita itu.
"Done, mommy!" Ujar keduanya, serentak.
"I'm proud of both of you, Sean, Seana. My lil pumpkin pie's."
Miyoung mengusap kepala mereka yang dibalas dengan ciuman pada pipi oleh keduanya. Pandangan penuh cinta diberikan oleh Sean dan Seana kepadanya. Miyoung gembira memiliki anak yang penurut seperti kembar ini.
"Ekhem! I'm here. What about me?"
Sehun berdehem, menunjuk pada dirinya yang sedang terduduk dengan rambut yang kusut seperti sarang burung dek kerana perbuatan Seana tadi.
Ketiga anak-beranak itu menoleh pada Sehun dengan pandangan tak berpuas hati seolah-olah Sehun telah menganggu moment indah mereka.
"What?" Protes Sehun.
Ketiganya menjelirkan lidah pada Sehun, berbisik seraya bangun dan meninggalkannya.
Miyoung sudah menyiapkan pie labu untuk mereka.
"Hei‐ Hei! Sean-Seana! Daddy ada dekat sini lagi ni. Takde siapa nak tolong ke? Sean, Sean anak daddy kan? Nanti daddy belikan Robux. Cakap je nak berapa. Seana! Seana kan princess kecil daddy. Seana tak mahu set lengkap rumah barbie? Kita beli satu village! Wi-wife! Wife I'm your pumpkin! Your original pumpkin! Pure! The first one! That's just my carbon copy! Sayanggg! You can't replace me like that!"
"Peachesss!"
---
Sudah tujuh tahun berlalu sejak kelahiran Sean dan Seana. Sejak hari mereka lahir, ianya bagaikan hari terpenting bagi kedua Sehun dan Miyoung. Seolah-olah cuti perayaan.
Sehun benar-benar seperti ayah idaman sekarang. Dia sangat baik kepada Sean-Seana sampaikan sanggup dibuli oleh kedua kembar itu. Tak kira sesibuk mana pun Sehun, dia tak akan pernah menolak permintaan Sean-Seana untuk bermain dengan mereka.
Sehun takut kalau penolakannya membuat si kembar kecewa padanya. Sehun sering kali memberitahu Miyoung, hal yang paling dia takutkan adalah tatapan kecewa dari Sean dan Seana. Sehun hanya ingin melihat senyuman dan tawa sahaja dari anaknya itu.
Selama tujuh tahun itu juga, Miyoung sebenarnya mengalami kejadian aneh. Kebelakangan ini, Miyoung terasa seperti melupakan sesuatu.
Dia sudah berhenti mengambil ubat yang diberikan oleh Sehun itu. Itu semua kerana pujuk rayuan dari Miyoung yang sudah muak perlu menelan ubat setiap masa. Dan Sehun pun cair kerana lemah dengan suara lembut Miyoung.
Tapi semenjak berhenti, penyakit lupa Miyoung semakin menjadi-jadi. Mujurlah ianya terjadi untuk sementara waktu. Tapi Miyoung yakin ada potongan memori yang tertinggal. Cuma dia tidak pasti yang mana.
Miyoung menekan benjolan pada lengannya yang semakin hari semakin gatal. Dia sudah memberitahu Sehun, tapi jawapannya hanyalah alergik biasa.
Rasanya Miyoung ingin mencabik daging pada lengannya demi menghilangkan benjolan aneh ini. Kadang-kadang, rasanya seperti direnjat elektrik pun ada kala Miyoung berjauhan dengan Sehun.
Rasa gatal itu kembali. Miyoung menekannya sambil masuk ke dalam rumah. Keadaan sepi tanpa cahaya dari lampu. Miyoung sengaja keluar di tengah malam untuk mengambil angin.
Hampir sahaja Miyoung melewati ruang tamu, renjatan elektrik itu kembali. Miyoung berhenti, meringis kesakitan. Matanya terus tertumpu pada cahaya yang keluar dari telefon Sehun yang kini berada di tengah-tengah ruang tamu.
"Where did you go, strolling around at midnight?" Tanya Sehun dengan nada yang menyeramkan. "Alone..."
Tanpa bersalah Miyoung mendekat. Sehun terus memegang dagu Miyoung, menunggu jawapan dari isteri tercintanya itu.
"Saya tak boleh tidur. Jadi saya keluar sekejap nak ambil angin. Awak terbangun?" Risau Miyoung. Dia tak tahu pula ketiadaannya disedari oleh Sehun. Fikirnya Sehun dah terlelap awal tadi.
Sehun mengangguk. "Rasa gatal lagi?" Tanya lelaki itu sambil mengelus tangan Miyoung.
Ianya dah merah sekarang kerana digaru.
"Hm. Kita pergi hospital boleh? Bengkaknya dah besar macam ni. Saya takut kalau ini bukan alergik biasa. Kalau berjangkit dengan anak-anak macam mana?"
Sehun tersenyum dan menarik Miyoung ke dalam pelukan. Dia menggeleng.
"Tak perlu ke hospital. Nanti saya panggilkan Doktor Yuta."
"Tapi—"
"Wife, awak tak percayakan saya?"
Sehun menekup pipi Miyoung, sedikit menekannya sampai berbekas kesan jarinya.
"Mestilah percaya."
"Then, kita tidur. Angin malam tak elok untuk awak."
"Kami," sela Miyoung, membuat Sehun hairan. Matanya menunduk kearah tangan Miyoung yang memegang perutnya sendiri.
"Kami, pumpkin."
Buat seketika, Sehun tercengang. Dia memegang kedua bahu Miyoung, seolah tak percaya.
"Ada- lagi?" Soalnya. Miyoung tergelak sambil mengangguk. Namun tak ada raut wajah gembira dari Sehun. Bagi Sehun, itu nightmare.
"No no no. Peaches, saya dah suruh makan pil kan? Kalau jadi apa-apa macam mana? Saya tak nak awak sakit lagi. Dia—"
"Kali ni saya tegaskan saya tak nak gugurkan Sehun!" Bantah Miyoung.
"Saya faham apa yang awak takutkan. Tapi awak tak boleh hidup dalam ketakutan selamanya. I love to be a mother, Sehun. Tolong jangan musnahkan kegembiraan saya... dan kegembiraan kita juga." Rayu Miyoung.
Dia tak mahu membunuh makhluk yang tak bersalah. Dia juga mahu Sehun berhenti hidup dalam ketakutan.
"Asalkan awak janji jangan pernah tinggalkan saya dan anak-anak kita."
"Saya takkan Sehun. Berhenti fikir semua orang akan mati lepas melahirkan. Please?"
Sehun memegang pergelangan tangan Miyoung, mengangguk lemah. Mudah untuk Miyoung katakan tapi sangat sukar untuk Sehun hentikan paranoia itu.
"Lelaki atau perempuan?" Tanya Sehun. Tangannya bertenggek di pinggang ramping Miyoung. Dia mengalihkan perbicaraan, tak mahu isterinya sedih.
"Belum tahu lagi. Patut ke kembar lagi?"
"Selagi tak senakal Sean dan Seana."
Miyoung terkekeh kecil lalu mengalungkan tangannya pada leher Sehun.
"I love you," bisik Miyoung. Berada berdekatan Sehun sekarang membuat Miyoung mengantuk. Mungkin kerana dah terlalu lewat. Perlahan-lahan matanya terkatup rapat.
Sehun mengusap rambut isterinya itu sambil bersenandung kecil. Dia terus mendukung Miyoung, membawanya masuk ke bilik. Lantas badan Miyoung ditutupi dengan selimut.
Sehun menarik lengan Miyoung yang terisi cip itu. Nampaknya ianya perlu ditukar dengan yang baru. Sehun mencium kawasan yang telah membengkak itu.
Hangat.
"Nampaknya kesan sampingan ubat tu dah berjalan ya?" Sehun tersenyum hambar. Tangannya tak berhenti mengusap lengan Miyoung dengan mata yang berair.
"Kau... betul-betul dah tak ingat ya?"
Sehun tahu Miyoung dah ingat semuanya sejak gadis itu berkelakuan aneh dulu. Dia yang menolak meminum ubat dan kadang-kadang mengawasinya dalam diam seolah-olah menunggu masa untuk menyerang.
Sebab itu, Sehun memenuhi permintaan Miyoung untuk berhenti mengambil ubat tersebut. Dia ingin melihat sejauh mana Miyoung akan bergerak. Tapi lama-kelamaan, isterinya itu bagaikan jasad tak bernyawa.
Ada kalanya Miyoung boleh terlupa dia sedang mandi, sampaikan boleh lemas dalam tab mandi. Ada juga dia hampir lupa dengan keberadaan anak sendiri.
Ada ketika Miyoung kembali mengingat semuanya, wanita itu mulai memaki-hamun Sehun, menangis sampai mengugut akan membawa Sean dan Seana pergi. Miyoung mengamuk habis-habisan.
Dan tak lama selepas itu Miyoung kembali sihat semula. Kembali tak mengingat apa yang terjadi.
Sehun jadi buntu. Kata Doktor Yuta ini bukan amnesia.
Doktor Yuta pernah marah kerana Sehun dengan sesuka hati membuat keputusan bagi Miyoung. Sudah dia peringatkan jangan berhenti menkonsumsi ubat. Apabila ini terjadi, tak ada lagi yang akan dapat membantu.
Apatah lagi kerana Miyoung pernah menjalani pembedahan otak, mereka tak boleh melakukannya lagi kerana risikonya tinggi.
Kerakusan Sehun dalam memiliki Miyoung akhirnya menjadi mimpi buruk bagi lelaki itu sendiri.
"Aku letak alat pengesan dekat sini, peaches. Aku yang sebabkan parut dekat kepala kau. Aku yang buat kau hilang ingatan. Remember?"
Tak ada jawapan. Miyoung dah nyenyak dalam tidurnya.
"Kau tahu tak, peaches. Setakut-takutnya aku kau pergi lepas melahirkan, aku lebih takut kau hidup tapi tak akan ingat aku seumur hidup. Sebab bila kau lupa nanti, kau tak akan pernah pulih lagi. Kau akan lupa aku selamanya. Aku tak mahu... itu terjadi..."
Sehun menitiskan air mata, mengemam bibirnya daripada mengeluarkan suara. Dia takut sekarang.
Benar-benar takut.
"Ini semua salah aku. Aku benci jadi macam ayah. Aku tak nak jadi macam dia, yang tak dapat jaga isteri sendiri." Sehun mengutuk Tuan Seojun.
Dia tak akan berhenti mencaci Tuan Seojun kalau apa-apa terjadi pada Miyoung. Kerana tindakan Sehun sekarang adalah berpunca dari hasutan orang tua itu juga.
"Jangan pergi dengan mami. Kalau mami datang, jangan pernah terima huluran tangan dia. Kalau nampak mami, suruh mami pergi sebab Sehun tak benarkan mami jemput isterinya. Bukan sekarang," gumam Sehun.
"Mami jangan ambil isteri Sehun. Sehun masih perlukan dia. Cucu-cucu mami masih perlukan ibu mereka. Sean, Seana, dan Sehun tak boleh hidup tanpa Miyoung, mami. Sehun merayu." Sehun mulai meracau, fikirannya jadi melayang tak tentu arah.
"Berjanjilah, jangan lupakan aku dan anak-anak kita. Berjanjilah, untuk hidup demi kami. My Miyoung."
Sehun mengucup dahi Miyoung, menyebabkan setitis air mata jatuh pada pipi Miyoung. Wanita itu tersedar, berkerut melihat Sehun yang menangis.
Miyoung terus bangun, menangkup pipi Sehun dengan panik.
"Pumpkin?"
"Miyoung..." Sehun tak mengatakan apa-apa dan terus menyembunyikan wajahnya di dada isterinya.
Miyoung pun tak bertanya lagi. Dia hairan tapi Sehun tak akan menjawab.
"Shhh. Saya dekat sini. It's okey."
Hanya suara Sehun sahaja yang terdengar malam itu. Seperti kebiasaannya. Sehun juga tak perlu menjawab, kerana jawapannya hanya akan menjadi hal sia-sia. Kerana esoknya, Miyoung mungkin akan lupa... lagi.
Lagi.
Lagi.
Dan akan terulang lagi.
End
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top