HP [22]

Jangan lupa vote ❤️


Srett! Sreett!!

Manusia berbadan besar yang menyeret kapak gergasi semakin mendekat dengan Miyoung. Kaki gadis itu terasa seperti digam pada tanah.

Di satu lagi tangan lelaki itu terdapat sepasang badan yang kaku dan berlumuran darah.

Miyoung berundur. Tangannya ingin mencapai Kai, namun tak berjaya. Saat Miyoung menoleh, dia melihat Kai yang berada sangat jauh darinya.

Lelaki itu tersenyum tipis, namun tak terlihat oleh kerana kegelapan malam.

"Ka—Kai..." Panggil Miyoung dengan nada berbisik. Gadis itu berlari berlindung di belakang Kai.

Dia ingin membawa Kai pergi, namun sebaliknya Kai menghalang. Manusia berbadan besar itu semakin dekat dengan mereka.

Miyoung dah cemas. Tiba-tiba tangannya ditarik oleh Kai dan ditekan untuk duduk. Kedudukan Miyoung sekarang adalah melutut dengan kedua tapak tangan menyentuh lantai.

Keduanya diregangkan agar besi penyambung gari pada tangan Miyoung terlihat jelas.

"Tak nak! Jangan! Kai! Apa awak buat ni? Awak nak potong tangan saya ke?!" Jerit Miyoung.

Kai memiliki kekuatan yang sangat kuat sehinggakan Miyoung tak dapat melarikan diri. Gadis itu sudah berlumuran dengan air mata, takut kerana sebentar tadi tangannya bakal ditetak oleh pembunuh dihadapannya.

Saat berada di hadapan mereka, lelaki berbadan besar itu mengangkat kapak keatas udara sementara Miyoung menutup matanya. Bersedia menghadap kematian.

Creng!

Besi diantara gari tercabut. Miyoung membuka matanya, melihat lelaki pembunuh yang menjauhinya dan kembali kepada mangsanya.

Kedua bahu Miyoung dipegang, membiarkan gadis itu melihat apa yang terjadi di sana. Matanya terpaku melihat kebrutalan sang pembunuh menetak dan mencincang mangsanya tanpa henti.

Kai berganjak ke depan Miyoung setelah dirasa gadis itu tak akan memiliki tenaga untuk pergi. Dia tersenyum, membuatkan Miyoung berkerut.

"Saya datang bukan untuk tolong awak, Han Miyoung," ujar Kai. Dia menolak pipi Miyoung kearah kiri, melihat sesuatu yang bergerak dari dalam kegelapan.

Miyoung agak mungkin itu cahaya dari lampu suluh.

"Orang yang awak cakap boleh bunuh saya tu... adalah Tuan saya."

"Awak orang suruhan Sehun?" Miyoung menahan sesak di dada. Sakit sungguh hatinya tatkala tahu dirinya dikhianati sebegini.

Kai tergelak. "Jangan nangis. Salah awak sebab tak siasat dulu siapa yang berkawan dengan awak. Tak mungkin tiba-tiba ada lelaki yang nak tolong awak urus semuanya padahal baru kenal kan?"

"Semuanya dah dirancang, Miyoung. Awak je yang clueless. Sekarang nikmati hiburan kecil ini."

Kai berganjak.

Ctak! Ctak! Ctak!

Darah memercik ke merata tempat. Miyoung menekup mulut, menahan mual. Dia tak dapat berfikir dengan waras sekarang.

Sekitarnya mulai dipenuhi dengan bunyi menetak. Miyoung menekup telinga, bergumam agar ianya berhenti.

Perkataan 'berhenti' keluar dari mulutnya seperti zikir. Namun seiring dengan permintaannya, bunyi itu semakin bertambah. Miyoung menjerit histeria saat salah seorang pembunuh tak sengaja melempar kepala si mangsa kearah Miyoung.

Kai yang berada berdekatan dengannya tak ada inisiatif untuk membantu. Dia hanya membatu di sana, menatap Miyoung dengan wajah tak berminat. Juga kerana posisinya sekarang tak memungkinkan dia untuk membantu Miyoung.

Ada sepasang mata tajam yang sedang mengawasi mereka.

"Berhenti. Pergi. Jangan dekat. Berhenti!" Pekik Miyoung dalam keadaan tak terkawal.

Beberapa saat kemudian, Miyoung tersentak merasakan seseorang menyentuh tangan yang berada di telinganya. Dia membuka mata, melihat Sehun berada di hadapannya, melindunginya daripada melihat aksi brutal itu.

Sehun mengelap air mata Miyoung dengan berhati-hati.

"Se... Sehun..." Terketar-ketar Miyoung memanggil. Tangannya beralih memegang lengan lelaki itu.

"Hm?"

Tak ada jawapan keluar dari mulut gadis itu. Miyoung jatuh pengsan ke dalam dakapan Sehun, tak sanggup lagi menahan adegan PG18 yang dilihatnya.

Sehun mencium pipi Miyoung, singkat.  Dia mengangkatnya seraya menatap kearah Kai dengan wajah serius. Tatapan tajam dihunus ke lelaki itu.
Kai menunduk.

"Aku cakap sergah dia, bukan takutkan dia setengah mati..." desis Sehun.

"Maaf tuan. Saya cuma buat apa yang tuan selalu buat."

"Hukuman sebab kau lari dengan Miyoung ada dua. Kau urus sendiri, atau aku yang beri hukuman. Pilih."

"Saya urus sendiri tuan!"

Sudah tentu Kai memilih dirinya yang menghukum dirinya sendiri. Daripada Sehun, Kai mungkin akan mati katak.

Sehun mendengus kasar. Dia menatap pula pada si pembunuh yang ikut sama menunduk. Tak berkata apa-apa, Sehun pergi diiringi dengan bodyguard yang menyuluh lampu menerangi jalan mereka.

"Poor my peaches. Tak apa. Nanti pumpkin kasi hukuman berat pada diorang ya?" Ujar Sehun dengan nada budak-budak.

Sedikit membuat para bodyguard ngeri. Geli pun ada. Bos besar mereka dengan sifat kekanak-kanakkan itu sangat diluar jangkaan. Tak sesuai.

---

"Hahh!"

Miyoung tersedar dari mimpi mengerikan. Gadis itu memandang sekelilingnya, melihat bilik baharu yang dia tempati.

Miyoung menatap ketakutan pada Sehun yang baru sahaja masuk sambil mengeringkan rambut. Sepertinya lelaki itu baru selesai mandi.

"Why, peaches? Macam baru nampak hantu." But hantu can't be more scary than you.

Sehun duduk di sebelah Miyoung dan terus dipeluk gadis itu. Dia dapat merasakan tubuh Miyoung yang bergetar hebat. Miyoung mencengkam bahu Sehun dengan kukunya.

"Saya mimpi orang kena bunuh. Dia tetak orang depan saya. Dan ada Kai. Dia khianat saya dalam mimpi—"

Sehun berdecit seraya tertawa. "Itu bukan mimpi. Memang ada yang kena tetak depan kau tadi. Dan Kai memang bekerja untuk aku."

Miyoung melepaskan pelukan, membuatkan Sehun tak rela. Lagi-lagi Miyoung menayangkan wajah kecewa.

"Bukan mimpi?"

"Auch.. Sampai hati kau ingat mimpi je?"

"Jadi memang awak yang rancang? Awak yang suruh Kai jadi kawan saya macam tu? Apa lagi nanti? Awak juga yang bakar bakery saya? Awak yang upah Yeri dan Jungkook? Awak yang bunuh Mark? Baekhyun? Apa lagi lepas ni Sehun?"

Mental gadis itu lelah. Setiap hari mengetahui orang di sekitarnya mati, siapa juga yang mampu tahan?

Sehun menangkup pipi Miyoung kemudian terkekeh kecil.

"Finally. Sekarang kau tahu kan tak ada siapa yang kau dapat percaya selain aku? Everything is under my control Miyoung."

Sehun merapatkan wajah mereka, membuat Miyoung berundur.

"It takes me around two weeks to find you. Lama sangat. Kalau aku mahu, aku boleh je bawa kau balik terus dulu, peaches. Tapi aku sabar sebab nak tengok apa kau boleh buat tanpa aku. Guess what? Susah bukan?"

"Kalau aku tak datangkan Kai, mungkin kau dah merempat dekat sana and being deported back here. Aku tak nak peaches aku masuk penjara. Nanti apa kata anak kita. Daddy's are psyhopath, mommy's a prisoner? Haha. Lima tahun aku biarkan kau hidup tenang, sudah tentu di bawah jagaan aku. Miyoung, kau ingat tanpa aku, kau boleh buka bakery? Cari orang? Customer? Dengan kau yang tak ada sijil apa-apa mahupun sijil tamat sekolah?"

Sehun memuncungkan bibirnya, kesian pada Miyoung.

"It's a miracle Yeri dan Jungkook volunteer untuk bawa kau balik. Dan kau dengan tak curiga terima mereka. Kau careless sangat, peaches. Bahaya. Untuk Mark dan Baekhyun, I don't know. Kau tahu jawapannya. "

Miyoung diam membisu. Sangat terkejut mendengar pengakuan Sehun. Serpihan demi serpihan kepercayaannya kepada orang sekeliling runtuh. Miyoung rasa harga dirinya hilang setelah tahu hidupnya selama ini ditanggung Sehun.

Padahal dia berusaha lari dari lelaki itu. Ternyata dia tak pernah bebas. Sehun masih mengendalikannya.

"Sampai macam tu sekali awak buat, Sehun? Kenapa?" Tanya Miyoung. Dadanya naik turun.

Sehun melepaskan keluhan panjang. Bahu Miyoung dipegang.

"Because I love you. Miyoung, orang dekat luar tu semuanya tak dapat dipercayai. Cuma aku yang boleh lindungi kau. Aku buat semua ni untuk jaga kau. Tak ada yang betul-betul ikhlas dengan kau selain aku. Don't you see it?"

Sehun membenamkan wajahnya pada leher Miyoung, memberi kucupan singkat.

"I love you.. love.. love.. loveee you so muchh. I just want to have you for myself. I don't want to see you with anyone but me but you don't get it, Miyoung."

Sehun frust, Miyoung tahu. Dilihat betapa terdesaknya Sehun dari suaranya sekarang. Miyoung menolak bahu Sehun, agar dapat melihat wajah lelaki itu dengan jelas.

Sehun ingin protes namun tak jadi. Gadis itu seolah-olah sedang mencari kejujuran di mata Sehun.

"You're doing too much for a girl like me, Sehun. Saya tak ada apa-apa untuk beri kepada awak."

"I'm a psychopath, killer, crazy and whatever crime there is on earth, Miyoung. Aku lebih teruk dari kau. If I'm being real, I deserve less! I don't deserve you! But I want to be selfish! I want you! How am I supposed to let you go when I only like myself when I'm with you?"

"Kau tak boleh pergi lepas dah berjaya buat aku jatuh cinta. Dulu kau yang selalu cakap cita-cita kau nak buat aku cintakan kau, bukan? Kau berjaya, Miyoung. Seluruh hidup aku dah diserahkan pada kau. Please don't leave me ever again..."

Sehun memeluk Miyoung, menyalurkan kehangatannya pada gadis itu. Dia takut dan tak mahu mendengar penolakan lagi. Sehun takut kehilangan perhatian Miyoung. Sangat-sangat takut.

Ketakutan lelaki itu sampai membuat dia semena-mena dalam menghuru-harakan hidup Miyoung. Sebab itulah dia tekad menjaga Miyoung biarpun dari jauh. Membunuh mereka yang boleh mengambil Miyoung darinya.

Walaupun Sehun kaya dan tampan, tapi Miyoung tak memandang dia dari segi fizikal dan harta. Itu yang Membuat Sehun bangga dan kesal dalam masa yang sama. Cintanya ini berbeza dari perempuan lain.

Dia bangga kerana Miyoung tulus, tapi juga kesal kerana akan ada kemungkinan Miyoung jatuh cinta pada orang lain biarpun orang itu miskin dan buruk rupa, asal sifat mereka baik.

"Ajar saya macam mana nak jatuh cinta pada awak balik, Sehun." Putus Miyoung. Dia sudah putus asa.

Pergi tak akan menyelesaikan masalah. Malah akan membuat Sehun semakin marah. Miyoung perlu bertahan, walaupun mentalnya sedikit terhakis sekarang.

Kejutan mendadak dari Sehun membuat gadis itu buta mencari jalan.

Sehun dapat merasakan usapan pada kepalanya. Dia suka sentuhan Miyoung. Lelaki itu tersenyum sambil mengangguk.

Miyoung akan menjadi miliknya semula.

To be continued

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top