HP [23]

Jangan lupa vote ❤️ as support



Rasanya sangat canggung berhadapan dengan Kai yang sekarang berpura-pura tak mengenalinya setelah apa yang mereka jalani selama lima tahun.

Miyoung jadi malas nak memandang wajah Kai. Malah saat Kai menghidangkan makanan di sebelahnya pun, Miyoung akan melihat kearah berlawanan.

Kelakuannya diperhatikan oleh Sehun yang tersenyum tipis. Dengan begini, Miyoung tak akan melihat seberapa lebam wajah Kai ditumbuk oleh Sehun sebagai hukumannya.

Miyoung juga tidak akan khawatir kepada orang lain selain dirinya. Sehun suka akan pemandangan ini.

"Makan, peaches. Kutu air tu dah pergi," arah Sehun seraya menarik kerusi Miyoung mendekat padanya. Miyoung mengerutkan dahi, mengangkat kepala menatap Sehun.

"Kutu air? Siapa?" Soalnya.

"Kai. 'K'utu 'ai'r."

Kai yang separuh jalan ingin keluar dari ruang makan tersedak air liur. Sudahlah dihukum sampai hampir masuk hospital, digelar kutu air pula oleh bosnya. Cepat-cepat lelaki itu pergi supaya tak dihukum dengan lebih berat.

"Ada-ada je," ujar Miyoung. Gadis itu melihat makanan yang dihidangkan. Bibirnya melengkung ke bawah, sedikit kecewa melihat tak ada makanan yang diinginkan.

"Kenapa? Ada yang kurang? Perlu tambah makanan lain?" Tanya Sehun. Tangan Miyoung digenggam dengan cepat.

"Ada yang pedas-pedas tak? Tambah cili lah. Sambal ke?"

"Tak boleh."

Sehun melepaskan pegangan dan terus mencedok makanan ke dalam pinggan Miyoung, tidak menghiraukan rengekan gadis itu.

"Nanti kau sakit perut, gastrik, cirit-birit. Tak ada. Makan yang ada ni je," tegas Sehun. Bahu Miyoung merosot ke bawah, kecewa.

Dia membuka mulut, menerima suapan dari Sehun. Lelaki itu tampak fokus menyuap Miyoung daripada menyuap diri sendiri. Setiap kali Miyoung mengajukan ingin makan sendiri, Sehun akan berdecit marah, membuat Miyoung terdiam.

Sehun mengelap sisa kicap pada hujung bibir Miyoung dengan ibu jarinya. Setelah itu barulah dia menghabiskan makanan sendiri dengan lahap sementara Miyoung menghabiskan minuman.

Miyoung mengambil waktu ini untuk memerhati Sehun. Wajah tampan anak salah seorang manusia terkaya di Korea yang berada dia takluki. Wajah Sehun itu ada iras-iras dengan tokoh utama dalam webtoon-webtoon atau komik.

Perangainya pun lebih kurang sahaja. Sehun nampak seperti watak kartun yang tak sengaja terdampar di dunia sebenar.

Sedar dirinya diperhatikan, Sehun mengangkat mukanya dengan kunyahan yang semakin melambat. Sehun tersenyum malu, lantas mencium bibir Miyoung. Dia suka ketika diperhatikan oleh Miyoung.

Kerana itu, kucupan singkat diberikan sebagai hadiah kerana membuat hatinya senang.

Miyoung tersentak lantas cepat-cepat mengelap bibirnya.

"Bau ikan!" Ketus Miyoung dan menerima balasan kucupan yang semakin banyak. Sehun menahan wajah Miyoung dan mencium seluruh wajah gadis itu sebagai balasan.

Lelaki itu ketawa sementara Miyoung meronta ingin mengelak. Air liur Sehun melekat pada wajahnya.

"Comelnya. Nikah jom." Ajak Sehun.

"Mimpi!"

"Han Miyoung..."

"Maaf."

---

"

Kita nak buat apa dekat sini?" Tanya Miyoung seraya melihat meja bedah di hadapannya. Terdapat pelbagai alatan bedah yang lengkap di sebelahnya.

Sehun menuntun Miyoung untuk duduk diatas meja bedah. Bahu kedua gadis itu diusap.

"Kau nak belajar cintakan aku semula kan?" Tanya Sehun. Miyoung mengangguk ragu-ragu.

"First and foremost, aku perlu pastikan kau terjaga dulu. Ini adalah salah satu cara aku jaga kau dari jauh."

Miyoung menoleh pada Taehyung yang sedang menolak troli dengan kotak berwarna putih diatasnya. Kotaknya besar, tapi saat dikeluarkan isinya, hanya ada sebuah kotak kecil sahaja di dalamnya.

Sehun menerima pemberian Taehyung, membuka kotak kecil itu dan menunjukkannya kepada Miyoung. Miyoung tak tahu apa isinya. Ianya sungguh asing untuknya.

Taehyung beredar dengan segera setelah diberikan isyarat untuk keluar.

"Ini, tracker yang dibuat oleh aku sendiri. Apa yang aku perlu buat hanyalah tanam tracker ni dalam badan kau. Selepas itu, terserah pada kau untuk buat penilaian. Ini tak akan sakit."

Sehun meletakkan kotak tersebut ke tepi lantas mengelus lengan Miyoung dengan lembut. Miyoung dah pun ngeri.

Walaupun alatnya kecil, tapi membayangkan ianya berada di dalam tubuhnya membuat Miyoung meremang. Ini bukan Hunger Games. Kalau begini, Miyoung memang tak ada peluang lagi untuk pergi.

"Tak ada cara lain? Sehun, masih banyak lagi cara untuk jaga pasangan. Pasang tracker pada seseorang bukan cara yang wajar. Awak tak percayakan saya? Saya dah janji untuk tak lari, Sehun." Tolak Miyoung secara halus.

Sehun menggeleng kecil.

"Ada cara lain. Tapi yang jadi mangsa bukan tangan kau, melainkan..." Mata Sehun mengarah kearah perut Miyoung.

Tangan berurat lelaki itu masuk ke dalam pakaian Miyoung, lantas mengelus perut rata gadis itu. Miyoung menahan tangan Sehun daripada naik.

"Akan ada bukti cinta kita dekat sini kalau itu yang kau mahu. Kau tahu aku boleh skip malam pertama kita dan buat anak sekarang? Lepastu kita boleh kahwin. So, how? Kau nak?"

Sehun merapatkan tubuh mereka, mengurung Miyoung diantara kedua tangannya yang bertumpu pada meja bedah.

Miyoung menggeleng, tak mahu. Dia belum bersedia untuk melepaskan mahkotanya kepada Sehun.
Lelaki itu menyelipkan helaian rambut Miyoung ke belakang telinga.

"Sayangnya. Kalau kau kata ya, kita boleh buat dekat sini terus. Kau tak tahu selama ni aku selalu tahan diri bila dekat dengan kau. Tapi tak apa, untuk masa sekarang aku benarkan kau tolak. Tapi bila aku mahu nanti, kau tak ada pilihan lain dan untuk terima. Okey, peaches?"

Miyoung mengangguk. Pandangan mata Sehun yang sedikit aneh itu membuat Miyoung tak berani membantah.

Dia takut Sehun tiba-tiba menyambar pisau bedah di sebelah mereka dan menusuknya seperti psikopat-psikopat dalam tv. Miyoung tak mahu mati awal.

Sedang dia mengelamuan, Sehun menarik tangan Miyoung, membasahkan lengan putih itu dengan alkohol.

Lantas mini tracker itu dimasukkan ke dalam alat seperti penembak yang memiliki jarum berdiameter 30mm. Ianya dihalakan pada kawasan yang disapu alkohol tadi.

"Ini sekejap je. Macam kena gigit semut je."

Hanya mengambil kurang dari dua saat untuk tracker tersebut tertanam dalam daging Miyoung. Gadis itu meringis dalam diam. Usai disuntik, Sehun mencium dahi Miyoung sebagai bentuk terima kasih kerana tidak menolak.

Alat tersebut mengeluarkan cahaya biru setelah diaktifkan, menunjukkan yang ianya berfungsi. Dari telefonnya, Sehun dapat melihat kedudukan Miyoung.

Miyoung mengusap lengannya yang disuntik tadi sementara Sehun sibuk mengaktifkan alat tersebut. Mata Miyoung terus terarah pada alat bedah di sebelahnya. Otaknya sedang memberi arahan padanya.

Kemudian pada Sehun yang membelakanginya. Miyoung mencapai skalpel yang memiliki saiz 23. Gadis itu turun dari meja bedah, mengepal pemegang skalpel dengan erat.

Saat berada dekat dengan Sehun, tangannya diangkat ke udara. Matanya terkunci pada lengan besar Sehun.

Tepat pada masanya, Sehun menoleh. Skalpel tersebut terus tertanam pada lengan Sehun.

Sehun tersentak, tapi tak menunjukkan riak wajah sakit. Dia cuma terkejut kerana Miyoung sangat berani melukainya. Sementara Miyoung pula terlihat bingung dan agak terkedu.

"Kau tikam aku, peaches?" Tanya Sehun, pelik. Miyoung mengangguk. Gadis itu menyiapkan diri untuk berganjak jika Sehun tiba-tiba menyerang.

"Why?"

"I'm curious."

Salah satu kening Sehun terangkat naik. Lelaki itu mendekati Miyoung sambil mencabut skalpel tersebut.

"Curious of what?"

"Perasaan sewaktu tikam orang."

"So, how does it feel?" Sehun tersenyum.

"Confused? Satisfied?"

Sehun terkekeh kecil. Dia membuka bajunya, menampilkan otot-otot besarnya. Darah mengalir perlahan dari lengannya yang ditikam. Lukanya kecil sahaja. Tak memberi kesan apa-apa pada Sehun.

"Peaches, as much as I love you, tapi jangan buat lagi ya? Aku tak mahu tangan kau kotor. Kalau kau nak, nanti aku carikan mangsa. Untuk sekarang, belum masanya kau jadi diri aku yang kedua. You're too soft and clean to be a psychopath, peaches."

Sehun menarik Miyoung keluar dari sana. Sepertinya intrusive thought Miyoung menang kali ini.

"Sehun, luka awak."

"Ubatkan."

Miyoung mengangguk faham. Sehun meraih bahu Miyoung, mengusapnya beberapa kali. Nampaknya Sehun perlu perhatikan keadaan mental Miyoung untuk ke depannya.

Barangkali gadis itu melakukan hal-hal tak wajar seperti tadi. Sehun tak mahu sampai ada barcode di badan Miyoung, atau gadis itu menjadi pembunuh.

Biar rekodnya sahaja yang kotor, bukan kekasihnya itu.

To be continued

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top