HP [7]
Thanks for the vote ❤️ Jangan jadi siders ya 🥲
"Maaf tapi rasanya saya kena pergi—"
Miyoung terdiam melihat Taeyong yang sepertinya bersedia untuk menangis ketika dia ingin pergi. Matanya berkaca-kaca, mengisyaratkan Miyoung supaya kekal di sini.
"Suhu badan kawan saya tinggi sangat. Tolonglah. Jangan tinggalkan dia," rayu Taeyong. Lelaki itu menunjukkan termometer yang bebulinya mencapai 39.5°C.
Miyoung ditarik dengan hujung lengan bajunya dan dibawa mendekat ke katil.
Tak ada tanda-tanda Sehun bakal membuka mata. Bibirnya juga pucat lesi.
"Ubat, kain, semuanya dah ada. Saya minta tolong awak jagakan dia sekejap je. Bila saya balik nanti, saya akan bayar awak. Saya minta tolong sangat-sangat. Terima kasih ya!"
Miyoung membaca reaksi wajah Taeyong dan menatap wajah lelaki itu, lama. Ada sesuatu yang bermain di mindanya, membuatkan Taeyong yang dipandang gementar. Miyoung menoleh pada Sehun pula.
Seketika, Miyoung tersenyum lembut. Dia mengangguk, seperti telah menemukan susunan puzzle yang hilang.
Bahu Taeyong ditepuk, membuatkan sang empunya badan kaku. Takut-takut dia menatap Sehun yang belum terbangun itu.
'Lepass!! Lepas!!!' Batin Taeyong berteriak.
"Saya tahu korang ni apa," ujar Miyoung dengan senyuman sedih.
"Hah?"
"Mungkin dekat sini hubungan korang masih tak diterima. Jangan risau. Saya akan sembunyikan. Awak tak perlu risau pasal 'kawan' awak ni. Saya akan jaga baik-baik."
Miyoung mengedipkan matanya sambil tersenyum. Geli hati pula dia.
Taeyong mengundurkan diri, seram pula dia. Miyoung salah faham! Baik dia pergi secepat mungkin sebelum Sehun tahu.
"Jangan panggil doktor! Dia paling anti dengan doktor!"
"Iya-iya. Eh nanti-nanti! Tapi saya boleh tolong sekejap je. Bila awak balik?!"
Taeyong tak mendengar jeritan Miyoung kerana lelaki itu bergegas keluar dari sana.
Sepertinya dia benar-benar sibuk. Miyoung dengan terpaksa memeriksa suhu tubuh Sehun sekali lagi.
Sangat panas sampai tangan Miyoung yang sejuk pun terperanjat. Miyoung segera mengambil besen kecil dan tuala untuk diletakkan diatas dahi Sehun.
Kata Taeyong, Sehun tak mahu berjumpa doktor. Kalau begini caranya, susahlah demam ingin kebah.
"Eurghh..."
Tidur Sehun terganggu. Matanya terlalu berat untuk dibuka. Samar-samar dia melihat kelibat Miyoung yang berada di hadapannya.
"Doktor?" Tanya Sehun, lemah. Dahinya berkerut tapi tak lama kerana Miyoung segera menarik kulit wajahnya agar kembali meregang.
"Bukan. Ini aku Miyoung. Minum ubat dulu ya? Nanti demam kau tak kebah. Lepastu tidur balik," pinta Miyoung. Dia menepuk bahu Sehun supaya tersedar.
Dengan berhati-hati dan penuh manusiawi Miyoung mengangkat kepala Sehun agar mudah buatnya menelan ubat. Sehun tak dapat menolak menelan ubat sebesar kuku ibu jari itu.
Dengan terpaksa dia menelan ubat tersebut dan rakus meneguk air kosong. Kepala Sehun disandarkan pada bantal yang kini bertingkat.
Miyoung ingin pergi untuk menyimpan gelas tersebut di dapur, tapi Sehun dengan pantas mencengkam lengannya. Bibir pucat dan kering itu terbuka, seraya berbicara.
"Jangan pergi. Temankan..." pintanya. Sehun menggeleng penuh kesakitan. Perlahan sahaja matanya berkerdip.
"Aku nak ke dapur je. Lepas sekejap je, Sehun."
Sehun semakin erat memegang tangan Miyoung. Matanya mengeluarkan air mata buaya.
"Tak percayaaa... Jangan pergiii... Jangannn!"
Sehun menarik tangan Miyoung sampai badan gadis itu tertolak ke hadapan. Serentak dengan itu Miyoung merasakan sesuatu menusuk pahanya. Seperti jarum nipis yang sangat tajam.
Miyoung memeriksa katil Sehun, namun tak melihat sebarang jarum biasa mahupun jarum peniti tersesat di sana. Hanya ada tangan Sehun yang memiliki cincin, kebetulan tersidai diatas perutnya sendiri.
Miyoung tersenyum kecil, nampaknya hubungan Sehun dan Taeyong dah serius. Lega hati Miyoung.
"Aku tak tipu. Jangan macam ni Sehun. Nanti ada orang marah. Lepas kejap je. Nanti aku buatkan bubur untuk kau makan lepas bangun tidur," pujuk Miyoung. Sehun tetap berkeras.
Dia menyentak tangan Miyoung sehingga gadis itu jatuh ke dalam pelukannya. Sehun mengunci pergerakan Miyoung dengan melingkarkan kaki besarnya pada kaki Miyoung.
"Mamiii... Panas..."
Nafas panas Sehun sampai sehingga ke kulit kepala Miyoung. Dia sampai mengigau memanggil maminya, ingin dirawat oleh wanita yang melahirkannya itu.
Miyoung bergerak ingin melepaskan pelukan tapi Sehun langsung tak memberi ruang. Dia cuma menggumam sesuatu yang membuat Miyoung rasa kesian.
Ditambah lagi Miyoung yang tiba-tiba mengantuk. Lagi dan lagi Miyoung rasa migrainnya menyerang. Sudahlah bangun pagi tadi kepalanya masih sakit walaupun dah berkurang. Sekarang rasa sakit itu kembali meski dia dah menelan panadol.
Miyoung tanpa sengaja tertidur di bilik Sehun sehingga terlepas penerbangannya ke New Zealand, tepat seperti apa yang telah dirancang oleh Sehun.
---
"Fu*ck! Kau bagi dos yang berlebihan! Aku dah cakap bagi secukupnya tapi jangan sampai aku sakit betul-betul!"
Sehun menunjal kepala Taeyong yang kini sedang melutut di ruang tamu kerana kelalaiannya. Padanlah Taeyong pucat semacam saat meminta tolong pada Miyoung. Dia tersalah beri dos pada Sehun yang ingin menghalang Miyoung daripada terlepas ke airport.
Salah Taeyong cucuk ubat penyembuh terlalu awal. Kalau tahu begini dia biarkan Sehun sakit sampai mati.
"Maaf, tuan! Tapi bukan ke bagus sebab Cik Han nanti akan lagi bersimpati pada tuan? Kalau macam ni, lagi mudah tuan tahan dia dari pergi," ujar Taeyong, bijak.
"Bagusnya pada kau! Sakitnya pada aku! Kalau sampai peaches berkeras pergi, kau mangsanya!"
Sehun menampal pek pemanas pada dahinya sebanyak mungkin, ingin memanaskan kembali tubuhnya supaya tak dicurigai. Tak lagi mencucuk ubat haram itu. Risau diberi racun sampai mati oleh Taeyong.
"Saya yakin dia takkan pergi, tuan. Flightnya dah batal," ujar Taeyong lagi.
"Bising! Suara kau macam katak mengawan. Pergi dari sini!" Halau Sehun. Dengan pasrah Taeyong pergi sebelum Miyoung tersedar dari pengsannya.
Sementara itu Sehun kembali ke katil dan berbaring di sebelah Miyoung. Sengaja dia mengubah posisi seolah-olah Miyoung yang memeluknya dan bukan sebaliknya.
Bulu mata Miyoung bergerak, menandakan dos pembuat Miyoung pengsan akhirnya hilang. Terkejut bukan main lagi dia melihat kedudukan mereka sekarang.
Malunya bukan main! Nasib baik Sehun masih tidur. Kalau tidak mahu diletak di mana wajahnya?
Miyoung menyingkirkan tangan Sehun dari pinggangnya dan segera memeriksa suhu badan lelaki itu.
"Dah turun..." Demamnya sudah kebah. Miyoung menyelimutkan Sehun sehingga ke paras leher.
"Baik aku buat bubur dulu," ujarnya kemudian berlalu ke dapur. Sehun masih kekal dengan lakonannya.
Langsung tidak bergerak. Tak lama selepas itu Miyoung kembali. Sehun berpura-pura terbangun sambil menggeliat kecil.
"Hati-hati!"
Miyoung membantu Sehun untuk bersandar pada headboard katil. Dia menyandarkan satu bantal di belakang Sehun.
Sehun mengerdipkan matanya beberapa kali, seolah tak percaya melihat Miyoung di hadapannya.
"Miyoung? Kenapa kau ada dekat sini?" Soalnya dengan suara parau. Sehun nampak kebingungan.
"Girlfrie—Boyfrie?? Err Taeyong kata kau demam. Jadi dia minta tolong aku sebab dia sibuk," ujar Miyoung. Dia sebenarnya bingung nak menyebut girlfriend atau boyfriend. Dia tak tahu siapa yang uke dan seme di sini.
"Kau kenal Taeyong? Macam mana dia boleh hubungi kau?"
Miyoung memberikan senyuman nakal. Fikirnya, Sehun cemburu.
"Tak kenal. Dia yang datang ke apartment aku. Tak sangka kita tinggal satu bangunan. Tapi tak pernah terserempak," jawab Miyoung. Dia menggaru kepalanya. Senyuman canggung diberikan.
"Really? Aku tak tahu pula. Patutlah kau ada dekat supermarket dekat sini," balas Sehun. Miyoung mengangguk.
"Maaf menyusahkan kau. Kalau tahu macam ni aku suruh Taeyong panggilkan doktor je. Kau boleh claim dengan aku nanti. Cakap je berapa nak. Maaf sekali lagi..." Sehun menunduk.
Wajahnya dibuat sedih sampai Miyoung pula yang rasa bersalah.
"Tak susah pun. Aku tolong ikhlas. Jangan paksa diri kau kalau takut doktor. Takut doktor kena tumbuk pula macam waktu kau nak kena inject dulu," potong Miyoung sambil terkekeh kecil. Sedari dulu Sehun takut pada doktor. Sanggup dia lari dan bersembunyi daripada bertemu manusia berkot putih itu.
Sehun menatap Miyoung sehingga membuat gadis itu salah tingkah. Dia terpandang jam yang berada diatas meja. Matanya terus terbeliak entah untuk kali ke berapa sejak berada di Korea. Sekarang sudah lewat dua jam penerbangannya.
Tiketnya burn!
"Kenapa? Ada yang salah?" Tanya Sehun. Miyoung menggeleng laju.
Kalau dia jujur, mesti Sehun lagi rasa bersalah. Miyoung tak mahu berhutang budi andai Sehun ingin menggantikan tiket kepulangannya.
"Tak ada apa. Ini aku buatkan bubur. Mesti kau lapar. Makan dulu," dalih Miyoung. Dia membantu menyuapkan bubur tersebut dan berusaha mengabaikan rasa sedih kerana terpaksa mengorbankan duit gajinya yang tak seberapa itu.
Walaubagaimanapun, duit masih duit. Tidak kira sebanyak atau sedikit mana pun ia.
"Miyoung, temankan aku ya harini? Rasa macam kepala aku nak meletup."
To be continued
Bila SM nak bagi moment Wendy X Sehun🤧
Suho X Irene dah banyak siap dengan Jaehyun, Karina, Kun 😭 Satu family lengkap
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top