HP [15]
Vote ya 😚 Jangan jadi siders
Sehun tak menjangka menangkap Miyoung semudah ini. Bagaimana kekasih manisnya kembali ke dalam dakapan seperti lima tahun dulu.
Rasanya Sehun ingin berteriak kepada dunia, memberitahu bahawa dia berjaya membawa gadis itu pulang. Sehun menang kerana takdir sentiasa memihak padanya.
Sejauh mana Miyoung lari, jika Sehun tak memotong tali yang mengikat mereka, Miyoung tetap akan kembali padanya.
"Sehun...!"
Orang yang dipanggil sedang mencengkam pergelangan tangan Miyoung, tak membiarkan gadis itu lari.
Wajah Miyoung tegang. Anak matanya bergetar, takut membayangkan sifat agresif Sehun muncul kembali.
"Why? Aku semenakutkan itu, peaches? Kau menggeletar kuat padahal beberapa hari sebelum ni kau tak peduli pun waktu aku peluk. Kenapa takut sekarang?"
Sehun menyentuh pipi Miyoung tapi cepat-cepat ditepis. Sehun tersenyum datar, agak tak terima sentuhannya ditolak.
"Jangan gila, Sehun! Kita cuma berkawan! Kau dah janji nak lupakan segalanya. Lepaskan tangan aku! Sakitlah!" Miyoung memberontak.
Sehun ketawa dengan suara yang sangat menyeramkan. Tangan Miyoung semakin kuat dicekal, menyalurkan amarahnya kerana hubungan mereka yang tidak dianggap.
Sehun tak suka.
"Kawan? Kawan mana yang tahu apa rasa bibir kawan sendiri, sayang?" Sehun mencengkam dagu Miyoung sampai rasanya ingin patah.
"Kau tak berubah. Dari dulu suka buat keputusan sepihak. Selalu nak orang faham kau, tapi tak pernah nak faham aku. Kali ni, aku tak akan berkompromi lagi. Kau buat silap besar sebab balik, Han Miyoung."
Miyoung mengggeleng. Matanya memanas. Rasanya terlalu sakit dicengkam oleh Sehun sampai ingin bersuara pun Miyoung tak sanggup.
Miyoung sampai tak dapat mencerna apa yang sedang Sehun bebelkan dek kerana rasa sakit yang memonopolinya.
"Follow me or you'll get your consequences!"
Sehun menarik Miyoung ke kereta, tak mahu menjadi perhatian jiran-jiran di kawasan ini. Miyoung sampai perlu melebarkan langkah mengikuti jejak Sehun oleh kerana terlalu laju.
Sampai di kereta, Sehun menolak Miyoung masuk dengan kasar. Pintu kereta ditutup kasar jua, sampaikan boleh bergegar satu kereta.
Ketika Sehun masuk, dia memajukan diri ke depan, memakaikan seatbelt pada Miyoung. Lelaki itu tersenyum melihat kepatuhan Miyoung, sama seperti lima tahun dulu.
Bezanya, kereta ini sahaja yang berubah.
Sehun mengusap kepala Miyoung sebagai tanda treat kerana tak melawan.
----
"Ini salah, Sehun..."
Ujar Miyoung dengan nada yang tertahan, takut ketika Sehun bersilang kaki menatapnya di hujung sana. Mereka duduk diatas sofa yang saling menghadap.
Sehun membawanya ke rumah lelaki itu sendiri, bukan ke apartment. Parahnya lagi, Miyoung tak tahu ini di mana. Dalam perjalanan tadi, Miyoung tertidur kerana terlampau mengantuk setelah meneguk air mineral yang diberikan oleh Sehun.
"Apa yang salah?" Tanya Sehun.
"Kau culik aku. Kau stalk aku. Semua tu tindakan criminal. Aku boleh laporkan pada polis dan kau boleh dipenjara!"
Sehun tersenyum. "How romantic. Tapi polis takkan masuk campur hal rumah tangga, peaches. Kita sepasang kekasih. Apa yang culik dan stalknya? Aku tak rasa ada orang memberontak pun tadi?"
Melihat wajah Miyoung yang seperti ingin menangis membuat Sehun terhibur.
Mana Miyoung yang selalu riang kepadanya seperti sebelum ini? Ah, rasanya Sehun tersinggung.
Bagaimana mungkin Miyoung tersenyum di kala mereka 'berpisah' tapi menangis ketika mereka bersama?
Apa Miyoung tak memikirkan perasaannya?
Kenapa Sehun seperti bertepuk sebelah tangan sedangkan mereka saling mencintai?
Keheningan mengelilingi ruangan ini.
Tak ada diantara mereka yang berdebat. Miyoung cuma menunduk sementara Sehun tak mengalihkan pandangan dari gadisnya itu.
Hanya ada bunyi jam berdetak yang mengisi gegendang telinga.
"Kenapa?" Tanya Sehun, setelah bosan bibirnya tak bergerak.
Melihat tak ada respon dari Miyoung, Sehun berdiri dan menghampiri gadis itu. Dia melutut, meletakkan tangannya diatas paha Miyoung.
"Kenapa pergi dulu?" Tanya Sehun dengan nada yang pilu. Wajahnya tak setegang tadi.
Ini wajah Sehun yang baru. Wajah innocent yang membuat Miyoung tertipu saat pertama kali bertemu sejak lima tahun dulu.
"Kau tahu tak seberapa hancurnya aku waktu kau tiba-tiba menghilang, peach? Kau buat aku risau setengah mati. Aku fikir ada yang culik kau dulu. Tapi siapa yang nak culik babi gemuk aku ni."
Sehun sempat melawak untuk menarik perhatian Miyoung menatapnya. Taktiknya menjadi. Miyoung menoleh dan menghadiahkan tatapan tajam kerana diejek sedemikian. Sehun tersenyum tipis sampaikan Miyoung pun tak pasti itu senyuman atau bibir Sehun hanya bergerak keatas tanpa membawa maksud apa-apa.
"Tell me," Sehun mengusap pipi Miyoung dengan ibu jarinya. "Aku salah dekat mana sampai kau lari jauh? Kenapa nekad sangat pergi, hm?"
"Jawab, Han Miyoung! Aku tak suka diabaikan!" Tengking Sehun.
Miyoung segera menepis tangan Sehun tatkala dimarahi. Baru sahaja tadi Miyoung berfikir untuk menjawab baik-baik, tidak sampai seminit Sehun tak membuat dia muak.
Sehun terlihat marah sewaktu Miyoung menolak sentuhannya.
"Kau tanya salah kau? Cuba tengok diri kau Sehun. Lima tahun lepas, kau dengan tangan kotor kau. Kau pembunuh! Psikopat! Sakit mental—"
Rambut Miyoung ditarik sehingga kepala gadis itu mendongak. Sehun naik keatas sofa, hampir duduk dipangkuan Miyoung. Lelaki itu mengangkang, mengekang badan Miyoung daripada melarikan diri.
Miyoung menahan tangan Sehun yang menyakitinya.
"Argh! Ini! Sebab ini aku pergi! Kau orang jahat! Kau selalu sakitkan aku! Kau yang buatkan aku pergi!" Jerit Miyoung. Sehun hanya ketawa melihat pemberontakan Miyoung.
"Tapi kau yang kata akan terima aku seadanya, Han Miyoung," ujar Sehun.
"Bukan bermaksud aku terima kau jadikan aku kanvas kau Sehun!" Miyoung melawan.
"Engkau kekasih aku! Aku berhak buat apa-apa pada kau!"
"Tak sampai kau boleh cederakan aku, Sehun! Aku kekasih kau, bukan mainan kau! Hiks..."
Kulit kepala Miyoung rasanya ingin tercabut. Sehun tak main-main dalam melakukan kekerasan padanya.
Tangisannya pecah. Miyoung dapat merasakan rambutnya yang gugur kala Sehun melepaskan genggaman.
"Kau tak ada hak untuk complain cara aku tunjukkan cinta aku, Miyoung. Kalau kau tak buat hal, aku tak akan sesekali hukum kau macam ni. Tapi kau yang selalu mengundang amarah aku!"
Nafas Sehun naik turun. "Aku dah berkali-kali beritahu kau dulu, cara aku mencintai berbeza. Kau tak akan tahan. Tapi kau yang berkeras nak bersama dengan aku. Kau fikir, lepas dah beri perhatian pada aku dan buat aku jatuh cinta, kau dengan mudah boleh pergi?"
Sehun terkekeh. Dia mencium bibir Miyoung, menjilatnya seperti gula-gula.
"No, peaches. Siapa kau berani tinggalkan aku lepas dah curi hati aku? Seorang Oh Sehun, tak mungkin lepaskan seorang pencuri. Kalau kau tahu aku psikopat, kenapa berkeras nak jadi milik aku dulu?"
Sehun mengusap rambut Miyoung, mengelus juga bibir yang dia jamah tadi.
"Aku menyesal...!" Gumam Miyoung dengan air mata yang turun tanpa henti.
Sehun mengangguk.
"And I don't care. Onces mine, will always be mine."
To be continued
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top