HP [5]
Thanks a lot for the vote ❤️
"Biar aku hantar kau balik," tawar Jungkook setelah majlis selesai. Para tetamu beransur-ansur pulang menyisakan beberapa orang sahaja.
"Eh mana boleh! Kau pengantin baru. Nanti apa kata orang kau hantar aku balik? Kau temankan Yeri je. Harini hari istimewa korang," tolak Miyoung baik-baik.
Apa pula kata orang kalau mempelai lelaki tiba-tiba pergi meninggalkan isterinya. Biarpun Jungkook rapat dengan Miyoung sebagai sahabat dulu, tapi Miyoung tahu batasan. Dia tak boleh mempergunakan kebaikan Jungkook dan Yeri.
"Kau boleh balik sorang-sorang? Bahaya malam-malam ni. Biarkan Jungkook hantar. Sekejap je, Miyoung." Yeri mencelah. Risau juga dia memandangkan kata Miyoung gadis itu sudah melupakan selok-belok jalan di Seoul.
"Tak payah! Betul aku boleh. Dekat Auckland dulu pun aku selalu sendiri. Aku bukan budak kecil lagi. Boleh jaga diri sendiri," yakin Miyoung. Dia mengerdipkan matanya beberapa kali, meyakinkan kedua mempelai itu.
"Baiklah kalau kau dah cakap macam tu. Hati-hati," putus Jungkook. Mereka mengucapkan selamat tinggal tetap tak menghantar Miyoung ke jalan.
Masih ada tetamu di sana dan Yeri dan Jungkook perlu melayani mereka. Miyoung menahan teksi yang kebetulan tiba bertepatan dengan dia sampai di tepi jalan.
Tanpa berlengah, gadis itu masuk dan memberikan alamatnya. Dia menatap pemandu teksi yang terlihat sangat rapi dengan uniformnya.
"Pemandu teksi sekarang pun dah ada uniform macam penjawat awam ya?" Tanya Miyoung, sedikit kagum.
Siap bertopi, mempunyai walkie-talkie, berlencana, bersarung tangan, bertie, dan juga earpiece yang disambungkan ke suatu alat di dalam poket depan.
Pemandu teksi itu menatap Miyoung dari cermin depan dan mengangguk kecil walaupun sempat tersentak.
"Ini polisi company kami. Jadi tak semua berseragam lengkap sebegini," ujarnya. Miyoung membentuk huruf 'O' dengan bibirnya.
"Nampak segak," puji Miyoung.
"Terima kasih, cik." Malu-malu pemandu teksi itu menjawab. Dia kembali fokus pada pemanduan, takut terbabas.
Miyoung meneliti isi kereta. Kerusinya nampak mewah, tak seperti kereta biasa. Keluasannya juga besar. Kedudukan gear, skrin kecil, tempat letak air, semuanya di tempat yang boleh dikatakan sesuai untuk kereta mewah. Tambahan lagi haruman kereta tak membuatnya pening.
Tak sangka, kereta mewah pun boleh dijadikan teksi. Syarikat teksi ini benar-benar out of reach.
Sementara itu, di belakangnya, ada beberapa buah kereta yang mengekori sejak dia meninggalkan kawasan pernikahan. Kereta-kereta berwarna hitam yang menjaga jarak agar tidak dicurigai.
Salah satunya berisi sang ketua yang tak pernah meninggalkan 'bekas' kekasihnya sejak pagi tadi.
Miyoung keluar dari teksi setelah selesai membayar tambang. Gadis itu menuju ke lif cepat-cepat kerana menyedari tak ada sesiapa yang berada di lobi.
Seram sejuk pula dibuatnya. Dia merenung CCTV, sedikit lega kerana melihat terdapat cahaya merah pada kamera yang menandakan ianya berfungsi. Setidaknya jika dalam bahaya, Miyoung boleh meminta tolong dari sana saja.
Entah kenapa dia rasa seperti diperhatikan pula. Walhal, dia bukannya berada di kawasan terbuka.
Langkah besar dia ambil berlari ke apartmentnya sebaik sahaja lif terbuka. Harapnya, tak ada yang mengikut pulang ke rumah malam ini.
---
"Bahaya perempuan keluar malam-malam seorang diri."
Miyoung menoleh, melihat Sehun yang muncul dari sebalik rak makanan. Mereka kini berada di supermarket di seberang jalan apartment.
Cakap saja penakut, tapi bila dah lapar, Miyoung keluar juga mencari makan. Dia cuma bersangka baik tadi itu mainan perasaannya sahaja.
"Aku tak sendiri dekat sini. Sana ada orang, situ pun ada," ujar Miyoung sambil menunjuk pada beberapa orang yang sedang memilih makanan dan juga kearah cashier.
"Orang yang kau tak kenal, tak dikira," balas Sehun.
Sehun melihat makanan segera yang berada di dalam bakul dalam genggaman Miyoung. Dia mengambil salah satu dari produk mee segera dan membaca ingredientsnya.
"Masih makan makanan macam ni tengah-tengah malam? Ini tak bagus untuk kesihatan kau," omel Sehun. Dia meletakkan semula mee segera itu keatas rak yang khas untuk produk chips.
"Bukan selalu. Aku mengidam nak makan ni." Miyoung kembali mengambil mee segera itu dan menjauhkan bakulnya daripada Sehun.
"Masih macam dulu," gumam Sehun perlahan.
"Makan yang lain, Miyoung. Jangan makanan yang banyak msg," tekan Sehun. Melihat Miyoung masih degil dan tetap dengan pendiriannya untuk membeli makanan murah itu, Sehun terus menarik lengan gadis itu menuju ke bahagian makanan basah.
Miyoung yang terkejut dengan perlakuan Sehun segera menarik kuat tangannya. Dia menjarakkan diri daripada Sehun.
"Ingat batasan kita, Sehun. We're over." Ujar Miyoung, jelas tak selesa bila Sehun masih menyentuhnya sesuka hati walhal mereka sudah tak berhubungan.
Sehun terdiam sebentar, menarik dalam-dalam nafasnya. Mengabaikan peringatan Miyoung, dia mengambil plastik yang tergantung di depannya lantas mengisi beberapa ketul ayam mentah ke dalamnya. Kemudian, lelaki itu meletakkan beberapa bungkusan daging ke dalam bakul Miyoung.
Masih tak bercakap, Sehun merampas bakul Miyoung dan menolong membawanya. Kalau dibiarkan, Miyoung akan protes.
"Sehun kalau kau nak ambil lah bakul sendiri," gerutu Miyoung.
"Ini bukan untuk aku. Untuk kau."
"Aku?!"
Miyoung lagi-lagi dibuat tak terkata. Dia mengekori Sehun yang sedang memilih sayur-sayuran seperti anak itik mengekori emaknya.
"Sehun, tak payah! Siapa nak bayar banyak-banyak ni? Letak balik! No broccoli ewww!"
Miyoung merampas segenggam sayur di tangan Sehun dan menjauhkannya. Sehun tersenyum kecil. Nak saja dia mencubit-cubit pipi gadis itu. Dia mengambil brokoli yang lain dan meninggalkan Miyoung.
Kalau bukan kerana makanan yang lain ada di dalam bakul itu, dah lama Miyoung lari.
"Aku tahu kau tak boleh masak. Aku akan masakkan," ujar Sehun.
"Ehh?"
Warning!!!
Miyoung tak boleh biarkan Sehun tahu di mana tempat tinggalnya. Biarlah hubungan mereka sampai di sini sahaja. Tak perlu sampai Sehun perlu tahu isi dalam rumahnya.
"No! Siapa cakap aku tak boleh masak? Cakap je nak apa aku boleh buat! Sini!"
Sehun menyorokkan bakul itu di belakang badannya. Seronok melihat Miyoung yang bersusah-payah untuk melawannya.
"So kau boleh masakkan untuk aku? Kalau aku request, dapat tak?"
Lelaki itu mendekatkan wajahnya pada Miyoung, tapi Miyoung segera mengelak. Melihat perlawanan Sehun yang tak mahu mengalah, Miyoung terpaksa menurutinya.
"Huff! Aku bukan chef kau. Cepat, kata nak beli makanan 'sihat'! Lambat aku tinggal!" Sindir Miyoung.
Sehun menutup dan membuka kepalan tangannya. Bukan marah, tapi menahan diri dari menyelimuti tangan Miyoung yang terlihat 'kosong'.
Dinding pipinya ditolak-tolak dengan hujung lidah.
"Makin sayang... hm..."
To be continued
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top