HP [13]

Macam biasa, terima kasih untuk yang vote

By the way, saya ada publish cerita baru, tajuknya Polaris Midgnight. Tapi fanfic Kaiseul lah. Kalau ada masa singgah baca 💛🐻

"You can hide, but can't ran away from me, peaches..."

"Come here, baby. Cukup ya sembunyi-sembunyi. Aku rindu kauu..."

"Han Miyoung!!!"

Dum!!

Miyoung tersedar secara paksa di tengah malam dek kerana dentuman kilat. Matanya melotot ke siling, mendengar suara guruh dan hujan yang saling menyatu.

Miyoung bangkit, melihat tingkap yang sepatutnya tak terbuka, kini terbuka. Gadis itu terkena tempias hujan. Cepat-cepat dia menutupnya. Agak tak logik tingkap seberat ini boleh terbuka.

Tapi memandangkan fikirannya masih kusut, Miyoung tak terfikir langsung bagaimana tingkap di gedung 30 tingkat itu boleh terbuka.

Sebaliknya, dia menuju ke dapur, ingin membasahkan tekak. Miyoung mengisi air ke dalam gelas, mengingat wajah Baekhyun yang cukup menyedihkan itu.

Disebabkan pemakaman Baekhyun, Miyoung jadi tak lena tidur. Bayang-bayang Baekhyun yang menyalahkannya sering muncul sehingga membuat Miyoung paranoid.

Baekhyun asyik menunjuk kearahnya sambil berteriak tak jelas. Lelaki itu sampai menarik rambut, stres memberitahu Miyoung tentang sesuatu.

Saat diperhatikan, Baekhyun seperti menyuruhnya untuk melihat ke belakang. Baekhyun menjerit dengan jari yang dihalakan kearahnya, tapi bukan kerana dia. Ada sesuatu di belakang Miyoung yang membuat Baekhyun histeria.

Ketika Miyoung ingin menoleh, dia akan terbangun dari mimpi.

Ditambah lagi dengan mimpi aneh dikejar oleh seseorang yang ingin menangkapnya. Suaranya membuat Miyoung takut.

Orang di dalam mimpinya begitu agresif. Sifat taksubnya membuat Miyoung sampai terperangkap dalam bulatan yang tak membiarkan gadis itu terlepas. Sejauh mana Miyoung berlari, dia tetap akan kembali ke jalan yang sama.

Orang itu akan menutup mulut Miyoung, membisikkan sesuatu sampai Miyoung menangis dan dia terbangun lagi dari mimpi.

Krak!

Miyoung tersentak, melihat bayangan hitam yang melanggar lampu di ruang tamu sebentar tadi. Gelas di tangannya jatuh. Bayang-bayang itu menunduk di dalam kegelapan, mengelak daripada dilihat Miyoung.

"Siapa?! Siapa dekat sana?!" Jerit Miyoung. Dia mengambil pisau diatas kabinet lantas menuju ke ruang tamu.

Miyoung menekan suis lampu, namun tak berhasil. Bekalan elektrik putus. Keringat membasahi dahi. Miyoung menghunus pisau ke udara, tak peduli akan apa yang bakal menjadi sasarannya.

"Aku cakap keluar! Siapa kau? Kenapa kau ceroboh masuk dalam rumah ni!"

Miyoung menjerit. Tak ada balasan. Tiba-tiba, Miyoung merasakan seseorang yang berlari memasuki bilik tidurnya dan mengunci pintu. Miyoung ingin menyusul, tapi niatnya dibatalkan.

Dia terus teringat pada Sehun yang tinggal di depannya. Dengan kalut Miyoung berlari keluar dari rumah, mengetuk pintu Sehun berulang-kali. Dia tak peduli lagi pada tangannya yang sakit mengetuk pintu.

Sekitar lima minit kemudian, Sehun keluar dengan wajah baru bangun tidurnya. Matanya menyipit melihat Miyoung datang bersama pisau di tangan. Sehun terus berundur ke belakang, berjaga-jaga.

"Sehun! Ada pencuri!"

---

Miyoung menggigit kuku, menggerakkan badannya ke depan dan belakang menunggu Sehun kembali. Mata gadis itu tak pernah boleh lepas dari pintu.

Sudah sepuluh minit Sehun pergi, tapi dia belum kembali. Sehun dah peringatkan dia untuk tinggal di sini dan jangan pernah keluar. Miyoung cuma takut Sehun yang dikerjakan pula oleh penceroboh tadi.

Bunyi pintu ditutup menandakan Sehun kembali. Lampu suluhnya dihalakan pada Miyoung yang bergelumang di dalam selimut yahg diberikan Sehun. Gadis itu berdiri, menunggu penjelasan Sehun tentang penceroboh yang dia katakan itu.

"Kau yakin ada orang masuk?"

"Ada! Aku nampak bayang-bayang hitam tadi. Ada tak?"

"Tak ada, Miyoung. Tak ada kesan orang pecah masuk pun. Cuma ada gelas pecah dekat dapur. Pintu bilik kau pun tak kunci," jelas Sehun. Lelaki itu mematikan lampu suluh seraya mendekati Miyoung.

"Gelas tu aku punya. Waktu tu jatuh sebab aku nampak dia. Dia lari ke bilik Sehun! Dia kunci! Dia tak bagi aku masuk. Mungkin dia takut aku tangkap. Kau yakin dia tak ada? Kalau dia sembunyi?"

Sehun menggelengkan kepalanya. "Aku dah periksa setiap sudut yang memungkinkan untuk dia sembunyi. Tetap tak ada Miyoung."

"Tak mungkin... Tak mungkin..." Miyoung terduduk, meremas rambutnya dengan kuat. "I saw it. Dia ada. Kita check lagi."

"Miyoung, perasan tak sejak kau balik dari pengebumian Baekhyun, kau selalu nampak benda pelik-pelik." Sehun bersuara.

Miyoung ada bercerita kepadanya tentang apa yang terjadi pada hari Baekhyun dikebumikan. Wajah gadis itu pucat lesi dan sempat mengalami demam panas. Jadi sedikit-sebanyak Sehun tahu apa yang terjadi.

"Aku rasa kau terlalu banyak beban dalam fikiran. Baekhyun dah pergi Miyoung. Dia tak mungkin ganggu kau macam yang kau ceritakan tu," ujar Sehun. Dia duduk di sebelah Miyoung, merangkul bahu gadis itu.

Miyoung tak menolak sentuhannya. Lagipula berlapik.

"Sepatutnya aku tunggu Baekhyun masuk dalam rumah sebelum pergi. Kalau aku tak bergegas pergi masa tu, mesti Baekhyun masih hidup. Ini semua salah aku. Salah aku..."

"Shhh. Bukan salah kau. Kalau pun kau ada dekat sana, yakin kau mampu lawan orang jahat? Benda dah jadi Miyoung. Apa yang jadi pada Baekhyun, tak ada kaitannya dengan kau."

"But—"

Sehun memegang kepala Miyoung lantas membuat gadis itu menatapnya.

"No, Miyoung. Listen! Baekhyun takkan sanggup tengok kau sedih macam ni tentang kematian dia. Dia budak baik bukan?" Tanya Sehun. Miyoung mengangguk.

"Bayangkan budak baik macam dia nampak kau berlarutan dalam kesedihan macam ni. Sanggup kau halang dia ke syurga? Baekhyun mungkin rasa bersalah sekarang sebab buat pengasuhnya sampai tak tenang nak tidur. Lepaskan dia, okey? Relakan kepergian dia. Boleh?"

Perlahan-lahan Sehun cuba menasihati Miyoung. Mata lelaki itu bergerak meneliti wajah Miyoung dari dekat. Sampaikan pori-pori pun terlihat. Sungguh, Sehun tak rasa ada keburukan di wajah Miyoung.

"I'll try..." Ujar Miyoung, sebenarnya dah membuat Sehun hampir membanting gadis itu kerana tetap berdegil ingin mengingati Baekhyun.

Yang Sehun harapkan adalah Miyoung melepaskan Baekhyun dan berhenti mengingati lelaki itu. Tapi apa yang dia dapat hanyalah seorang gadis yang degil.

"You better be..." Gumam Sehun dengan nada yang agak menyeramkan. Mujurlah Miyoung tak mendengar kerana gadis itu larut dalam fikirannya sendiri.

Jari Sehun bergerak mengusap pipi Miyoung. Barangkali kerana hujan di luar sana, suasana sedikit mencengkam. Ditambah dengan kegelapan malam. Hanya cahaya kilat sahaja yang menemani mereka.

Miyoung tak bergerak. Mungkin terkejut sampai otaknya tak dapat berfungsi. Keterdiamannya membuat Sehun semakin merapat. Dalam kamus Sehun, diam bermakna lampu hijau.

Mata lelaki itu menggelap. Lantas tanpa berkata banyak, bibir mereka bersatu. Tidak tahu samaada ianya reaksi muscle memory atau memang keinginannya, Miyoung membalas ciuman Sehun. Membuat Sehun tersenyum di selang-seli ciuman mereka.

Sehun melepaskan pagutan, membiarkan Miyoung bernafas. Kalau lampu menyala, pasti Sehun dapat melihat wajah Miyoung yang merah menyala.

Seakan tersedar ianya satu kesilapan, Sehun terus menjauh. Sehun mengacak rambutnya, mengeluh kasar sampai mengusap wajahnya sementara Miyoung berdehem kecil.

"Sorry. It's a mistake," ujar Sehun.

Tak tipu, Miyoung terluka. Bukannya dia mengharapkan Sehun atau bagaimana, tapi siapa yang tak sakit bila disebut sebagai satu kesilapan?

"Erm... I'm sorry too," balas Miyoung perlahan. Sehun memerhati reaksi Miyoung dari hujung mata.

"Kau tidur dekat sini dulu malam ni. Kau boleh tidur dalam bilik aku. Jangan balik lagi. Bahaya sorang-sorang," ujar Sehun. Dia menarik Miyoung ke biliknya.

Sehun mengambil selimut lain lantas keluar dari bilik.

"Kau tidur mana?" Tanya Miyoung, serba-salah.

"Jangan risau. Aku boleh tidur dekat sofa. Sleep well, okey? Kalau perlukan apa-apa, panggil aku."

Sehun menutup pintu bilik, menuju ke ruang tamu seraya berbaring di sana. Lelaki itu menutup mata menggunakan lengannya. Seringai kecil muncul tak lama kemudian.

Sehun rasa nak ketawa sekuat mungkin mengingat lakonannya tadi setelah mencium Miyoung. Tak sangka, bibir itu masih manis seperti dulu. Bahkan Sehun sengaja menggigit-gigit perlahan bibirnya, ingin merasai flavor bibir Miyoung yang mungkin masih melekat.

"Ah, aku boleh gila. I need more."

Sehun tak rasa dia mampu bertahan lagi.

Permainan ini mengambil masa yang terlalu lama. Sehun sudah bosan perlu berpura-pura tak lagi mencintai gadis itu.

Tidak bolehkah dia mengabaikan sahaja rancangan untuk membuat Miyoung bergantung padanya dan terus mengikat saja Miyoung?

Bukankah lebih mudah begitu?

Sehun rasa ideanya bernas.

Mari kita skip pendahuluan. Sehun lebih suka bahagian isinya.

To be continued

Last update minggu ni. Jumpa next week!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top